Ahad, 22 Disember 2013

Bayangkan Matlamat Itu....



 Angan -angan dan impian adalah visi yang merupakan asas pada sesuatu matlamat.Tanpa impian tidak akan terbentuk matlamat diri yang besar.Ia adalah aktiviti pencernaan idea ke arah kehebatan seseorang individu.


Semua sudah maklum bahawa apa itu matlamat.Oleh itu Saya tidak perlu menerangkannya tetapi mari kita lihat bagaimana untuk membayangkan matlamat yang telah kita tulis mengikut skrip Anda.

Jika matlamat Anda ialah mendapatkan bentuk badan yang menarik dan ideal, bayangkan pakaian yang anda pakai.Bayangkan dengan jelas rekaan pakaian tersebut, saiz, warna, dan harumannya.sentuhlah pakaian itu dan rasakan ....

lihat diri Anda dalam pakaian itu seolah-olah anda berjaya mencapai berat badan yang ideal,yang anda idam-idamkan.bayangkan dalam keadaan yang nyaman..pejamkan mata anda dan lihat sejelas-jelasnya bahawa Anda sedang menikmati pakaian itu.

Jika matlamat anda berjaya dalam pelajaran,bayangkan bahawa Anda sedang memegang tropi kejayaan.nama Anda diumumkan dan anda naik ke pentas menerima sijil...dengarkan juga tepuk tangan dari penonton,rasakan dengan kegembiraan.seboleh-bolehnya,libatkan deria hidu Anda....masa itu Anda tercium bau haruman dari kesegaran sama ada bunga-bungaan,haruman minyak wangi dan sebagainya.

Bayangkanlah matlamat Anda ,apa sahaja yang telah Anda tulis dan ingin capai...kerana Andalah pengarahnya..hehehe

Bayangan ini perlu benar-benar jelas,seperti sudah terjadi.Anda dapat melihat wajah Anda dengan jelas dalam bayangan itu.Anda dapat melihat diri Anda yang berjaya dengan pancaran auranya yang hebat.

Anda berasa sangat gembira pada saat ini kerana semua impian Anda sudah tercapai.Anda telah dapat membantu lebih ramai orang.Anda dapat memberi dan menyumbang lebih banyak kepada masyarakat. Anda gembira dan sangat bersyukur kerana semuanya menjadi kenyataan.

Beritahu kepada diri Anda sekarang...bahawa anda tidak ada apa-apa halangan lagi..dan Anda boleh mencapai impian Anda sekarang.Buka mata baca dan bayangkan sekali lagi impian impian Anda....tetapkan masa dan tempoh,biar spesifik...supaya minda separa sedar dapat memprosesnya dengan berkesan.

 " Cara yang terbaik untuk meramal  masa hadapan adalah dengan mewujudkannya"
                                                                                ( peribahasa Melayu )






Rujukan :
  1.  Magnet Kekayaan Dan Kejayaan, Azizan Osman,Azizan Osman Publications,2013.
  2. Anda berhak Hebat Edisi kedua,Md.Taib Mat,MTM Consultants Sdn.Bhd, 2010.

                                                             "Sharing Is Caring "



Tiada ulasan:

Catat Ulasan