Selasa, 17 Disember 2013

Modul Bimbingan Dan Kaunseling ( Program Sarjana Pendidikan UKM )

Bimbingan dan Kaunseling
Modul Bimbingan dan Kaunseling
Tujuan Modul
Modul ini bertujuan:


1. Melahirkan profesional yang dapat memberi khidmat kaunseling kepada sekolah, keluarga dan
institusi umum.

2. Memberi pengetahuan yang mendalam kepada pelajar tentang teori-teori asas dalam
kaunseling.

3. Memberi kemahiran-kemahiran dalam kaunseling.

4. Membentuk sikap saintifik dan profesionalisme dalam diri pelajar supaya dapat melaksanakan
tugas bimbingan dan kaunseling secara berkesan.

Kursus Teras Fakulti (13 unit)

GGGB6012 Penulisan Akademik I
GGGB6022 Penulisan Akademik II
GGGB6013 Kaedah Penyelidikan I
GGGB6023 Kaedah Penyelidikan II
GGGC6033 Isu-isu Pendidikan di Malaysia

Kursus Pengkhususan (15 unit)

GGGB6243 Dinamika Kumpulan dan Perfungsian Mental
GGGB6253 Kaunseling: Teori dan Amalan
GGGB6383 Perkembangan Vokasional
GGGB6513 Pra-Praktikum Bimbingan dan Kaunseling
GGGB6713 Hubungan Membantu

Kursus Pilihan (6 unit)

GGGA6283 Penyelidikan Kualitatif
GGGB6223 Psikologi Perkembangan Lanjutan
GGGB6233 Psikolgi Remaja Lanjutan
GGGB6273 Teori Perkembangan Kanak-Kanak
GGGB6373 Asas-Asas Bimbingan dan Kaunseling
GGGB6523 Kaunseling Keluarga
GGGB6693 Ujian Psikologi Dalam Kaunseling
GGGB6723 Perkembangan Vokasional Lanjutan (setelah mengikuti kursus GB6383)
GGGB6733 Isu dan Etika Kaunseling
GB6216 Praktikum Bimbingan dan Kaunseling (6 unit)

Kursus ini adalah kursus pelengkap yang wajib diikuti oleh pelajar-pelajar yang mengikuti Program Sarjana Pendidikan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

 Kursus ini dibina untuk membantu pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman menjalankan kaunseling dalam situasi pekerjaan sebenar. Oleh itu pelajar digalakkan untuk menjalankan praktikum di agensi yang hampir sama dengan setting pekerjaan yang menjadi pilihannya.

Oleh kerana kursus praktikum ini lebih berbentuk individu, maka adalah menjadi tanggung-jawap pelajar untuk mengenal-pasti agensi yang bakal membolehkannya menjalankan praktikum.

Sepanjang praktikum, pelajar akan diselia oleh seorang penyelia atau lebih yang berkelayakan dalam bidang kaunseling. Pelajar hanya akan dibenarkan untuk mendaftar kursus ini selepas tamat serta lulus kursus-kursus teras yang ditawarkan bagi Program Sarjana Pendidikan dalam Bimbingan dan Kaunseling.
Struktur Praktikum

1. Pelajar yang menjalani latihan akan berada di setting yang dipilih selama 14 minggu secara
sepenuh masa dan 23 minggu bagi pelajar separuh masa. Praktikum hendaklah dijalankan
secara berterusan. Pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut sepanjang
latihan:

a) Menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok yang dirakamkan untuk tujuan penyeliaan
b) Menjalankan aktiviti bimbingan individu dan kelompok
c) Menyediakan jurnal aktiviti harian dan mengisi borang laporan aktiviti mingguan
d) Menjalankan satu penyelidikan

2. Pelatih yang menjalankan praktikum adalah tertakluk kepada semua peraturan-peraturan dan
etika latihan amali/praktikum/mengajar Fakulti Pendidikan.

3. Pelajar akan dibimbing dan diselia oleh penyelia yang dilantik oleh Fakulti.

4. Bimbingan dan penyeliaan dalam bentuk rakaman sesi kaunseling yang dibuat dimana penyelia
dan pelatih sama-sama mendengar sesi kaunseling yang dibuat dan berbincang mengenainya.

5. Penilaian dilakukan ke atas aktiviti-aktiviti berikut:

a) Sesi kaunseling individu dan kelompok yang dirakam sekurang-kurangnya dua puluh sesi
semuanya

b) Menyediakan sebuah laporan penyelisdikan (10,000 hingga 14,000 patah perkataan)

6. Penyeliaan dan penilaian praktikum akan dijalankan oleh penyelia yang dilantik.

7. Gred diberi berdasarkan laporan penyelidikan dan jurnal harian dan mingguan yang diserahkan
kepada penyelia.

 Rujukan : Portal Rasmi Pakulti Pendidikan UKM 

P/S: Semoga dapat memberi panduan kepada yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang Bimbingan Dan Kaunseling.


                                                                                     " Sharing Is Caring "















Tiada ulasan:

Catat Ulasan