Isnin, 23 Disember 2013

Penyembuhan Jarak Jauh(Reiki)




 Saya ingin berkongsi cerita sedikit berkenaan dengan pengalaman sendiri di perkampungan saya.Dalam Kg Saya, ada seorang Auntie yang  biasa dipanggil oleh orang Kg dengan nama Ina Ikieh.Orang ini memang hebat dalam pengubatan secara tradisional tanpa ada apa apa peralatan yang dia gunakan.

Wanita ini kadang -kadang dipanggil sebagai Doktor oleh orang kampung atas kehebatannya dalam merawat orang -orang sakit kepala,demam dan migrain.Kenapa ya wanita ini hebat sangat? hehehe.

Ok. dipendekkan cerita,setelah saya berpindah ke Kota Kinabalu mengikut suami bertugas sebagai tentera dan Saya pula bertugas di sebuah sekolah luar bandar.Kemudahan klinik ada,klinik Swasta juga tidak ada kurangnya terpulang dengan kita memilih mana satu hendak pergi untuk mendapatkan rawatan.Namun.......

Keajaiban tenaga yang tidak terhapus tetapi dapat bertukar bentuk,mungkin inilah salah satu pengubatan dan penyembuhan jarak jauh. Ia merupakan salah satu topik yang menarik Saya kongsikan.

Memandangkan sudah terbiasa mendapat rawatan secara Kampungan,maka setiap kali saya dan juga anak sakit kepala atau deman,maka saya akan pastikan menelefon Orang tua di kampung agar Dr.Kampung@Inah Ikie tadi di panggil ke rumah mama atau bawah sahaja telefon ke rumahnya.

Dengan Kasih Sayang keluarga yang ada di Kg,mereka atau salah seorang keluarga pergi membawa telefon bimbit untuk memudahkan proses penyembuhan jarak jauh hanya melalui telefon. hebatkan..?

Rawatan jarak jauh melibatkan  dua proses.Pertamanya dengan menghubungkan niat serta simbol melalui namanya mahupun gambar dan selepas itu mengalirkan tenaga penyembuhan untuk penama tersebut/ orang sakit.

Ini hanyalah asas kepada penyembuhan jarak jauh.terdapat beberapa kaedah yang lain seperti menulis nama di atas kertas,kemudian meletakkannya di hadapan anda seterusnya pancarkan atau alirkan tenaga ke atas kertas tersebut dengan niat dan doa supaya sampai maksud penyembuhan yang dihajati.

Ok,berbalik kepada kehebatan Doktor.Kg tadi,penyembuhan cara ini mengambil masa dalam beberapa saat sahaja.Memang sungguh ajaib,percayalah...kepada yang pernah buat rawatan cara jarak jauh ini memang percaya seratus peratus.Ini terjadi kepada Saya, anak dan suami..apalagi pada orang -orang Kampung yang memang duduk berdekatan.

Sebenarnya bukan tidak percaya pada rawatan Dr.Pakar atau Klinik-klinik yang ada..tetapi ubat yang ada dalam almari dan peti ais belum  habis lagi,jadi hendak ke klinik pun ubat yang sama juga diberikan oleh Doktor. Mungkin kepercayaan yang utuh dan kehebatan cara rawatan ini ,maka tidak salah sekiranya kita mendapatkan rawatan segera yang  berkesan.

Masa yang kita gunakan pun tidak terbuang begitu.Cuba bayangkan sekiranya kita pergi ke hospital atau klinik-klinik,menunggu giliran,mendaftar,tunggu dipanggil,kemudian ruang tempat duduk pun dah penuh.Itu satu perkara,jika kita pergi ke klinik Swasta yang berbayar,dalam RM 30-50 memang melayang.

Satu perkara lagi,berpusing-pusing cari tempat parking kereta memang satu hal.oleh itu,sebagai jalan muda,telefon sahaja keluarga di kampung dan minta rawatan penyembuhan jarak jauh hanya dengan melalui telefon.Mudah bukan ?.. sungguh ajaib.

 Baru saya tahu,bahawa keajaiban  dan kehebatan Wanita tersebut ada berkait rapat dengan ilmu Reiki.Baru-baru ini Saya telah membeli sebuah buku yang berjudul " Aura Penyembuhan Reiki"....setelah baca dan faham,maka....Saya pun,baru sedar dan faham kini bahawa Wanita hebat itu rupanya menggunakan Cara Penyembuhan dan rawatan  " REIKI".....hmmm begitulah kehebatan Ilmu Allah.Apa itu Reiki?.....cari sendiri...hehehhe.




Rujukan :

 Aura Penyembuhan Reiki, Mir Hazil Azran Ramli,PTS Milenia,2012.



P/S: Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada Saya dan juga Anda.


                                                           " Sharing Is Caring "















Tiada ulasan:

Catat Ulasan