Rabu, 11 Disember 2013

Wawasan 2020 Tiada Yang Mustahil

Tercapaikah Wawasan 2020 ?

Usaha untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bagi meletakkan Malaysia dalam barisan negara berstatus tinggi dan maju, memerlukan negara melalui liku-liku yang sukar dan mencabar memandangkan masa yang relatif singkat yang masih ada baki kurang daripada 10 tahun.

Namun demikian dengan komitmen kerajaan melipat gandakan usaha untuk menarik pelabur,memacu produktiviti dan terus berinovasi melalui agenda transformasi nasional,tidak mustahil sasaran untuk muncul sebagai negara berpendapatan  tinggi menjelang tahun 2020,bejaya dijadikan realiti.

Sesungguhnya langkah transformasi ekonomi begitu mendesak bagi mendepani era globalisasi kerana nergara telah terperangkap dalam ekonomi berpendapatan sederhana,sedangkan beberapa buah negara yang setara perkembangan ekonominya, dengan Malaysia pada dua abad yang lalu, sudah melangkah jauh ke hadapan meninggalkan kita.

Program Transformasi Ekonomi ( PTE ) dan Program Transformasi Kerajaan (PTK ) yang berteraskan Model Baru Ekonomi, merupakan Agenda negara yang dilaksanakan selari dengan Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10 ).

Menerusi Program yang lebih terancang dan strategi yang lebih komprehensif untuk menstranformasikan Malaysia ke arah sebua negara berpendapatan tinggi,Pendapatan Negara Kasar (PNK ) per kapita Malaysia,dijangka mamu ditingktkan daripada RM23 700 ( AS $6700 ) pada tahun 2009 kepada RM48 ribu ( AS $ 15 ribu ) pada tahun 2020.

Tahap PNK per kapaita yang disarankan menepati kapasiti negara ekonomi berpndapatan tinggi mengikut definisi Bank Dunia.

Pelaksanaan ETP yang menyeluruh bakal menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan ketara seperti negara maju yang lain.

Kerajaan akan meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan sektor perkhismatan berkembang daripada 58% kepada 65% pada tempoh yang sama.

Agenda untuk memacu kemajuan negara ke tahap yang sama dengan negara berpendapatan tinggi yang lain,menuntut  Malaysia mencapaii perkembangan PNK 6% setahun, bagi membolehkan hala tuju yang disasarkan dipenuhi,iaitu menjadi sebuah negara maju dengan pendapatan tinggi.


Sumber Rujukan : Dewan Ekonomi , Junaidah Ahmad Ghazali,Mac 2011.

P/S : Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.
                         


                                                                             " Sharing Is Caring "








Tiada ulasan:

Catat Ulasan