Sabtu, 7 Disember 2013

" MIDI " Pilihan Wanita Matang

Menjelang sesuatu perayaan ,sudah menjadi kebiasaan bagi Wanita-wanita untuk pergi shoping bagi merebut peluang harga runtuh.

Sekarang ini adalah peluang bagi wanita untuk berbuat demikian kerana banyak jualan murah dan harga runtuh sempena " Jualan Akhir Tahun 2013 " dan bersamaan juga dengan Menjelangnya Perayaan Chrismas  dan Tahun baru 2014

Sesibuk manapun wanita, Saya syorkan agar terus membaca kerana dengan membacalah  bertambahnya ilmu pengetahuan pergilah ke sudut-sudut buku atau majalah...

 Satu peribahasa yang Saya kongsikan di sini, " Orang  tidak  berilmu, kalau jatuh ke laut akan tenggelam, Orang berilmu kalau jatuh ke laut akan jadi Pulau / timbul "....hehhehe itu bukan Saya yang kata ya...

Kesibukan bershoping dan berbelanja,Saya tidak dapat lari daripada  "daya tarikan " buku-buku dan majalah yang ada di sekitar Pasaraya.Apabila Usia semakin meningkat,pemilihan bahan bacaan yang sesuai perlu diambil kira.

Majalah MIDI salah satunya majalah di pasaran yang telah banyak menarik perhatian Saya.Sebagai wanita telah meningkat Usia, majalah MIDI amat sesuai mengisi perjalanan hidup meniti usia yang semakin lanjut.

MIDI banyak membantu Saya berinspirasi.Kandungan Majalah ini boleh membantu meningkatkan pengetahuan para wanita di luar sana.

Saya juga berpendapat bahawa majalah MIDI bukan hanya untuk wanita yang telah matang .Namun,bagi wanita dan remaja yang belum menjangkau usia 30-an pun ,boleh membaca. MIDI boleh menginspirasikan para wanita muda yang ingin buat persediaan ke alam rumah tangga, ke alam dewasa  kerana mereka juga tidak lari dari meniti usia senja.

"MIDI " banyak memaparkan tentang " Penampilan Diri ", " Cara bergaya ", " Penjagaan Kesihatan " " Kecantikan " dan tidak dilupakan soal masak memasak di dapur.

Walupun majalah MIDI, diterbitkan khas untuk golongan wanita 40 +++ tetapi  bagi yang berminat membaca tidak menghalang mereka membaca bahan apa sahaja asal boleh menambah ilmu yang berfaedah.

Sebenarnya memang berbaloi apabila kita mendapatkan bahan bacaan yang bersesuaian dengan kita.Wang yang kita laburkan untuk ilmu tidak sia-sia.

Ayuh wanita,kita tambah erti dan makna hidup ini..Mari kita membaca, buat pengisian  " DIRI ",
dengan artikel-artikel yang penuh menginspirasi.

P/S:  " Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan