Ahad, 15 Disember 2013

JHTR@ Jauhi Hutang Tarik Rezeki




Sepanjang cuti sekolah akhir semester ini saya tidak membiarkan masa dan hari-hari terakhir dalam bulan December 2013 ini berlalu pergi tanpa pengisian yang bermakna.Sekurang kurangnya,perginya 2013,ada sesuatu yang Saya kenang dalam hidup ini.

Pengaruh buku dari setiap pembacaan Saya,membawa Saya untuk menghadiri suatu kursus yang di anjurkan oleh THERAFYS MASIDA di Kota Kinabalu Sabah.Terpapar di FB,Tajuk JHTR dan LOA (Low Of Atraction.)  Wao, Saya tertarik dengan Tajuk kursus...hebat juga kursus ni.

Ok..pada tarikh 14.12.2013 saya telah mendaftar sebagai peserta dalam kursus tersebut dengan yuran RM....tidak payah sebutlah tetapi memang harga promosi untuk akhir Tahun. Saya adalah Peserta pertama yang sampai ke Hotel Yahoo dan sementara menuggu kaunter pendaftaran di buka,Saya ambil kesempatan membaca buku " Magnet kekayaan Dan Kejayaan " Hasil Karya DR.Azizan Osman...buku ini Saya simpan dalam bag,kemana sahaja Saya pergi, Saya sentiasa berbekalkan buku dan membaca di mana sahaja saya ada peluang dan ruang.

Masa pendaftaran telah tiba,peserta pun sudah ramai yang masuk bilik dan mendaftarkan diri.Kaunter pendaftaran ada di sediahkan beberapa buah buku yang dijual...hasil karya Puan Masida Rasyed dan juga Md.Taib Mat.Saya sangat terujah dengan tajuk buku ini,akhirnya, Saya beli 2 buah buku yang bertajuk "NLP Naga Dan Anda dan Anda Berhak Hebat ".....wao tajuk pun hebatkan..apa lagi isinya..hehheheh.


Ok  Saya ringkaskan cerita,kami diminta perkenalkan diri masing-masing dan apa tujuan menghadiri kursus tersebut. Semua peserta termasuk Saya perkenalkan diri..blahh...blahh.blahhh.......

Modul dan atur cara diberkan pada peserta kursus.Saya terkelip-kelip mata melihat sesuatu yang belum pernah Saya baca dan juga dengar...seperti RAPPORT,EFT,Four Quadrant dan LOA ( Ini biasa saya baca).


Apa yang Saya dapat dari kursus ini memang Sangat berbaloi..sesuatu yang baru bagi Saya dalam menimbah ilmu RAPPORT dan EFT.Memang best...kami praktis dan praktis dan praktis...memang hebat.


Kepada Sifu Masida dan Sifu Joen,ilmu yang Saya dapat dari kalian tiada tandingnya.Pengalaman dan pengetahuan ini,Saya tidak akan berhenti di sini,Saya akan pastikan bahawa Saya akan dapat lagi mengikuti kursus berkenaan dengan tajuk NLP.Pengetahuan dalam bidang ini,memungkinkan Saya mendapat idea dan mudah untuk mengikuti kursus ( menyambung pelajaran dalam bidang Psikologi dan Kaunseling ) insyaallah.


Sampai di rumah,selepas berehat,Saya terus capai lap Top dan cari berkenaan dengan Rapport da EFT dengan lebih mendalam lagi.Alhamdulillah ada beberapa blog dari Indonesia membicarakan tentang Rapport dan EFT........bukan tidak faham apa yang Saya dapat dari kursus tadi tetapi Saya ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut ,peringkat demi peringkat dan sebagai pengukuhan dalam minda Saya.



Alhamdulillah,hari ini Saya dapat menambah ilmu lagi..terima Kasih ya Allah kerana memberikan Saya rezeki ini ,terima kasih Puan Masidan dan Puan Joen, usaha Anda menyampaikan ilmu ,insyaallah akan dibalas dengan rahmat oleh Allah s.w.t .Semoga Rezeki Anda melimpah ruah...amin.




 P/S : semoga memberi manfaat kepada saya dan juga Anda.



                                                                                   " Sharing Is Caring "



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan