Khamis, 5 Disember 2013

Selami Bagaimana Mempraktikkan LOA


Mengemas almari dan menyusun buku-buku merupakan satu perkara yang harus dan mesti Saya lakukan setiap hari.Saya begitu gembira dan seronok apabila melihat begitu banyak koleksi buku-buku yang tersimpan.

Kadang-kadamg saya tertanya sendiri,almari ni almari jati bukan untuk letak buku...ia untuk barang-barang hiasan..Namun kerana almari khas untuk buku sudah penuh, maka almari untuk barang perhisan jadi sasaran meletak buku-buku kegemaran Saya.

Saya bagai gila buku,semua buku-buku yang ada pasti Saya Sayang.Sehari tidak baca buku,bagai kehilangan anak kucing dan mencarinya dimerata-rata.Tak ada buku baru,baca semula buku lama-lama...hehehhe

Saya simpannya dengan penuh berhati-hati.. salah satu dalaam koleksi Saya ialah buku The Secret Movie yg telah dikeluarkan pada tahun 2006. Menampilkan tokoh hebat seperti Bob Proctor, "Dr." Joe Vitale, Dr. John Gray, Dr. John Demartini, John Assaraf dan penulis Rhonda Bryne yang telah menulis buku The Secret seterusnya dijadikan filem/movie.
 
Ternyata buku dan filem movie The Secret ini telah mengubah pandangan Saya mengenai dunia. Rahsia Hukum Tarikan atau The Law of Attraction sememangnya 'sunnatullah' yang sudah lama dijelaskan di dalam al-quran dan hadis Nabi Muhammad saw.
 
 
 Itupun adalah kerana penjelasan yang kreatif dari Rusdin S. rauf yang menulis buku Quranic Law of Attraction versi Bahasa Melayu ,yang sarat dengan intipati hukum tarikan ini dari sudut perspektif yang islamik.


Sama ada DVD atau koleksi buku.. Saya begitu menghargai ilmu-ilmu hebat seperti ini. Ia membantu untuk terus mengembara dalam hidup lebih mudah, semakin dekat dengan impian dan matlamat serta sedar segala kejayaan itu datangnya kerana Allah swt.


Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara. Ini sepertimana yang disarankan dalam buku Rusdin yang mana seorang muslim itu perlu :
1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup.

Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi Allah yang maha Esa. 

Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan sepatutnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah  pasti dimakbulkan segala impian hambanya.
2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia.setiap kali kita bersyukur maka Allah akan tambah lagi nikmat yang ada pada kita.

Apabila kita bangun di pagi hari, buka sahaja mata kita dapat melihat, betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segalanya, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam semesta ini.

Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dengan sempurna, juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada yang maha kuasa.

sekiranya Allah tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmat yang berganda-ganda.

Dengan syukur  menjadikan diri kita , sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dari yang maha Pengasih dan Penyayang.
3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang memiliki ketahanan diri dan bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya.

Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...

4. Gambaran
           Bagi panduan membayangkan impian atau doa kita ,Saya tidak bicarakan di sini,adalah lebih
           anda mencarinya dalam buku The Secret bagaimana teknik Visualisasi yang diajar .
         .


4 cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau Law of Attraction. Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 4  cara di atas sebaik mungkin.

Saya sudah mula praktikkannya untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam diri Saya juga perlu mengenali erti sebenar kehidupan ini dengan lebih mendalam supaya kejayaan masa akan datang menjadi kenyataan.
 
 Impian Saya sebelum ini sudah banyak juga tercapai dan rasa bersyukur amat sangat di atas segala kurniaan rezeki tuhan. Tidak perlu ego, lupa diri maupun takabbur sebaliknya banyakkan bersyukur kepada yang maha kuasa kerana telah mengabulkan doa kita.
 
 Dan itulah yang kita patut lakukan doa + syukur + sabar adalah satu nasihat azimat yang terbaik dalam hidup.

Moga pendedahan The Secret ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Ilmu The Secret merupakan suatu penomena yang melanda dunia. Bagi yang gemar membaca pasti sudah banyak menggali Rahsia ini dalam buku serta belajar daripada Mentor-Mentor kejayaan .
 
 
P/S: Semoga Perkongsian kita kali ini,membuka minda dan terus belajar dan belajar menambah ilmu.
 
         " Sharing Is Caring"
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan