Sabtu, 21 Disember 2013

Deklarasi Minda Jutawan




Saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan  sebuah buku yang bertajuk magnet kekayaan dan kejayaan.Setelah Saya baca dan fahami,buku ini memang sangat bagus dan sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam hidupnya, sama ada dalam bidang usahawan mahupaun  dalam bidang kerjaya masing-masing.

Saya ingin kongsi satu tajuk dalam buku ini yang berbunyi, " Deklarasi Minda Jutawan ." sebelum Saya teruskan, ingin Saya petik  kata-kata ini dari Surah Al-Hadidth,ayat 21 yang tertulis dalam bab 9 buku MKK Dr.Azizan Osman;

" Berlumba-lumbalah  kamu mengerjakan amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu, dan kamu mendapat syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi."

Buku ini menyatakan bahawa setiap kali seminar , para pesrta diminta menyenaraikan deklarasi masing-masing atau pun disediahkan dengan deklarasi yang ada,bertujuan menyuntik para peserta untuk memprogram minda mereka dengan sesuatu yang baru dan berfaedah.

Semua deklarasi tersebut memberikan informasi yang baru ke dalam setiap minda peserta .Informasi yang baru itu harus ditanam sedalam-dalamnya ke dalam minda semua peserta supaya ia boleh tumbuh subur dan positif.

Menurut DR.Azizan juga,dalam setiap seminar dan kursus yang dia buat,pasti para peserta akan diminta membuat pergerakkan yang aktif seperti menjerit dan melompat serta melakukan pergerakkan fizikal yang lain,semuanya ada tujuan dan motif tersendiri....Mengapa begitu ?

Setiap apa yang dilakukan bermotif menghidupkan semula sel-sel mati para peserta walaupun mereka masih hidup dan boleh bernafasSsemua sel- sel mesti disegardan diaktifkan kembali kerana selama ini ia sudah mati dan membawa kesan yang negatif pada diri seperti malas,tidak ada matlamat,tidak tahu visi dan misi dan tidak mahu bertindak mengubah diri.

Semua sel-sel perlu kembali bertenaga melalui programing informasi baru dan betul.Inilah peranan deklarasi yang perlu di baca dengan penuh semngat bersama energi yang tinngi dan bersatu. Dr.Azizan berpesan agar semua deklarasi yang ada mesti dibaca setiap hari supaya benih yang mereka tanam ke dalam minda boleh tumbuh dan sentiasa bercambah dengan subur.

Saya kongsikan beberapa deklarasi yang terkandung dalam bab 9 ini:

  1. Saya adalah seorang pengurus kewangan yang hebat
  2. Saya sentiasa bayar diri saya terlebih dahulu.
  3. Saya menabung ke dalam akaun bebas Saya setiap hari.
  4. Wang Saya bekerja keras untuk Saya dan membantu Saya membina lebih banyak kewangan.
  5. Ssaya menjadi individu yang telah berjaya sebagai contoh dan sumber  inspirasiSsaya.
  6. Saya adalah orang yang suka memberi dan juga seorang penerima yang baik.
  7.  Saya sangat bersyukur dengan kekayaan yang Saya ada hari ini.
  8. Pencapaian Saya semakin maju hari demi hari.
Sebenarnya ada  16 deklarasi yang tersenarai cuma 8 sahaja yang Saya kongsikan untuk anda.Anda juga berhak mengubah atau membuat deklarasi anda sendiri dan bacalah setiap hari,agar minda anda sentiasa di install dengan perkara yang positif.

Ok....samapai di sini sahaja..... insyaallah ,Saya akan kongsikan pula tajuk lain yang ada dalam buku ini.Salam Maju Jaya...

P/S: Semoga perkongsian kita hari ini memberi manfaat kepada Saya dan juga Anda.



                                                                 " Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan