Selasa, 10 Disember 2013

Saya Mahir dalam ICT


Janji Pelajar


Saya sedar bahawa teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) dan  Multimedia sedang bergerak pantas,terutama pada era Globalisasi ini.

Setiap Bangsa di dunia ini sedang bertungkus lumus untuk menguasai ICT kerana pengetahuan yang mendalam terhadap ICT boleh digunakan untuk kemajuan negara dalam pelbagai bidang.

Sebagai seorang pelajar,Saya tidak boleh lari daripada Trend atau aliran ini,bahkan Saya mesti berusaha mempelajari bidang ICT sebaik mungkin, serta mengikuti perkembangan dan pembaharuan dalam bidang ini.


Bagi memastikan Saya sentiasa mengikuti perkembangan ICT,Saya cuba mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pembelajaran Saya.

Antara langkah-langkah yang boleh Saya lakukan ialah, membuat nota menggunakan komputer, membincangkan isu-isu pelajaran menggunakan e-mel, melayari laman Web pendidikan, melayari laman Web tertentu,melayari perpustakaan On line dan sebagainya.
200


Sumber Rujukan : Cemerlang Gemilang dan Terbilang,Mohd Azidan  Abdul Jabar,Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd,2006.

Keluar Dari Tempurung,Ahmad Faizal KP Mohamed Yusup,Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd, 2002.

P/S : Semoga perkongsian kita memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.


 

                                                 "Sharing Is Caring"






Tiada ulasan:

Catat Ulasan