Selasa, 24 Disember 2013

Mari baca Ini.....

TEKNIK VISUALISASI

Teknik visualisasi merupakan amalan yang sangat penting dan perlu diamalkan setiap hari untuk mencapai matlamat kita ( kejayaan dalam hidup ).

a) Pilih satu matlamat
b) Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai matlamat tersebut
c) Bayangkan matlamat anda setiap hari sekurang – kurangnya 5 - 10 minit sehari. Tutup mata jika semasa membayangkan matlamat anda
d) Bayangkan seolah – olah anda sudah mencapai matlamat anda .
e) Bayangkan matlamat Anda berada seperti video ( gambar ) yang bergerak dan bukannya gambar yang statik atau pegun.  Emosi – pastikan emosi anda gembira semasa membayangkan matlamat tadi. Dengarkan juga degupan jantung,nafas dan kalau boleh gunakan 5 deria.



SAINS MENJADI KAYA
Sains Menjadi Kaya adalah sebuah buku yang ditulis oleh Wallace D Wattles pada tahun 1908. Beliau mengkaji 500 orang yang Berjaya di zamannya dan membandingkan dengan lebih ramai orang yang tidak Berjaya.

Beliau membuat satu formula ( kesimpulan) tentang ciri – ciri orang yang Berjaya. Mari kita lihat dua prinsip yang dinyatakan oleh Wallace D Wattles iaitu :

a) Prinsip Melimpah Ruah
b) Prinsip Mencipta Kekayaan vs Prinsip Merebut Kekayaan

a) Prinsip Melimpah Ruah mengatakan bahawa Tuhan amat kaya dan mampu memberikan kita rezeki sebanyak mana pun yang Tuhan hendak berikan kepada kita. Yang menghadkan rezeki yang kita terima adalah kita sendiri dan bukannya (Tuhan).


b) Prinsip mencipta kekayaan vs Prinsip merebut kekayaan
Prinsip ini menyebut bahawa apabila seseorang berfikir dan bekerja dengan cara tertentu maka dia akan menerima rezeki yang melimpah ruah dari Allah (tuhan) .


 Dia seolah – olah mencipta rezeki. Orang yang tidak berfikir dan tidak bekerja seperti itu terpaksa bekerja keras untuk mendapat rezeki. Ini seolah olah terpaksa merebut kekayaan dari orang lain.Maksud Wallace D Wattles adalah apabila kita berfikir dan bekerja dengan cara tertentu, maka kita akan menggunakan kuasa Minda Bawah Sedar untuk menjana rezeki.

 Jika tidak berfikir dan bekerja dengan cara yang tersebut, maka dia tidak menggunakan kuasa Minda Bawah Sedar dan terpaksa bekerja keras untuk menjana kejayaan , seolah – terpaksa merebut rezeki dari orang lain. Cara bekerja dan berfikir seseorang yang mencipta rezeki adalah seperti berikut:

i) Mengamalkan Teknik Visualisasi setiap hari
ii) Bekerja dengan Niat memberi Perkhidmatan
iii) Memberikan Perkhidmatan yang terbaik mampu diberikan
iv) Apabila memberi perkhidmatan , niatkan orang yang mendapat perkhidmatan anda akan semakin maju dalam hidup mereka.
v) Sentiasa bersyukur.

MATLAMAT

A. CARA MEMBUAT MATLAMAT

i) Hendak – Tumpukan kepada apa yang anda hendak
ii) Spesifik - Matlamat mestilah spesifik
iii) Ukuran – Matlamat yang boleh diukur mestilah dinyatakan ukurannya
iv) Masa - Matlamat mestilah ada satu tarikh untuk dicapai ( dan bukannya jangkamasa)
Perlu ada matlamat jangkamasa pendek dan matlamat jangkamasa panjang
Matlamat jangkamasa pendek mestilah selaras dengan matlamat jangkamasa panjang
v) Percaya- kita mestilah mempercayai bahawa kita boleh mencapai matlamat kita.

B. CARA MENCAPAI MATLAMAT DENGAN CEPAT

i) Kenapa – Jawab soalan kenapa anda hendak mencapai matlamat tersebut
ii) Beritahu – beritahu kepada orang lain matlamat anda
iii) Tulis - Tuliskan matlamat anda
iv) Afirmasi - amalkan teknik afirmasi setiap hari
vi) Visualisasi Amalkan teknik visualisasi setiap hari
vii) Bertindak anda perlulah bertindak untuk mencapai matlamat anda


1) Saya ada menyebut anda perlu memberi perkhidmatan yang terbaik yang anda mampu berikan . ( salah satu prinsip Sains Menjadi Kaya) . Seorang tukang masak boleh mengambil kursus masakan supaya boleh menyediakan masakan yang lebih enak , seorang guru boleh belajar teknik mengajar yang lebih baik dan seorang setiausaha boleh belajar teknik kesetiausahaan yang lebih baik. Ini semua membolehkan orang itu memberi perkhidmatan yang lebih baik.

2) Teknik Meditasi – apa yang saya kongsi adalah hanya asas dalam bidang meditasi . Anda boleh belajar teknik meditasi dengan guru yang berkelayakan supaya dapat belajar teknik meditasi dengan lebih mendalam dan teknik yang sesuai dengan anda. Jika anda tidak dapat belajar, tidak mengapa amalkan sahaja apa yang saya kongsi dalam blog . Ianya sangat berkesan

3) Teknik Visualisasi- terdapat buku yang sangat bagus mengenai teknik visualisasi. Saya mencadangkan buku ‘ Creative visualization ‘ oleh Shakti Gawain.

4) Afirmasi dan teknik lain – dalam internet dan juga terdapat buku yang menerangkan tentang teknik – teknik lain yang berguna. Anda boleh baca dan amalkan selagi ianya tidak bercanggah dengan akidah.

5) NLP ( NeuroLinguistikProgramming ) adalah satu teknik yang berguna anda boleh belajar . Ia sangat berkesan contohnya dalam bidang jualan ( marketing) .Teknik NLP sahaja tanpa mengubah dunia dalamannya tidak akan berkesan.

Seorang jurujual yang belajar teknik NLP tetapi tidak berusaha mengubah dunia dalamannya tidak akan Berjaya dalam bidang jualan. Sebaliknya jika dia mengubah dunia dalamannya dia akan Berjaya dibidang jualan. Jika dia menukar dunia dalaman diikuti dengan mengamalkan teknik NLP , maka dia akan Berjaya dengan lebih cepat dalam dunia jualan.

6) Power of Positive Thinking – Kuasa berfikir positif. Buku ini sudah ada dalam versi bahasa Malaysia

7) Intusi – anda boleh membaca buku mengenai intuisi
Ada juga buku yang yang mengajar bertentangan dengan apa yang saya kongsi dalam blog ini. Contohnya saya menjumpai sebuah buku bertajuk ‘ Bagaimana Memotivasikan Pekerja Anda’ . Anda perlu sedar anda tidak boleh memotivasikan pekerja anda. Jika teknik yang diajarkan berkesan, ia akan berkesan buat sementara sahaja.


 Majikan ini sedang cuba menukar dunia luarannya ( iaitu memotivasikan pekerjanya) tanpa menukar dunia dalamannnya. ( iaitu memotivasikan diri sendirinya) .Maka teknik itu akan gagal . Apabila dia memotivasikan dirinya, maka pekerjanya akan berubah dengan sendirinya.

Pekerja yang tidak boleh menukar dirinya akan berhenti kerja dan digantikan dengan pekerja yang bermotivasi. Selepas menukar dirinya , barulah majikan boleh mengamalkan apa yang terkandung dalam buku ‘ Bagaimana memotivasikan pekerja anda’. Barulah ianya akan berkesan dalam memotivasikan pekerjanya.

Begitu juga terdapat teknik yang menggunakan tarikh lahir sebagai panduan hidup. Sebenarnya , jika anda percaya apa yang diberitahu oleh guru tarikh lahir ini, maka ia akan menjadi kepercayaan mengongkong anda . Contohnya jika seseorang diberitahu bahawa menurut tarikh lahir dia akan gagal dalam bidang perniagaan, maka itu akan menjadi kepercayaan mengongkongnya.

Maka seterusnya dia akan gagal dalam bidang perniagaan. Kegagalannya bukannya berpunca dari tarikh lahirnya, tetapi berpunca dari kepercayaannya bahawa dia akan gagal dalam bidang perniagaan kerana lahir pada tarikh tertentu. Jadi elakkan dari mempercayai teknik begini.

Apabila anda mendengar berita atau membaca suratkhabar, apakah jenis berita yang anda biasa dengar? Sudah tentu semuanya adalah berita negative seperti kemalangan , peperangan , kebuluran dan jenayah. Semua berita ini adalah berita negative yang membawa perhatian kita kepada perkara yang negative dan perkara yang kita tidak hendak.

Maka kurangkan masa yang anda peruntukkan untuk mendengar berita atau membaca suratkhabar. Jika anda jenis yang mesti mengetahui berita, cukuplah sekadar mengetahui berita penting sahaja.Masa yang dijimatkan lebih baik digunakan untuk teknik visualisasi atau meditasi.

Katakan anda membaca suratkhabar atau mendengar berita mengenai peperangan , kebuluran,jenayah atau bencana alam. Sudah tentu anda akan mengalami emosi negative seperti sedih dan marah . Emosi negative ini hanya akan menarik lebih banyak perkara negative ke dalam hidup anda.

Apabila ramai orang yang menumpukan perhatian kepada sesuatu masalah seperti peperangan , kebuluran, jenayah atau bencana alam tadi, maka menurut kuantum fizik masalah itu mungkin akan menjadi semakin besar.

Jadi apa yang kita perlu lakukan apabila mendengar atau membaca berita tentang peperangan, kebuluran, jenayah atau bencana alam ? Ini semua merupakan masalah, jadi tanganinya seperti anda akan atasi sebarang masalah.

i) Tanya diri anda apa yang anda perlu belajar dari masalah ini? Mungkin kita perlu bersyukur kita tiada masalah sebegini
ii) Ambil langkah untuk mengatasi dan mencegah masalah tersebut. Contohnya buat kutipan derma, berikan sumbangan atau berikan perkhidmatan anda untuk mangsa yang terlibat selagi ia diperlukan
iii) Kemudian lupakan masalah tersebut. Jangan ada emosi negative seperti marah , sedih , takut dan sebagainya.Emosi negative ini tidak akan membantu mangsa tersebut atau sendiri.
Sebab inilah ramai pakar motivasi mencadangkan agar kita mengurangkan atau berhenti terus dari mendengar atau membaca berita .( banyak disogokkan perkara negatif)

Kandungan kursus itu biasanya hanya menyentuh sebahagian yang saya kongsi disini. Sebaliknya , jika anda terus menimba ilmu ,carilah ilmu yang akan membantu anda mengamalkan apa yang saya kongsi di sini.

Meditasi merupakan satu teknik menghubungkan diri anda dengan pencipta yang maha esa ( tuhan). Maka melalui teknik meditasi dan intuisi , anda akan menerima panduan ilmu mana yang sesuai untuk anda pelajari dan seterusnya mendalamkan ilmu anda.

Anthony Robbins menganggarkan sebanyak 70% dari mereka yang mengikuti kursus motivasi, membaca buku motivasi dan sebagainya hanya akan membaca atau mengikuti kursus tetapi tidak akan  mengamalkan apa yang dd@mereka belar @pelajari.

  Kebanyakan daripada peserta selepas menghadiri kursus,mereka tidak mengamalkannya dan mereka berkata ianya tidak berkesan.Bagaimana berkesan jika tidak bersungguh-sungguh.?

jika ingin kejayaan,maka amalkanlah...Praktis..ptraktis...praktis dan praktis...Anda hebat.


Rujukan :

 The success Principles,Jack Canfield,Janet Switzer,PTS Profesional.Sdn.Bhd.2012.

P/S : semoga perkongsian ini mengukuhkan lagi minda kita.Baik untuk saya baik juga untuk Anda.



                                                      "  Sharing Is Caring"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan