Selasa, 3 Disember 2013

Dr.Sheikh Muszaphar Angkasawan Malaysia

Kisah Dr Sheikh Muszaphar dan Law of Attractionnya



Siapa rakyat Malaysia yang tidak mengenali Dr. Sheikh Muszaphar, angkasawan negara yang pertama.
 
 Ramai antara kita yang tertanya-tanya apakah kelebihan dan keistimewaan beliau?
 
Apakah ciri-ciri yang ada pada beliau sehingga membolehkan beliau terpilih dari 11,425 rakyat Malaysia yang mencuba nasib? Apakah rahsia beliau?
Hari ini dalam akhbar Berita Minggu, beliau telah membongkar apakah rahsia beliau sehingga membolehkan beliau mencipta sejarah negara.

Impiannya untuk menjadi angkasawan bermula ketika berumur 10 tahun lagi. Pada masa itu beliau sering mendongak ke langit pada waktu malam seolah-olah mencari sesuatu.
 
Bagi beliau angkasa lepas mempunyai terlalu banyak misteri dan terlalu banyak persoalan. Ketika itu negara kita masih terlalu baru dalam bidang aeroangkasa. Namun impian itu terus beliau simpan.

Walaupun beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, namun beliau tidak pernah sesekali melepaskan impian untuk menjadi seorang angkasawan. Akhirnya impian beliau tertunai selepas 25 tahun.


Inilah keajaiban LOA. Mungkin Dr. Sheikh Muszaphar tidak tahu apakah itu LOA namun LOA tidak memerlukan beliau untuk tahu berkenaannya untuk merealisasikan impian beliau.

 Konsep LOA berfungsi pada setiap insan tidak kira individu itu memahaminya ataupun tidak secara langsung.

Dalam kes Dr. Muszaphar ini tidak mustahil jika saya andaikan beliau telah melakukan ribuan kali visualization dan affirmation berkenaan dengan cita-cita beliau sebagai angkasawan sejak berusia 10 tahun. Sebab itu tidak hairan jika beliau terpilih sebagai angkawasan negara yang pertama.
 
 
Artikel ini Saya petik dari  "Rahsia Aura Kaya".Hasil tulisan Fakharoll Rodzee.
 
" Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan