Rabu, 4 Disember 2013

Jom Menjejaki Jutawan Senyap


Hasil Karya Mohd.Izham M.A.( Travelog Sarjana)

Aku suka membaca buku-buku mengenai pembangunan diri. Banyak ilmu yang aku pelajari daripada pengarang.

Baru-baru ini aku dapat menghabiskan bacaan buku bertajuk 'Jutawan Senyap'. Serius aku kata buku ini memang terbaik! Isi-isi dan cerita yang disampaikan oleh Chef Li mampu membuat aku terfikir erti kekayaan yang sebenar.

Kaya membuka syarikat bukanlah kaya yang sebenar. Beliau mengatakan bahawa membuka gerai di pasar malam sendiri boleh kaya. Apa yang penting adalah pengendalian aliran wang keluar masuk seorang peniaga.

Sering aku lihat dalam cerita drama Melayu orang Melayu yang menjual kuih muih miskin sungguh kehidupan mereka. Tetapi pelik. Realitinya Cina yang buka kebun kecil sebelah rumah boleh pula hantar anak belajar sampai ke luar negara. Siap mampu membeli tanah di hujung kampung.

Lalu, apakah kesilapan cerita drama mengarut itu? Ya mereka memandang membuka gerai di pasar malam atau di tepi jalan hanyalah jualan picisan.

Aku pun pada mulanuya bersangka begitu. Tetapi serius pandangan aku berubah setelah membaca buku ini. Sangat bagus dengan nilai-nilai ketimuran. Lupakanlah si Bill Gates, Robert T. Kiyosaki, Donald Trumph dan lain-lain.

Lihatlah Mak Jah, Pak Aji, Ah Tan, Limgan dan lain-lain rakyat Malaysia. Mereka berniaga kecil-kecilan sahaja tetapi untung mereka berlipat kali ganda!

Aku sebagai seorang siswazah tidak memandang pekerjaan mereka sebagai satu yang hina. Malahan mulia.

Cuma aku agak jelek juga apabila ramai penulis menyerang mengatakan ada PhD. pun tak boleh kaya. Aish! Pertama yang kamu tu tak tahu kenapa kami sambung sampai ke peringkat tinggi jangan nak bising!

Aku sambung ke peringkat selepas ijazah muda bukanlah sebab nak kaya! Kerana ingin mendalami ilmu dengan disiplin yang baharu. Tahukah anda displin ilmu mempunyai cabang yang banyak?

Salah satu cabangnya adalah master dan PhD.!

Persepsi masyarakat mengatakan PhD. boleh kaya itu salah. Perlu ingat, perlu juga orang yang bergred A iaitu geng-geng PhD. dalam merangka ilmu sarjana alam Melayu.

Janganlah mengutuk ini itu. Setiap orang telah Allah berikan jalan rezeki yang luas. Terpulang kepada mereka untuk memilih mana yang berkenan di hati.

Ya Steve Jobs tidak lah pandai sampai ke peringkat PhD. tetapi dia mampu mengawal orang peringkat PhD. Itu rezeki yang Allah kurniakan kepadanya. Kemahiran menguruskan orang.

Steve Job juga mungkin takkan berjaya jika tiada oang bergred A membantu orang bergred C.

Jadi saya menolak beberapa pandangan penulis kaya yang mengatakan orang gred A ini tiada harapan kaya. Ingat! Rezeki bukan diukur berdasarkan jumlah wang yang kita ada, tetapi berdasarkan apa yang kita ada. Tak kiralah keluarga, pendidikan, sahabat, dan lain-lain.

Bagi saya, pemegang PhD. patut bangga yang mereka telah mendapat ilmu jutawan. Ilmu yang mampu membuatkan mereka lebih mengenali erti ketuhanan. Oh amat rugi juga jika mereka hanya terus bergelumang mengejar pangkat tetapi lupa pula menyumbang ilmu yang mereka dapati kepada masyarakat.

Kadang kadang aku lihat ramai pensyarah ingin menyumbang ilmu kepada masyarakat tetapi mereka disibukkan dengan kerja-kerja pengurusan, pengajaran, dan penyelidikan oleh pihak Universiti Ini menyebabkan mereka sendiri tidak ada masa untuk berfikir menulis bagi masyarakat. Tidak sama turun bersama masyarakat dan menilai serta memberi apa yang telah mereka ambil daripada masyarat - ilmu bermanfaat.

Telah masyarakat menaruh harapan kepada mereka agar mampu berfikir lebih daripada mereka yang biasa ini demi membawa kemasukan ilmu baharu ke dalam suasana mansyarakat.

Akhirnya, yang dapat aku simpulkan setelah membaca buku ini, setiap orang diberi jalan rezeki yang luas oleh Allah. Ia terpulang kepada kita bagi mencari erti kemewahan. Kesihatan, duit, pangkat, ilmu, keluarga, persekitaran aman, dan pelbagai lagi boleh jadi rezeki kepada kita.

Tidaklah ia mematahkan semangat aku ingin mendapat PhD. dalam kehidupan. Malahann menguatkan lagi bahawa sarjana aku ini penting agar aku dapat terus menyumbang ilmu yang aku dapat kepada masyarakat. Insya-Allah.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini. " Sharing Is Caring"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan