Khamis, 5 Disember 2013

Apakah Tujuan Blog Anda?

Apakah itu blog?
Apakah bezanya antara blog dan laman web?
Pada mulanya Saya juga agak keliru antara Blog dan Laman Web. 

Sebenarnya, blog juga salah satu jenis laman web yang sama seperti forum, portal dan sebagainya cuma sasaran dan rupanya sahaja berbeza.

 Blog mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, terdapat juga blog foto, vblog, podcast dan banyak lagi.  Blog juga dikategorikan mengikut tajuk tertentu seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet ,blog Perniagaan blog Motivasi dan sebagainya.. 

Antara jutaan blog di internet blog peribadi adalah blog yang paling banyak dibina di seluruh dunia. Blog kini semakin popular dansemakin trendy, semasa anda hendaklah mempunyai blog.  Kenapa anda perlukan blog?

 Sebenarnya,Saya amat minat dan suka membaca,jadi saya terfikir apa salahnya sekiranya Saya kongsikan ilmu yang Saya dapat kepada Anda.Bak kata Pepatah: "Hidup Mesti Beramal Jariah " betul tak???

 Berikut ada beberapa sebab mengapa kita perlu mempunyai blog:


               EMOSI

Hidup di persekitaran bandar dan Kota , selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak tugasan, kurang masa dan pelbagai mesaIah lain.
 
Masalah harian ini lazimnya akan membawa kita kepada tekanan!. Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi.
 
Biasanya kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada seseorang seperti  ahli keluarga, kawan-kawan , rakan sekerja dan orang yang paling rapat dengan kita.
 
Namun tidak semua mempunyai keluarga dekat dengan mereka, jika mereka berasal dari negeri lain atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?
 
 Ya! Buatlah sebuah blog untuk anda meluahkan perasaan anda. Tidak kira perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan itu, tekanan anda mungkin berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana, tetapi pasti ada kesannya.
 
Walaumacammanapun,bagi saya,buat blog bukan untuk perkara-perkara tersebut,Saya hanya sekadar ingin berkongsi ilmu dengan anda.
 
 Apatah lagi apabila ada maklumbalas atau komen dan kenalan talian anda atau sesiapa yang anda tidak ketahui memberi kata-kata perangsang dan semangat untuk anda.
 
  Selain itu, anda juga boleh berkongsi kegembiraan dengan individu lain secara menghebohkannya di blog dan dikongsi bersama sesiapa jua. Bagus bukan? Blog sebagai terapi emosi.



    EKONOMI


Zaman sekarang, di mana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit.
 
Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda flkir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan.
 
Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ahli perniagaan.
 
 Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Secara ringkasnya anda boleh bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari semasa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari.
 
 Dengan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen atau menjual ruang blog untuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu.
 
 Selain itu, anda juga boleh menjual blog kepada sesiapa yang berminat pada harga yang tinggi dan berpatutan asalkan buka blog peribadi anda. 

Lebih baik lagi, jika anda sudah begitu profesional dalam dunia blog, mungkin anda boleh mempertimbangkan menjadi ProBlogger. Jangan terperanjat kerana ProBlogger ini telah menjadi satu kerjaya yang mampu menjana pendapatan lumayan.


DIARI


Kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari, terutama sekali kaum perempuan. Mereka ingin berkongsi kegembiraan tersebut.
 
 Kita mungkin boleh mengingati hal yang berlaku hari ini atau semalam, namun hal-hal yang berlaku bulan lalu atau setahun lalu?
 
 Sudah tentu sukar bukan. Nah inilah masanya Blog memainkan peranan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dicatat.
 
 Oh Ya! apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah.
 
Blog menjadi public diari, bermaksud boleh dibaca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private), yang memenlukan kata laluan sebelum boleh dibaca.
 
Seperti mana kertas dan buku, komputer dan papan kekunci sudah semakin lazim dengan hidup kita. Atas sebab ini jugalah tiada keraguan bahawa blog boleh dijadikan diari terkini yang mudah dan moden.


BENCHMARK


Blog juga mempunyai fungsi besar tanpa disedari iaitu kayu pengukur (benchmark) tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik?
 
Adakah kita masih berangan tak sudah-sudah seperti dulu tanpa melakukan apa-apa? Adakah kita hari ini adalah orang yang lebih baik dan sangat hebat berbanding diri kita dulu atau tiga tahun dulu?
 
 Sekiranya kita masih sama seperti beberapa tahun dahulu, eloklah kita buat sedikit perubahan. Sebaliknya jika kita sudah berada jauh lebih baik dari diri kita yang dulu, bersyukurlah!
 
Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang telah anda lalui dan mungkin bakal anda rancangkan satu hari nanti.


PORTFOLIO


Sesetengah Blogger akan menghantar pos berkaitan dengan kerja yang mereka lakukan atau tentang minat atau hobi mereka.
 
 Seseorang yang bekerja dalam bidang penulisan mungkin akan pos sajak atau puisi, manakala arkitek muda pula bercerita di dalam posnya tentang bangunan terkini yang sedang direkabentuk beserta serba sedikit gambar lukisannya.

Katakan, pada suatu hari sebuah syarikat memerluken pekerja dengan segera dan menawarkan gaji yang lumayan. Lalu diiklanken di surat khabar ataupun mana-mana laman web terkemuka. Jadi, apa yang selalu kita lakukan ialah menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja kita kepada syarikat berkenaan.
 
 Kenapa tidak gunakan cara yang lebih mudah dan dengan menghantar Emel kepada syarikat tersebut dan sertakan pautan kepada blog yang mengandungi portfolio anda.
 
Siapa tahu, di zaman jalur lebar ini Emel  dibalas dengan pantas. 


KENALAN


Kita sering terfikir untuk mencari kenalan lama yang pernah belajar di sekolah atau sama-sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang paling mudah dan sesuai, Blog!.
 
 Kita buat satu pos di dalam blog menceritakan tentang sekolah kita, kolej atau universiti. Atau cerita tentang memori kita ketika belajar dan kenangan menarik yang pernah berlaku ketika itu.
 
 Ditakdirkan tuhan, salah seorang teman karib kita yang sekian lama terputus hubungan telah menemui blog kita melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah atau nama egroup kita semasa belajar.
 
 Alangkah seronoknya! Selain itu, kita juga boleh terus berhubung terus rakan-rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya.
 
Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain, dan diberikan komen. Maka rantaian kawan-kawan ini tidak terputus dan berkembang hari demi hari.


KOMUNIKASI


Percayakah anda, dengan memblog setiap hari boleh menambahkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi. Sebahagian besar penulis blog membuat pos berdasarkan sesuatu isu semasa.
 
 Mereka akan menulis pendapat mereka di blog sama ada dengan emosi atau dengan kajian terperinci. Ia sedikit sebanyak juga akan meningkatkan kemahiran menulis mereka. Seterusnya seperti biasa, pasti ada yang kurang setuju dengan pendapat anda, lalu mereka mempersoalkan apa yang anda tulis.
 
 Menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dengan hujah-hujah dapat menguatkan keyakinan diri.

Berbahas di alam maya seperti kita berdebat dengan orang yang tidak dikenali (anonymous). Disini bukan sahaja kita diuji membalas komen dengan hujahan yang baik, kadang-kala ada yang berbahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat.
 
Perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Secara perlahan-lahan tanpa kita sedar, kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.


MINAT


Minat atau bakat boleh disalurkan ke blog. Jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu, video dan apa jua sekali pun, tulislah di blog anda setiap hari atau bila mana anda mahu. Biarkan sesiapa membacanya dari minat dan bakat anda terbiar begitu saja.
 
 Blog memberi ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang kadangkala tidak dapat ditempatkan di dunia sebenar. Jika tidak memuaskan hati individu lain sekali pun, paling tidak ia memuaskan hati anda sendiri.
 
 Atau jika anda amat meminati muzik? Bermain gitar sekadar suka-suka. Rakamkan, kemudian upload di blog anda, biarkan orang lain menikmati melodi yang anda hasilkan.


ILMU


Bukan niat untuk meletakkan ilmu sebagai sebab terakhir. Sebaliknya inilah sebab utama yang terbaik untuk anda membina  blog.
 
 
Seorang doktor akan mengepos tentang tips-tips kesihatan ataupun info-info penyakit semasa. Seorang pakar sistem komputer pula blog tentang bidang kerjanya diselang-selikan dengan tips- tips komputer, juga cara-cara mengatasi dan membaik pulih masalah komputer yang berlaku.

Seorang peguam pula menceritakan bagaimana hendak mendakwa orang-orang tidak brntanggungjawab mencuri intelektual Properties di blognya.
 
 
 
 Tidak kiralah siapa kita  yang penting  menyampaikan ilmu kepada orang lain. Bukankah menyampaikan ilmu itu satu perkara yang baik?


Itu hanyabeberapa sebab mengapa kita perlu mempunyai blog, bahkan ia boleh jadi lebih daripada itu. Maka, tiada ruginya kita ada blog.  Mari kita berblog untuk pekara-perkara POSITIF.


Semoga perkongsian kita hari ini menambahkan lagi ilmu di dada,baik untuk Saya baik juga untuk Anda.
 
" Sharing Is Caring "

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan