Rabu, 4 Disember 2013

Mengurus Aliran Duit



Mari kita uruskan duit dengan sebaik-baiknya:

Dari Master Hadzrin

 Bila masuk bab menguruskan aliran kewangan tentu banyak perkara harus kita fikirkan. Bila ada duit sikit pun kita tidak boleh  uruskan, apa lagi bila ada duit banyak !!

Jadi bagaimana hendak buat ? Amalkan begini….setiap kali anda dapat duit pecahkan kepada 5 bahagian. 1:1:1:5:2…

Maksudnua setiap kali anda dapat duit contohnya RM 10..( saya tak nak cerita yang banyak dulu…mula dengan sikit ni) anda pecahkan dan masuk ke dalam 5 tabung…

10% – Simpanan jangka panjang ( tidak boleh keluarkan langsung )

10% – sedekah

50% – belanja

20%- Komitmen seperti duit sewa, kereta, rumah…atau modal perniagaan

Bila dapat RM 10 pecahannya jadi begini…. RM 1 masuk tabung jangka panjang, RM 1 untuk beli buku atau belajar , RM 1 untuk sedekah, RM 5 untuk perbelanjaan harian, RM 2 untuk bayar komitmen…

Bagaimana  hendak kaya macam ni…..Haaa itulah yang Magiknya datang….. Mula dengan sedikit dulu…. Anda akan dapat keajaibannya bila sudah buat selama 3 bulan… dan saya guarantee anda akan ada duit yang berlipat kali ganda !!

Jadi,macam mana? anda ok ? Mahu buat atau tidak? adalah lebih baik kita praktikkan sahaja demi keberkatan hidup.

Anda tentu mahu kayakan? semua orang mahu kaya kerana dengan kekayaanlah kita dapat menunaikan semua hajat seperti pergi umrah,pergi menunaikan Haji,pergi melanjutkan pelajaran,melancong,menderma ke masjid,memderma ke rumah anak yatim dan sebaginya.

Logiknya….Hukum Alam semester atau yang pastinya Allah SWT nampak apa yang kita buat dan Maha mengetahui.

Setiap pengurusan kewangan kita adalah satu ibadah lebih-lebih lagi kita amalkan sedekah 10% dari pendapatan kita…(sedikitnya…) , berapa ramai yang sedekah walaupun sehari RM 2 ? Tak ramai…. sebab bila RM2 X 30hari jadi RM60…ada yang sedekah RM60 sebulan ?

Allah nampak bila kita sudah pandai menguruskan Duit kita maka Allah akan gandakan Rezeki kita…PASTI.

Itulah datangnya Magnet Duit….sebab Duit pun tahu orang yang pandai uruskan duit. Orang yang boros, tak pandai dan tak sayang duit…Duit pun lari sebab menyampah…..

Magnet duit ialah bila Duit sayang dekat kita dan nak datang dekat kita…bukan maksud kita duduk rumah berangan-angan dan tiba-tiba ada duit jatuh dari bumbung. Kalau betul jatuh bumbung hempap atas kita lalu tak sempat nak berduit…


Setakat inilah perkongsian saya kali ini… Insya-Allah semoga kita dapat menambah ilmu pada setiap masa.

"Sharing Is Caring"


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan