Isnin, 16 Disember 2013

Tugas dan Tanggung jawab Guru Bimbingan dan Kaunseling

Bidang Tugas
  1. Menyusun dan menyediakan Program Bimbingan dan Kaunseling untuk sepanjang tahun.
  2. Mengelolakan rancangan suai kenal untuk membimbing para pelajar dalam memilih mata pelajaran.
  3. Mencadangkan tempat-tempat pendidikan lanjutan,tabiat belajar dan lain-lain kegiatan panduan pelajaran.
  4. Mengelolakan kursus, bengkel, seminar, ceramah dan pameran di peringkat sekolah dan mengambil bahagian dalam mengelolakan kursus-kursus bimbingan dan kaunseling di peringkat negeri dan Zon, jika perlu.
  5. Membantu mewujudkan perhubungan yang erat antara sekolah dan badan badan yang berkaitan seperti jabatan-jabatan kesihatan, sumber Manusia, kebajikan Masyarakat,kebudayaan,belia dan Sukan,badan persendirian, persatuan Dermawan, dan sebagainya.
  6. Membuat penentuan kes-kes untuk dirujukkan kepada pihak-pihak yang tertentu dan membuat susulan.
  7. Bertanggungjawab dalam mengisi, menjaga dan menggunakan Rekod Himpunan Pelajar dan Butiran yang terkandung di dalamnya.
  8. Mencatat, mengumpul dan meggunakan Butir-Butir Tanpa Ujian Pra pelajar sekolahnya.
  9. Membuat peraturan untuk mengisi an menyimpan rekod-rekod perseorangan termasuk butiran peribadi dan maklumat pelajar.
  10. Mengelolakan bilik Bimbingan dan Kaunseling dengan melengkapkannya dengan kerusi meja,papan kenyataan dan sebagainya.
  11. Mengelola dan mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling, temuramah dengan para pelajar,ibu bapa dan penjaga.
  12. Merahsiakan perbincangan mengenai masalah peribadi, pemilihan mata pelajaran, kursus, pemilihan kerjaya, kesihatan penyesuaian diri,pergaulan, sosial dan lain-lain.
  13. Merancang dan mengelolakan kaunseling kelompok di peringkat sekolah untuk memberi kesedaran kepada pelajar.Dengan itu, mereka akan dapat mengatasi masalah peribadi,kebiasaan dan sikap.Menjelaskan nilai-nilai dan membentuk sahsiah pelajar untuk menjadi orang yang bertanggungjawab.
  14. Menggunakan kaunseling kelompok sebagai usaha mencegah penyalahgunaan dadah, membantu mereka memilih mata pelajaran pilihan, mengembangkan minat dan kemahiran untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran dan sebagainya.
  15. Bekerjasama dengan PEMADAM,Ibu-bapa,Kementerian Kebajikan dan lain-lain untuk mencegah Penyalahgunaan Dadah dalam kalangan pelajar.
  16. menjalankan Program khas untuk mengesan pelajar yang dianggap berada dalam keadaan risiko dalam penyalahgunaan dadah dan mengambil tindakan dalam menentukan saluran rujukan dan melaksanakan tindakan susulan.
  17. Menjadi anggota lembaga disiplin Sekolah dengan mengambil bahagian yang cergas dalam melaksanakan kegiatannya.
  18. mengelolakan kegiatan-kegiatan yang bersabit dengan bimbingan  seperti mengadakan ceramah kerjaya,melawat tempat-tempat pekerjaan dan latihan.
  19. Menyebarkan maklumat mengenai peluang latihan,pelajaran,pekerjaan,kaedah memohon pekerjaan,perilaku dalam temuduga bagi para pelajar dan sebagainya.
  20. Mengesan sikap ,bakat, kebolehan dan sahsiah pelajar melalui ujian khas yang diadakan olehnya.
  21. melaksanakan kajian dan penyelidikan ke atas tindakan yang telah dilakukan oleh para pelajar yang berhubung dengan pekerjaan.
  22. Mengelola dan menyelia Kelab Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah dan menentukan agar ia berjalan dengan lancar dan berkesan. 
  23. Melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling yang diarahkan oleh pengetua@GB, Penolong Pengarah Pendidikan Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. 
Secara ringkasnya,tanggungjawab Guru Bimbingan dan kaunseling memang banyak dan guru yang dipertanggunjawabkan harus sentiasa cergas.Perancangan yang rapi,pengurusan yang tersusun supaya perlaksanaan program berjalan lancar dan berkesan.



 Rujukan : Peranan Dan Tanggungjawag Guru Di Sekolah, Omardin Ashaari, Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.,2001.


 P/S; Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada Saya dan juga Anda.
                            


                                                                                                " Sharing Is Caring "














Dicatat oleh : Sarimah Binti Doring, pada 17.12.2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan