Jumaat, 6 Disember 2013

Minda Jutawan Trump ( Tidak kenal putus asa )



Saya ingin berkongsi sedikit ulasan sebuah buku yang telah Saya baca pada awal tahun 2013 "Minda Jutawan Gaya Trump". Buku ini memang menaikkan semangat seseorang apabila membacanya, khasnya kepada orang - orang yang ingin maju dalam bidang keusahawanan (apa sahaja).

Walaupun Trump banyak mendapat kritikan dari pelbagai pihak tentang sikapnya yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai "keras" namun kejayaannya menjadi rujukan kepada semua orang-orang yang ingin maju dan berjaya dalam perniagaan mereka.

Ini adalah serba-sedikit tentang buku Ini:

Kuasai minda kita dan kita boleh menguasai dunia. Memiliki minda jutawan pula mempercepatkan kejayaan kita menjadi jutawan ( berjaya ).

Trump adalah ikon dan personaliti terbaik yang memiliki minda jutawan. Buku ini membongkar kehebatan Minda Jutawan Trump yang sangat dasyat ( tidak kenal putus asa).

  •  Kebebasan Kewangan
Orang miskin bekerja untuk wang, tetapi orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka. Memiliki Minda Jutawan Trump membolehkan kita mencapai kebebasan kewangan. Harta kekayaan semakin bertambah dan hidup juga bebas daripada menjadi hamba kepada wang.

  •  Buat Apa yang Kita Suka
Jutawan hanya melakukan apa yang mereka suka. Buat apa yang kita suka dan duit akan datang menyusul.

 Hidup terlalu singkat untuk melakukan perkara yang kita benci. Prinsip Minda Jutawan Trump adalah; Lakukan apa yang kita cinta dan suka atau cintai apa yang kita lakukan (bersungguh-sungguh ).

  • Berjimat cermat
Trump hanya membeli produk yang terbaik dengan harga yang murah. Beliau mempunyai banyak duit tetapi tidak segan meminta (tawar-menawar ) harga barang dikurangkan serendah yang boleh. Trump hanya membuat keputusan yang terbaik bagi menjimatkan kos dan tidak suka membazirkan wang.

  • Bunuh Penyangak Wang
Wang kita hilang tanpa disedari dan dikebas oleh penyangak wang. Bank adalah penyangak wang yang paling berkuasa dan musuh terbesar kita. Minda Jutawan Trump mampu mempergunakan bank sebagai senjata mencapai kekayaan.

Apa yang anda impikan menentukan apa yang anda lakukan. Jika anda tidak mengimpikan sesuatu yang besar, anda tidak akan melakukan sesuatu yang hebat pun dalam hidup anda.”
- Trump

Miliki Minda Jutawan Gaya Trump dan capai kebebasan kewangan kita sekarang juga.

Saya dengan rendah hati mengesyorkan buku ini kepada yang berminat dan ingin berjinak-jinak dalam urusan perniagaan sama ada kecil - kecilan atau besar-besaran.Semoga Berjaya mendapat inspirasi dari Gaya Trump.


P/S : Semoga kita semua mendapat manfaat dari pembacaan ini.Tambahkan ilmu setiap hari.

        " Sharing Is Caring "




Tiada ulasan:

Catat Ulasan