Sabtu, 7 Disember 2013

Visualisasi

Percayakah anda, pemain Golf dunia, Jack Nicklaus, menyatakan 50%  daripada kejayaan beliau dimahkotakan sebagai pemain Golf  terbaik dunia kerana beliau rajin melakukan visualisasi positif.

 Kris Cole menyatakan dalam bukunya  Positive Visualization, “ The More We Practice Perfection Through Mental Rehearsals, The Sronger The Neural Pathways Will Become And The Better We will Perform When The Time Comes”.

Kita sering tertanya, bagaimana pula cara untuk melalukan visualisasi positif ini?
 



1.Tulis apa yang kamu hendak , pertama sekali, anda perlu jelas dan tahu apa yang anda mahukan, tujuan yang anda ingin capai.

2. Cari tempat dan suasana yang amat tenteram bagi anda supaya anda dengan senangnya dapat bayangkan situasi dan otak dapat membayangkannya dengan luas.

3.Bayangkan dengan lebih mendalam, sebagai contoh, sekiranya anda bayangkan untuk mendapat rumah Idaman, bayangkan lokasi anda berada , bayangkan segala-galanya, seolah-olah ia memang berlaku .

4. Sertakan dengan emosi untuk mendapatkan visualisasi yang optimum, lakukan proses visualisasi ini setiap hari pada masa-masa tenang dan sunyi.

5. Namun begitu, impian tidak akan tercapai sekiranya hanya angan- angan kosong. Hanya berkhayal dan tidak disertakan dengan tindakan.

Susunkan strategi yang seterusnya, langkah demi langkah untuk terus mencapai impian yang anda mahukan ( mesti rajin amalkan...jangan malas macam Saya..hehhehe ).

P/S : Serbah sedikit perkongsian semoga baik untuk Saya dan baik juga untuk Anda.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan