Khamis, 19 Disember 2013

Guru Kena Belajar NLP ?



 Saya terkedu seketika apabila membaca artikel ini,yang mana menyarankan setiap guru agar mendalami ilmu NLP. Artikel ini ,Saya petik dari penulis pakar dalam bidang pembangunan diri dan juga seorang usahawan iaitu En. Fauzul Naim.

Apa yang beliau tulis memang benar,zaman berubah dunia berubah begitu juga dari sudut pandang para pelajar @ anak didik.Guru tidak hanya bergantung dengan pengetahuan sedia ada, alatbantu @ BBM@ABM dan sebagainya.Guru perlu ada "ilmu Rahsia"....." The Secret "..hehhheee

Sudut pandang dan minda Guru perlu selari dengan perkembangan semasa dan dengan perubahan dunia.Cabaran yang dihadapi oleh Guru memang amat berat.Ketahanan Emosi,minda@mental ,fizikal mesti sentiasa diselaraskan dengan situasi semasa.

Pelajar dan anak didik semakin agresif dan terkedepan.Silap haribulan,murid@pelajar@anak didik kita yang lebih berpengetahuan berbanding kita sebagai seorang Guru.

Mari kita lihat dan amati, apa kata pakar dalam bidang ini (Renungan untuk diri saya)


Zaman berubah, dunia berubah begitu juga cara pandang dan cara kerja. Perubahan yang berlaku selari dengan perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan. 

Dunia pendidikan, latihan dan pembangunan diri adalah bidang yang semakin hari semakin mencabar.

 Perkembangan aktiviti berasaskan pengetahuan terutamanya dalam dunia tanpa sempadan dunia internet, mengubah antara muka dunia pendidikan, latihan dan pembangunan diri dengan amat drastik.

Satu masa dahulu seorang cikgu apabila ke kelas cukup dengan membawa buku teks, buku rekod kerja dan alat bantu mengajar yang minimum.


Mata pandang peserta atau pelajar berubah dengan masa
Mata pandang peserta atau pelajar berubah dengan masa


Namun pada zaman teknologi maklumat ini, persediaan cikgu sebelum ke sebarang kelas ataupun program perlu lebih terkehadapan. Tidak boleh sekadar buku teks, buku rekod kerja dan alat bantu mengajar yang biasa-biasa.

 Ini kerana anak murid yang menghadiri sesi pembelajaran kadangkala adalah lebih terkehadapan dan berfikiran kritikal berbanding anak murid zaman dahulu. Dahulu satu soalan perlukan satu jawapan, sekarang jika hanya dengan satu jawapan belum tentu dapat meyakinkan para murid yang mendengar.

Semua orang adalah guru tidak kira Tuan dan Puan adalah seorang cikgu sekolah menengah, cikgu sekolah rendah, cikgu tadika, pendidik, pensyarah, trainer, motivator, mualim, mualimah, ustaz, ustazah, ibu bapa dan terbabit dalam penyampaian, pengajaran dan pembelajaran. 

Kesemua ini menghadapi cabaran yang lebih kurang sama, cabaran untuk 3 perkara iaitu memandu PEMBELAJARAN, membentuk TINGKAH LAKU dan memacu PERUBAHAN DIRI.


Tahukah Tuan dan Puan bahawa ketiga-tiga perkara ini sebenarnya dikawal oleh satu bahagian badan kita yang dinamakan sebagai minda separa sedar.



Minda seumpama sebuah bongkah ais di kutub utara
 Minda seumpama sebuah bongkah ais di kutub utara

Minda adalah seumpama sebuah bongkah ais, ia mempunyai dua bahagian iaitu bahagian yang boleh dilihat di atas permukaan air dan bahagian yang berada di bawah permukaan air.

Apa yang ada di atas permukaan air sebahagian kecil daripada badan bongkah ais. Bahagian yang lebih besar adalah yang berada di bawah permukaan air.

Begitulah perumpamaan minda kita. Minda kita terdiri daripada dua bahagian iaitu minda sedar dan minda separa sedar.

MINDA SEDAR adalah apa sahaja yang kita sedar pada ketika ini, sama ada Tuan dan Puan sedar mengenai apa yang Tuan dan Puan baca pada ketika ini.

Menyedari bahawa mata Tuan dan Puan sekarang diterangi oleh cahaya daripada paparan komputer ini.

Namun adakah Tuan dan Puan sedar sekarang ini di bawah punggung dan belakang Tuan dan Puan sekarang ada satu benda yang sedang menolak punggung dan belakang Tuan dan Puan? 

Bagi yang berkaca mata, adakah Tuan dan Puan sedar di tengah-tengah hidung ada dua benda (pemegang kaca mata) yang menekan hidung Tuan dan Puan sekarang?

 Adakah Tuan dan Puan sedar bahawa di sekeliling Tuan dan Puan terdapat pelbagai bunyi, ada bunyi pendingin hawa, ada bunyi binatang, ada bunyi hujan (bagi yang kawasan tengah hujan sekarang) dan ada bunyi jantung? Baru sedar bukan :).


Pada ketika duduk, kita tidak sedar kewujudan kerusi di belakang
Pada ketika duduk, kita tidak sedar kewujudan kerusi di belakang


Pada ketika saya tidak menyatakan perkara ini tadi Tuan dan Puan tidak sedar kewujudannya. Apabila saya menyatakannya sebentar tadi baru Tuan dan Puan sedar kewujudannya.

 Pada ketika sebelum sedar itu dikawal sebagai MINDA SEPARA SEDAR. Secara alaminya, kebanyakan fungsi badan dikawal oleh minda separa sedar. Adakah Tuan dan Puan sedar bahawa kaki yang membawa kita ke mana sahaja apabila kita bergerak itu bergerak tanpa kawalan? 

Apa yang Tuan dan Puan tahu hanyalah mahu ke mana sahaja. Kemudian kita bergerak tanpa perlu mengarahkan kaki kita ke mana kerana secara separa sedarnya ia memahami apa sahaja yang difikirkan oleh kita.

Adakah Tuan dan Puan sedar bahawa pada sesetengah situasi, Tuan dan Puan mahu menyeberang jalan. Kemudian tiba-tiba Tuan dan Puan terasa seperti tertarik ke belakang dan pada ketika yang sama ada sebuah kereta meluncur laju di hadapan kita.

 Jika tidak ditarik ke belakang tadi sudah tentu Tuan dan Puan dilanggar kereta itu. Itulah yang menunjukkan bahawa kita dikawal oleh MINDA SEPARA SEDAR. Minda separa sedara antara fungsi utamanya sebagai mekanisme mengekalkan dan menyelamatkan tubuh badan kita daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan.


Apabila kita mengetahui bahawa PEMBELAJARAN, TINGKAH LAKU dan PERUBAHAN tiga komponen paling penting dalam sesebuah aktiviti pengajaran itu dikawal oleh MINDA SEPARA SEDAR, persoalannya bagaimanakah kita mahu menguasai MINDA SEPARA SEDAR murid atau peserta kita? Di sini kita mahu perkenalkan Tuan dan Puan dengan satu alat yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programming (NLP).


NLP sebagai alat pengajaran dalam kelas

Neuro Linguistic Programming atau NLP adalah seni dan sains kecemerlangan manusia yang menjadi alat komunikasi digunakan oleh para komunikator terbaik dunia dalam memacu kejayaan organisasi dan meningkatkan produktiviti.

Ia menyediakan alat bagi memudahkan kita memahami bagaimana manusia berfungsi dan berinteraksi dengan persekitaran. NLP membawa kita menjelajah dunia minda yang membolehkan kita mengetahui pola fikiran dan bahasa minda yang mengubah tingkah laku individu.

Ia juga digunakan oleh para pendidik terbaik di seluruh dunia sebagai alat memperkasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ia adalah alat pengajaran yang praktikal dengan pendekatan, teknik dan strategi yang menjadikan pengalaman pembelajaran dalam kelas lebih menarik dan ‘hidup’.
NLP memenuhi 4 strategi utama dalam pembelajaran dan pengajaran iaitu:

PERTAMA: Pengajaran berdasarkan hasil (Outcome Based Education)

Setiap sesuatu pengajaran perlu dimulakan dengan objektif yang jelas. Ini menjadikan sesuatu pengalaman dalam kelas itu dengan matlamat yang diterjemahkan dalam bentuk strategi terancang.

 Objektif dan matlamat sahaja tidak cukup, ia memerlukan keyakinan dan faktor ‘pelonjak’ dalam diri untuk mencapainya.

KEDUA: Membina hubungan baik (rapport)

Berdasarkan kajian, 80 peratus halangan ataupun penolakan dapat diselesaikan hanya dengan membina hubungan baik dengan individu terbabit.

 Dalam kelas, kadangkala seseorang murid itu bukannya tidak faham mengenai sesuatu pembelajaran. Namun mereka tidak mahu untuk faham kerana ada faktor penolakan. Membina hubungan baik amat penting bagi menaik taraf pengajaran dan pembelajaran.

KETIGA: Keanjalan dan fleksibiliti

Tidak ada pelajar atau peserta yang melawan, apa yang ada hanyalah guru yang tidak fleksibel. Fleksibiliti atau keanjalan adalah perkara paling penting dalam pengajaran. 

Setiap pelajar dan peserta ada kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan cara fikir mereka. Seorang guru sedapatnya menjadi paling feksibel dalam memastikan ilmu disampaikan dapat diserap dengan baik oleh pendengarnya.

KEEMPAT: Bahasa berpengaruh

Setiap manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘critical faculty‘ di dalam minda mereka. Critical faculty ini wujud disebabkan oleh proses pendidikan, proses pembesaran, cara didikan keluarga, persekitaran dan banyak lagi.

 Mereka mempunyai persepsi tersendiri kepada sebarang maklumat yang diterima. Segala maklumat melalui proses pemadaman, pengherotan dan penyamarataan yang menyebabkan pemahaman kepada sesuatu perkara berbeza-beza di antara satu sama lain.

 Seorang guru yang baik perlu mengetahui kaedah untuk melepasi critical faculty ini dengan menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai. Ini dipanggil bahasa berpengaruh atau bahasa hipnotik.


BENGKEL GURU SUPER: Strategi Mengajar Efektif Menggunakan NLP

Bengkel GURU SUPER direka bentuk untuk memenuhi keperluan dunia pendidikan, latihan dan kemahiran. Ia menyediakan strategi pengajaran menggunakan Neuro Linguistic Programming.

Seni komunikasi terhebat dunia ini akan menjadikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berbeza daripada sebelumnya.
5 Strategi Utama yang akan dibentangkan adalah:

STRATEGI 1: MENGANALISA

Seorang guru perlu menjadi penganalisa yang baik. Ia perlu menganalisa tingkah laku setiap seorang pesertanya bagi membolehkannya mengaturkan strategi bagi memastikan kaedah pengajaran dan bahasa yang digunakan bersesuaian dengan pendengar dan pesertanya.

 Tuan dan Puan akan mempelajari kaedah mengenal bahasa badan melalui VAKOG (Visual Auditori Kinestetik Olfaktor Gustatori dan Auditori Digital). Bonus tambahan yang akan dipelajari kaedah memahami dan mengenali tingkah laku manusia melalui perkataannya.

STRATEGI 2: MENGHUBUNG

30 saat pertama dalam sesuatu pertemuan atau sesi pembelakaran adalah tempoh masa paling penting dalam membina hubungan baik. Ia menentukan sesuatu komunikasi menjadi berkesan ataupun tidak.

 Tuan dan Puan didedahkan dengan kaedah membina hubungan baik dengan peserta melalui teknik ‘Mencermin dan Memadan’ dan teknik ‘Pace & Lead’. Dua kaedah yang amat berguna dalam menjalinkan hubungan berpanjangan dengan para peserta dan pelajar dalam masa yang singkat.

STRATEGI 4: MENYELESAI

Seringkali dalam pembelajaran dan pengajaran berlaku penentangan dan konflik yang ditimbulkan oleh para peserta dan pelajar. Pada ketika ini guru perlu memahami apakah yang menjadikan penentangan dan konflik ini berlaku. 

Ini bagi mencari punca penentangan untuk memudahkannya menyelesaikan. Tuan dan Puan akan didedahkan dengan satu kaedah bertanya untuk mencari punca masalah iaitu kaedah Meta Model. 

Minda akan menjalani proses pemadaman, pengherotan dan penyamarataan. Kaedah Meta Model digunakan untuk mengembalikan maklumat asal yang dipadamkan, diherotkan dan disamaratakan.

STRATEGI 3: MENGOLAH

Apabila mengetahui profil tingkah laku dan cara fikir seseorang peserta, Tuan dan Puan mengetahui apakah kaedah terbaik penyampaian bersesuaian dengan profilnya.

 Di sini Tuan dan Puan akan mereka bentuk kaedah pengajaran yang sesuai dengan pendengar dan pesertanya. Tuan dan Puan akan mempelajari kaedah mereka bentuk kaedah pengajaran kreatif dalam kelas.

 Aktiviti yang menjadikan pengalaman pembelajaran dalam kelas sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu oleh para peserta dan pelajar.

STRATEGI 5: MEMENTAS

Kebanyakan individu masih mengingati pembelajaran semasa tadika. Antara yang paling melekat adalah lagu ABC sehingga sekarang. 

Ini disebabkan oleh pengalaman pembelajaran pada ketika itu amat menyeronokkan. Tuan dan Puan akan membongkar kod-kod kata yang menyebabkan seseorang individu terasa seronok mendengar dan melihat Tuan dan Puan di hadapan.

 Kod-kod ini dipanggil sebagai bahasa hipnotik. Bahasa yang sesuai menginstall pembelajaran yang baik ke dalam minda.


P/S: Semoga perkongsian ini memberi manfaat  kepada saya dan juga Anda.

 
  " Sharing Is Caring "






Tiada ulasan:

Catat Ulasan