Selasa, 3 Disember 2013

Penghujung Tahun?

 



Sedar tak sedar, tahun 2013 kini sudah memasuki penghujung tahun. Bagaimana dengan segala azam dan impian yang Anda inginkan pada tahun ini?

Semoga Anda terus istiqamah dengan apa yang anda buat demi merealisasikan impian Anda. Kadangkala impian kita, datang dengan begitu cepat, kadangkala pula memakan masa. Ia bergantung kepada sejauh mana kekuatan kita mengimpikannya.

Jika Anda main-main mengimpikan sesuatu sudah tentu apa yang Anda impikan itu juga main-main untuk datang kepada Anda.
 
Menyatakan impian dengan bersungguh-sungguh secara tidak langsung menanam benih saranan diri di dalam minda separa sedar dan seterusnya minda separa sedar.
 
Iini akan menghantar isyarat atau arahan kepada seluruh anggota badan, supaya bertindak mengikut apa yang kita telah tanamkan dalam minda Separa Sedar.

Bagaimana untuk melakukannya? Anda boleh lakukannya melalui Visualisasi dan Affirmasi.

Oleh itu jika anda terlupa dan terleka untuk fokus kepada apa yang anda impikan atau azamkan pada awal tahun , mungkin sudah terlewat.....namun begitu,impian yang belum terlaksana pada tahun ini,kita boleh bawahnya ke tahun hadapan.Jangan putus asa...teruskan sahaja impian anda.tidak ada sesiapa yang menghalang kecuali anda. 
 
Masih ada 28 hari, mudah-mudahan pada penghujung tahun ini apa yang anda mahukan itu dapat dikecapi. Semoga ada kesempatan untuk menrealisasikannya.Insyaallah.

Artikel ini ditulis untuk mengingatkan diri Saya juga.. yang kadangkala lupa dan alpa untuk fokus pada apa yang Saya inginkan.
 
 
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada Saya dan juga Anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan