Isnin, 9 Disember 2013

" Tekad "

Banyak keburukan yang dialami oleh manusia kerana lemah tekad dan pengabdian kepada Allah S.W.T  Hal ini terjadi dalam semua proses kehidupan manusia.

Ketika anda berfikir untuk berjaya, anda berharap hal itu mampu terjadi secara lisan. Ini adalah sebuah khayalan atau fantasi, bukannya dari akal fikiran.

Apabila anda menggunakan akal fikiran, Anda mengetahui, sesuatu tidak akan terjadi dengan sendiri atau secara lisan.

Sebuah kejayaan ada sebabnya. kekayaan pun ada sebabnya dan kebahagiaan juga ada sebabnya.

Semua nabi mampu meraih kejayaan kerana mempunyai tekad yang lebih kuat dari daya tarik lubang hitam ( Black Hole ). Tekad mereka hanya satu iaitu Allah S.W.T  kelemahan tekad manusia biasanya muncul dari kurang keyakinan terhadap Allah S.W.T.

Tekad adalah satu akibat yang muncul dari kuatnya keyakinan Anda. Sementara kuatnya keyakinan itu muncul dari penyerahan diri Anda kepada Allah S.W.T.  Apabila pemikiran Anda kepada Allah S.W.T lemah, maka keyakinan fikiran Anda pun akan ikut lemah.Akibatnya tekad Anda juga akan menjadi lemah.

" Barang siapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit "
                                                                                               Ta-Ha ( At-Thaha ).

Secara ringkasnya bahawa tenaga tekad perlu diperhatikan kerana lemahnya Tekad bertitik tolak daripada banyak penyebab-penyebab yang menyebabkan Tenaga Tekad itu boleh kuat atau pun hilang.

" Kemudian apabila Kau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNYA"
                                                                                        The Family Of Imran ( Ali Imran ).

Begitulah kekuatan tekad perlu diikat dengan keyakinan  yang sungguh-sungguh. Iman adalah sebab kemunculan percaya dan yakin. Bagaimana mendapatkan percaya dan keyakinan agar tekad terpelihara? Semuanya adalah dengan  " ilmu."

Ilmu adalah sebab kemunclan percaya diri. Oleh itu, ilmu adalah penyuluh Hidup,tanpa ilmu,perjalanan hidup kita tidak indah...mari kita hayati pepatah ini:

" Manusia Makan untuk Hidup, bukan hidup hanya untuk makan "....." Haiwan  pula bagaimana ? 


Sumber Rujukan : Al-Quran Rahsia Terunggul,Ali Ahmad Maleya,Kharisma,2009.

P/S:  Renungan buat diriku yang lemah ini. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada Saya dan juga Anda...Yang baik datagnya dari Allah dan yang buruk dari Saya sendiri.

                            " Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan