Isnin, 9 Disember 2013

Dirimu Yang Kupanggil "Sayang"

Panggilan Sayang berupaya mententuh lubuk hati isteri,memberikan makna dan mengukir senyuman dibibir isteri.

Kuasa lidah yang tidak bertulang.bak kata pepatah Melayu, " Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya."

Komunikasi hebat Hubungan Erat:

Para suami perlu barhati-hati ketika berbicara.Berkata dengan isteri kena berhati-hati.Perkataan yang diucapkan bolehmendatangkan kebaikan sepnjang hari,minggu dan bulan.

Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan, " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat hendaklah dia berkata-kata yang baik-baik atau berdiam sahaja.(Riwayat Al-Bukhari )

Panggilan Baik:

Oleh itu,adalah lebh baik si suami memanggil isteri dengan panggilan yang boleh melambangkan kasih Sayang suami terhadap isterinya.Kata-kata suai hendaklah beralas.

Allah mengiaskan: " Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandinga,iaitu satu kalimah yang baik,ibarat sebatang pokok ang baik,yang pangkalnya tetap teguh an cabang pucuknya menjulang ke langit." (Surah Ibrahim 4:25 )

Hargai Isteri:
Suami perlu menyedari makna isteri dan ank-anak dalam hidupnya.Semasa bujang apa sahaja perkara dia lakukan sendiri dan apabila telah ernikah maka perkongian hidup perlu ada.

Menghargai isteri sebagai tanda syukur kepada Allah yang dia kini telah berteman,sebumbung sama ada di kala sunyi mahupun gembira.

Masih belum terlewat untuk suburkan kasih Sayang terhadap istiri dan anak-anak. Ucapkanlah pada isteri bahawa kamu menyayangi isteri sebab itu kamu panggil "Sayang ".

P/S: Sumber: Solusi  Mei, 2013.  Semoga bermanfaat kepada Saya dan juga Anda.


                                                                                                  " Sharing Is Caring "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan