Ahad, 8 Disember 2013

Kekayaan Adalah Hukum@Undang-Undang

Kekayaan adalah natijah bukan kebetulan

Di sana ada sains untuk menjadi kaya, ia memang sebenarnya saintifik seperti algebra dan arithematic . Di sana ada undang-undang tertentu yang menyusun proses untuk mendapat kekayaan. Apabila undang-undang ini dipelajari dan diterima oleh sesiapa sahaja, beliau akan menjadi kaya persis seperti mathematic.

Pemilikan kekayaan dan harta diperolehi hasil daripada melakukan sesuatu pekerjaan mengikut caranya yang tertentu. Mereka yang melakukan kerja dengan caranya yang tertentu sama ada dengan niat atau kebetulan akan mendapat kekayaan. Sebaliknya seseorang yang melakukan sesuatu kerja tidak mengikut caranya yang betul walau bagaimana gigih sekalipun tetap akan meneruskan kemiskinannya.

Ini adalah undang-undang tabie, sebagainya sebab membawa akibat, oleh itu sesiapa sahaja yang belajar untuk melakukan sesuatu mengikut caranya yang betul akan dapat memperolehi kekayaan.

Kenyataan di atas adalah benar dan dapat dibuktikan dengan fakta dibawah:

Untuk memiliki kekayaan bukanlah bergantung kepada prasarana persekitaran, jika ia menjadi syarat sudah tentu penduduk sesuatu daerah akan menjadi sihat. Penduduk di sesebuah bandar menjadi kaya, manakala penduduk di Bandar lain semuanya menjadi miskin. Atau semua penghuni Sesutu negeri bertukar menjadi lebih senang dan seluruh penduduk negeri lain pula bertukar menjadi miskin.

Sebaliknya dimana sahaja kita dapat lihat ada orang kaya dan miskin hidup sebelah menyebelah, dalam satu kawasan dan terlibat dalam persekitaran yang sama. Manakala ada dua orang yang berada di dalam kawasan yang sama dan membuat perniagaan yang sama tetapi seorang daripadanya memiliki kekayaan dan yang seorang lagi gagal dalam perniagaannya.
 
Ini menunjukkan kekayaan bukanlah secara asasnya disebabkan oleh persekitaran. Sebahagian persekitan mungkin lebih menjadi kebiasaan kepada seseorang, tetapi apabila dua orang yang menjalankan aktiviti perniagaan yang sama dan dalam kawasan yang sama sedangkan seorang terus maju dan seorang lagi kekal sedia ada, maka ini menunjukkan bahawa untuk mencapai kekayaan mestilah melakukan kerja itu mengikut caranya yang tertentu.

Begitu juga, kemampuan melakukan kerja mengikut caranya yang tertentu tidak juga terbatas kepada mereka yang mempunyai kemahiran sahaja. Ada kebanyakkan orang yang memiliki kemahiran tetapi masih tetap miskin, sebaliknya seseorang yang kurang kemahiran boleh menjadi kaya.

Apabila kita mengkaji golongan yang telah memiliki kekayaan, kita dapati mereka juga sama sahaja dengan kebanyakan orang lain yang dikagumi. Mereka tidak memiliki kemahiran yang hebat dan kemampuan melebihi apa yang dimiliki oleh orang lain.
 
 Ini menjadi bukti bahawa mereka memiliki kekayaan bukan kerana memiliki kemahiran dan kelebihan mengatasi orang lain tetapi mereka memperolehi kekayaan kerana mereka telah melakukan sesuatu mengikut caranya yang tertentu.

Menjadi kaya bukan disebabkan rajin menabung atau berjimat. Ramai juga manusia yang amat berjimat tetap miskin sebaliknya orang yang bebas berbelanja selalunya kaya.

Bukan juga untuk menjadi kaya tidak melakukan pekerjaan yang telah gagal dilakukan oleh orang lain kerana ada dua orang yang membuat perniagaan yang sama di persekitaran yang sama tetapi seorang berjaya manakala seorang lagi gagal atau muflis.

Bertitik tolak darpada semua fakta ini kita mesti membuat kesimpulan bahawa mendapat kekayaan adalah hasil daripada malakukan sesutu pekerjaan itu dengan caranya yang tertentu.

Ada soalan di sini sama ada ‘melakukan sesuatu ikut caranya ini’ terlalu susah sehinggakan hanya beberapa orang sahaja boleh mengikutnya. Sebagaimana yang telah kita perhatikan pernyataan ini tidak benar ( selagi kemampuan semulajadi masih ada).
 
 Kita dapati seorang yang memiliki kemahiran boleh menjadi kaya, orang yang kurang kemahiran juga menjadi kaya, seorang intelektual menjadi kaya, seorang yang tidak berpendidikan tinggi juga kaya, seorang ahli psikologi jadi kaya dan seorang yang lemah minda juga ada yang kaya.

Memiliki kemampuan untuk berfikir dan memahami sudah tentu diperlukan namun seagaimana undang-undang semulajadi sesiapa sahaja yang memilki kesedaran untuk membaca dan memahami sains menjadi kaya.

Kita juga telah lihat bahawa kekayaan bukanlah disebabkan persekitaran, benar tempat yang sesuai mempunyai sesuatu nilai. Seorang itu tidak akan pergi ketengah padang pasir sahara untuk melakukan perniagaan yang berjaya.

Menjadi kaya memerlukan kemampuan untuk berurusan dengan manusia dan berada ditempat yang ada manusia yang akan berurusan dan jika ada orang yang sanggup berurusan dengan cara yang kamu mahu adalah lebih baik.
 
Ini semua tertakluk kepada kemudahan yang ada. Jika ada orang lain dalam bandar anda sudah berjaya maka anda juga boleh berjaya. Jika ada orang lain dalam negeri anda sudah berjaya maka anda juga boleh berjaya.

Begitu juga kekayaan bukan kerana memilih perniagaan atau pekerjaan tertentu. Sesiapa sahaja boleh menjadi kaya dalam semua perniagaan dan dalam semua pekerjaan manakala ada jiran sebelah yang tetap miskin.

Benar anda boleh melakukan yang terbaik dalam perniagaan yang kamu suka dan sesuai dengan anda. Jika anda memiliki kemahiran yang sudah sedia dibangunkan untuk perniagaan anda maka anda akan dapat melaksanakan yang terbaik jika perniagaan itu benar-benar memerlukan kemahiran itu.

Begitu juga anda juga boleh melakukan terbaik jika perniagaan anda sesuai dengan persekitaran anda. Menjual aiskrim lebih sesuai dikawasan yang panas berbeza dikawasan sejuk.

Namun, disamping semua batasan umum ini, untuk menjadi kaya tidak bergantung kepada hanya melibatkan diri dalam perniagaan tertentu sahaja tetapi setelah anda mempelajari untuk melakukan perkerjaan dengan caranya yang tertentu.
 
Jika anda dalam suatu perniagaan sedangkan ada orang lain telah berjaya dalam perniagaan yang sama tetapi anda tidak berjaya ini adalah kerana anda tidak melakukan perniagaan dengan cara yang sama yang dilakukan oleh orang lain melakukannya.

Tidak seorang pun dihalang untuk memilki kekayaan kerana tidak memiliki modal. Betul, jika anda memiliki modal peningkatan pendapatan akan lebih mudah dan cepat tetapi orang yang memiliki modal adalah orang yang telah memiliki kekayaan dan tidak perlu lagi memikirkan bagaimana untuk menjadi kaya.
 
 Tidak menjadi masaalah bagaimana miskin pun anda sekarang, jika anda mula melakukan sesuatu mengikut cara yang tertentu anda sudah bermula untuk memiliki kekayaan dan anda akan mula mendapat modal.
 
 Mendapat modal adalah sebahagian daripada proses untuk mendapat kekayaan dan ia sebahagian daripada natijah mengikuti kaedah melakukan sesuatu mengikut cara yang tertentu.

Mungkin anda adalah orang yang paling miskin dan memiliki hutang yang banyak. Anda mungkin tidak mempunyai kawan atau sumber tetapi apabila anda mula melakukan sesuatu mengikut caranya yang tertentu anda tidak akan gagal mula untuk memiliki kekayaan sebagaimana sebab membawa natijah.
 
 Jika anda tidak mempunyai modal anda akan mendapat modal, jika anda berada dalam perniagaan yang salah anda akan bertukar kepada perniagaan yang betul dan jika anda berada di tempat yang salah anda akan berpindah ketempat yang betul.

Malah anda juga dapat melakukannya dengan memulakan langkah anda dengan perniagaan anda sekarang, ditempat anda sekarang dengan melakukannya mengikut caranya yang tertentu yang selalu akan membawa kejayaan.
 
 Anda hendaklah memulakan kehidupan dengan harmoni mengikut undang-undang yang tersedia dialam maya ini.
Artikel ini Saya petik dari hasil tulisan: Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan