Selasa, 3 Disember 2013

Kaitan antara hukum Tarikan dan Minda separa Sedar

Apa Kaitan Hukum Tarikan,  Minda Separa Sedar dan The Secret




Apa khabar semua? Semoga  pembaca  dilimpahi rahmat dan ilmu yang maha luas yang tidak terhingga dariNya.

Bagi pengunjung dan pembaca di blog Saya ini, sudah tentu biasa mendengar istilah THE SECRET, HUKUM TARIKAN dan juga MINDA SEPARA SEDAR. Istilah-istilah ini sering sering Saya jumpa di mana-mana blog kejayaan.

Tapi tahukah anda samada ianya berkaitan atau tidak? ATAU adakah anda merasakan ianya adalah perkara yang sama cuma istilah berbeza? ATAU mungkin bagi anda ianya tak ada kena mengena langsung dan berbeza sama sekali?

Oleh itu pada hari ini ,Saya ingin kongsikan sedikit penerangan mengenai ketiga-tiga istilah ini.

Pertamanya mengenai THE SECRET. The Secret ini sebenarnya hanyalah merujuk kepada tajuk sebuah buku yang menghimpunkan tokoh-tokoh yang membongkarkan satu RAHSIA. Rahsia yang diceritakan dalam buku tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah HUKUM TARIKAN.

Kemudian mari kita lihat pula hubungkait antara HUKUM TARIKAN dan KUASA MINDA SEPARA SEDAR.

Hakikatnya memang terdapat perbezaan diantara dua istilah ini. Hukum Tarikan merupakan salah satu dari pelbagai hukum alam yang diciptakan Allah SWT seperti Hukum Graviti, Hukum Sebab dan Akibat, Hukum Getaran, dan sebagainya.

Definisi HUKUM TARIKAN pula, menurut Michael Losier apabila diterjemahkan membawa maksud yang lebih kurang begini "Apa sahaja perkara yang diberikan dengan sepenuh hati, tenaga dan tumpuan (fokus); samada ianya positif atau negatif akan tertarik ke dalam hidup anda"

Manakala minda separa sedar pula merupakan sebahagian daripada kuasa yang ada pada minda stiap insan.

Minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. 90% daripada keputusan, tindakbalas, fikiran, dan juga perasaan anda di kawal pada tahap bawah sedar oleh minda separa sedar. Minda separa sedar juga mengawal denyupan jantung, sistem percernaan, sistem pernafasan tanpa anda sedari!

Minda separa sedar anda sebenarnya umpama robot yang tidak berperasaan. Maka, setiap perkara yang anda nyatakan atau saranan diri yang diberikan pasti diterimanya 100 peratus.

Oleh yang demikian setiap saranan diri yang diterima oleh minda separa sedar ini samada positif atau negatif akan menghantar isyarat kepada sistem saraf yang berada di dalam badan kita supaya bertindak terhadap jenis input yang diterima tanpa disedari.

Walaupun konsep HUKUM TARIKAN dan MINDA SEPARA SEDAR ini sedikit berbeza, tetapi kedua-duanya berkait rapat. Pendekata, hubungkaitnya adalah seperti berikut:

Hukum Tarikan merupakan suatu alat untuk menarik sesuatu, manakala minda separa sedar kita yang menentukan perkara atau benda apakah yang ditarik.

Untuk memudahkan pemahaman anda, Saya cuba analogikan begini:

Saya mengandaikan Hukum Tarikan umpama Internet kerana Internet mampu menarik apa sahaja maklumat yang anda inginkan. Manakala Minda Separa Sedar itu umpama diri Anda yang melayari Internet. Cuma dalam konteks ini, Anda secara sedar menarik apa yang Anda ingin layari dari internet sama ada laman web positif atau negatif.

Begitulah juga halnya yang berlaku di alam separa sedar. Ada suatu sistem yang berlaku tanpa disedari yang menarik apa yang tersimpan di minda separa sedar Anda.

Itulah hubungan antara hukum tarikan,minda separa sedar dan juga minda bawah sedar

Semoga perkongsian kita kali ini menambahkan lagi ilmu baik untuk Saya mahupun untuk anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan