Isnin, 16 Disember 2013

Senarai Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid @ PKHEM

Pengenalan
Seorang lagi Pegawai Perkhidmatan pendidikan yang penting dalam pengurusan Sekolah adalah penolong kanan Hal Ehwal Murid.Bertanggung jawab kepada Pengetua@Guru Besar untuk melaksana dan mencapai dasar Pendidikan Kebangsaan.Di samping itu, ia juga diberi segala tanggung jawab untuk mempertingkatkan kebajikan para pelajar.Selain itu,dia juga memainkan peranan yang cergas dalam perancangan dan pelaksanaan kegiatan dan program Ko-Kurikulum dan dalam penerapan nilai-nilai murni di sekolahnya.

A. Bidang Tugas:
  1. Menjalankan segala tugas dan tanggung jawab pentadbir sekolah dengan ketiadaan pengetua@ Guru Besar dan juga Penolong Kanan Pentadbiran@PK1.
  2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Pengetua dari semasa ke semasa.
  3. Bertanggung jawab kepada pengetua dalam soal-soal  Ko-kurikulum,Disiplin,bimbingan dan kaunseling.
  4. Memastikan bahawa keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.
  5. Menentukan bahawa kebajikan,skim bantuan Buku-Buku Teks biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.
  6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin Sekolah berjalan dengan lancar.
  7. Membantu Pengetua @ Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan Guru dan kakitangan.
  8. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.
B. Senarai Tugas 
Pentadbiran
  1. Mengurus dan mengemas  semua Buku Rekod Pendaftaran Murid di Sekolahnya. 
  2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan petang dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.
  3. Mengurus kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar @ Murid-murid  baru ke kelas mereka dengan kerjasama guru-guru yang berkaitan.
  4. Mengurus pertukaran pelajar-pelajar ke Sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang tertentu.
  5. menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti Sekolah dan bertukar ke Sekolah lain itu adalah lengkap dan kemas kini.
  6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti Sekolah.
  7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan Sekolah dengan kerjasama pengetua@GB,penolong kanan Pentadbir @PK1,Penyelia Petang dan pembantu Pentadbir Kanan Sekolah.
  8. Membantu dalam merancang dan penyediaan Takwim Sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan Program aktiviti di sepanjang tahun.
Bidang tugas PKHEM bukan hanya tertakluk kepada beberapa perkara yang telah Disebutkan diatas tetapi ia juga merangkumi bidang-bidang Seperti:

  1. Bidang Disiplin.
  2. Bidang Bimbingan dan Kaunseling.
  3. Program Perlindungan.
  4. Kesihatan.
  5. Skim Pinjaman Bulu teks
  6. Biasiswa dan bantuan.
C. Ko-Kurikulum
  1. Sukan dan permainan
  2. Persatuan dan Kelab
  3. Pasukan pakaian seragam
  4. Koperasi dan simpanan pelajar
  5. Tugas dan tanggung jawab lain.
Secara keseluruhannya,tugas PKHEM ini adalah menyeluruh kerana ia melibatkan kebajikan dan keselesaan pelajar@Murid-murid.Semua aspek yang terkandung dalam Bidang Sekolah adalah melibatkan Pelajar atau murid,oleh itu bidang tugas PKHEM berkesinambungan daripada tugas-tugas yang dipegang oleh GB dan juga PK1.


Rujukan : Peranan, Tugas  dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah,Omar Din Ahaari,Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd,2001.


  P/S:  Semoga bermanfaat untuk Saya dan juga Anda.



                                                                                    " Sharing Is Caring "








Dicatat OlehSarimah Binti Doring Pada 17.12.2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan