Isnin, 9 Disember 2013

Perkasakan komputer Diri

 Apa yang dimasukkan ke dalam Komputer ?

Jika bahan ilmiah yang dimasukkan maka itu jugalah yang akan dkeluarkan olehnya.
Kalau dimasukkan video maka itu jugalah yang akan dikeluarkanya dan dipaparkan di skrinnya.

Pernahkah kita terfikir bahawa Minda kita diumpamakan bagai Komputer ?
Begitu juga dengan Minda kita,apa yang kita isi itulah yang akan dikeluarkan.

Bagaimana kita tahu bahawa itulah yang kita keluarkan ? ya melalui tindakbalas kita sebagai manusia.Apa yang kita lakukan,apa yang kita perbuat dan laksanakan adalah hasil dari fail-fail yang kita simpan di dalam Komputer@Otak kita.

Seperti sebuah Komputer,fail-fail yang disimpan di dalam maka itulah yang kita capai semula.Apa yang kita lakukan, apa yang dikatakan adalah cerminan dari fail yang kita telah simpan dan keluarkan.

Sebagai seorang Guru ,kita jangan lupa bahawa ia akan mempengaruhi anak didik kita ,tidak kira mereka diperingkat kanak-kanak,remaja mahupun dewasa.

Apa yang kita zahirkan menjadi penentu nilai kita di mata mereka. Berwibawa atau tidak kita sebagai pendidik? Bolehkah kita jadi contoh yang baik kepada mereka?

Jadi apakah yang boleh membantu kita menghasilkan perkataan dan perbuatan yang mampu melonjak kecemerlangan anak murid dan anak didik kita ?

Jawapan dari persoalan tersebut adalah menanamkan budaya " IQRAH" iaitu menuntut ilmu melalui pembacaan (Kitabullah ) yang maqru'ah ( Al-Quran ) dan Manzurah ( Alam ).

Membudayakan Iqrah:
  • Tadabbur Al-Quran
Al-Quran mukjizat yang agung penuh denhan hikmah.Sebuah manual panduan kehidupan manusia.
Seandainya bercita-cita ingin mendapatkan kehidupan yang cemerlang,kita bukan sekadar mengaji tetapi mengkaji ( Al- Quran ).

  • Mengkaji Alam:
Manusia dituntut oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran,agar melihat Alam bukan sekadar dengan mata kasar tetapi dengan mata hati.

Allah berfirman:

" Sesungguhnya dalam penciptaan langt dan bumi,serta silih berganti,malam dan siang,terdapt tanda-tanda bagi yang berakal,iaitu yang berdiri, duduk,baring serta memikirkan penciptaan Allah .lalu berkata : " Wahai Tuhan kami tidaklah engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia.Maha suci engkau maka peliharalah kami daripada azab neraka ." ( surah Ali Imran 3:190-191).

"Sesungguhnya kami jadikan manusia sebaik-baik kejadian " ( Surah Al-Tin 95 : 4)

Mari kita jadikan Ayat ini sebagai motivasi diri untuk menjadi pendidik yang berjaya mendekatkan diri kepada anak didik dan khasnya kepada yang maha Kuasa.

  • Ilmu dan Maklumat yang bermanfaat:
Buku-buku surat khabar,majalah,ensiklopedia,jurnal juga bahan -bahan elektronik seperti enternet, cakera padat dan liut,multimedia.

Mendegar Audio atau video,radio,tv,youtube fb.twitter dan bermacam lagi,sampaikanlah kepada anak didik kita.Pada zaman kepesatan teknologi ini,semuanya di hujung Jari.Ilmu sangat mudah diperolehi.

  • Analogi Komputer:
Seperti sebuah komputer,apa yang dipaparkan pada skrinnya,itulah fail yang ada di dalamnya.

Apa yang dijelmakan oleh kita melalui perkataan atau perbualan merupakan manifestasi apa yang kita masukkan ke dalam  minda kita.

Wahai pendidik,serlahkalah kewibawaan anda dengan memasukkan ilmu dan hikmah ke dalam minda,agar  dapat menuturkan kata-kata penuh hikmah serta mempamerkan perlakuan yang cemerlang untuk diteladani oleh anak didik .


Sumber Rujukan : Solusi, Dr.Nik Zahara Nik Yaacob,mei 2013.

P/S : Semoga memberi inspirasi dan peringatan buat diriku yang bergelar Pendidik.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan