Ahad, 8 Disember 2013

Pernahkah Anda berkomunikasi dengan Diri ?

 Sudah menjadi lumrah hidup bahawa manusia perlu ada ikatan silaturrahim sesama manusia.Manusia suka  untuk berhubung  sama ada dekat mahupun jauh dengan seseorang.

 Manusia memang tidak suka dan tidak boleh hidup berseorangan, mereka cuba untuk berhubung di mana sahaja,bila-bila masa dan tidak kira siang mahupun malam.

Sekiranya tidak ada  teman berkomunikasi, dia mula berhubung dengan telefon bimbit, note book, komputer, permainan elektrik, buku atau sekurang-kurangnya dengan sebuah surat khabar.

 Ada juga orang yang cuba berhubung dengan makhluk halus, hantu atau dengan makhluk dari planet-planet lain ( ini mengerikan ).

Apabila seorang manusia percaya segala hubungannya dengan dunia luar terputus, dia terasa seolah-olah telah menjadi gila, dia terasa seperti telah dipulaukan dan telah gelap dunianya. Manusia benci hidup atau tinggal berseorangan kerana dia takut dengan kesunyian.

Manusia suka berkomunikasi dengan segala-galanya kecuali dirinya sendiri, manusia yang cuba berkomunikasi dengan diri sendiri memang jarang.Kenapa patut kita berhubung dengan diri sendiri ?

 Seorang manusia sepatutnya harus berhubung dan mengenali dirinya sendiri dahulu, sebelum berkomunikasi dan mengenali sesuatu yang lain di dunia ini.

Manusia selalunya berbual dan berkomunikasi dengan manusia, binatang, dewa, malaikat, Tuhan, alam semula jadi, roh, hantu, dan bermacam-macam kecuali dirinya sendiri.

 Ini kerana dia tidak mengenali dan tidak percaya bahawa dirinya wujud. Dia tidak ingin mengenali dirinya sendiri kerana dia tertipu dengan egonya sendiri dan alam maya ini.

Setiap  manusia harus mengenali dirinya dan harus mengenali tujuan kehidupannya. Apabila kita hidup tanpa mengenali kehidupan ini,kita hidup  seumpama tidak berkompas dan arah tujuan.
.
 Kehidupannya seumpama seorang yang sesat dalam perjalanan tanpa tempat tujuan. Dia tidak akan ke mana-mana dan tiada perubahan akan berlaku dalam kehidupan.

Untuk mengenali diri kita sendiri ,pada mulanya kita harus berbual dan berkomunikasi dengan diri kita sendiri. Kedua kita harus dengar apa yang hati kita cuba cakap kepada kita, apa yang alam ini, dunia ini cuba memberitahu kepada kita.

Apa yang kita tahu tentang diri sendiri hanyalah sampah yang kita kumpul dari pengetahuan dan pendidikan. Ia bukan pengalaman dan ia tidak ujud dalam pengetahuan kita.

Kita langsung tiada pengalaman atau pengetahuan tentang diri kita sendiri kecuali apa yang telah didik dan kita belajar dari luar. Kita harus mempelajari tentang diri kita dari dalam dan bukan dari orang lain. Kita yang lebih rapat dan mengenali dengan diri kita.

Dengarlah dengan peka setiap bisikan yang kamu dengar dari hati. Cuba anda memahami apa yang hati anda, malaikat anda, Guru anda perkatakan atau bisikkan.

 Tuhan anda sedang memberi tahu kamu ,bahawa dalam diri Anda,Anda (Roh ).  Apabila kita mula mendengar setiap bisikan dari dalam, barulah kita akan di khabarkan segala-galanya tentang kita, dan rahsia alam ini. Hanya seorang yang cuba berkomunikasi dengan dirinya sendiri dapat berkomunikasi dengan Tuhannya.

Apabila seorang menghormati bisikan hatinya dan mendengarnya, dia akan diberi panduan dari dalam, semua soalannya dan semua masalahnya akan terjawab dari dalam.

Sebaliknya jika seseorang mengabaikan bisikan hatinya dia akan terputus hubungan dengan alam roh dan Tuhannya. Dia tidak akan dapat sebarang keterangan dan panduan kehidupan. Dia juga akan terputus segala pertolongan dan panduan dari dalam dirinya.

Anda bukan siapa yang Anda percaya bahawa diri Anda adalah sesuatu yang hebat,dasyat dan sangat hebat.Ramai Para  bijak pandai,pakar dalam bidang NLP,mengumpamakan bahawa anda adalah Naga.Tahukah Anda apa itu Naga?

Manusia diumpamakan seperti kekuatan Naga kerana ia amat berkuasa dan amat Power! Apa pun yang diumpamakan kepada manusia,sememangnya kehebatan yang ada pada manusia lebih daripada itu ( semuanya atas kuasa Allah ).


P/S: Semoga perkongsian kita hari ini boleh menambah ilmu di dada...yang baik datangnya dari  Allah
        dan yang buruk datangnya dari Saya.

                                             " Sharing Is Caring "





Tiada ulasan:

Catat Ulasan