Isnin, 9 Disember 2013

12 Cara Atasi Rendah Diri

Rendah hati@diri adalah sifat yang baik seperti tawaduk dan bebas daripada sikap sombong,bangga diri ,takabbur dan tidak meremehkan orang lain.

Sikap rendah hati@diri bersikap adil dalam apa juga sama ada orang miskin mahupun yang kaya.Orang bersikap rendah hati tetap memberikan layanan yang baik sesama manusia.

Ini Pesanan Rasulullah@Nabi Muhammad S.A.W:

" Tidak masuk Syurga,sesiapa yang ada dalam hatinya sebesar zarah pun sifat takabbur" ( Riwayat Muslim )

Ini adalah firman Allah dalam hadis Qudsi :

 " Kemuliaan itu pakaianku dan besarkan diri itu selendangku.Sesiapa yang cuba merebut salah satu,pasti aku akan menyeksanya ." ( Riwayat Muslim ).

12 Cara Atasi Rendah Diri :

  1. Kita hendaklah akur dan redah bahawa setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri.
  2. Anggap potensi yang ada pada diri kita adalah setaraf dengan orang lain.
  3. Hendaklah kita menanamkan sikap maju jaya ingin belajar dan terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi.( sekiranya ada peluang dan cari peluang itu ).
  4. Luaskan pergaulan dengan orang yang bersikap positif dan optimis.Belajar cara mereka melaksanakan perjalanan kehidupan seharian.
  5. Pegang teraju diri.Kemudi hidup, berada di tangan kita,bukan di tangan orang lain.Bagai Stering kereta, anda yang berhak ke mana arah tuju anda.
  6. Jangan menganggap kegagalan masa lalu sebagai petanda berakhirnya sebuah kehidupan. Ayuh.. bangun dan hadapi rintangan untuk menggapai hasil yang lebih lumayan.
  7. Mulailah bertindak,bertanya dan bertanya walaupun orang baru dikenali.
  8. Teliti dan tingkatkan penampilan,terutama ketika keluar rumah. Bentuk penampilan diri yang mantap bagi mengikat keyakinan diri.
  9. Sellf Control,sentiasa bersikap tenang jangan cemas.
  10. Cuba sesuatu yang baru tanpa batas. Sebenarnya,keterbatasan hanyalah satu kesalahan dalam kita berfikir.
  11. Kembangkan kemahiran tanpa henti.Orang lebih menghormati kita lebih daripada jawatan kita.
  12. Salur sumbangan kepada sesiapa yang memerlukan. Manusia suka kepada sumbangan.
Hidup di dunia memang perlukan tindakan .Saya masih teringat Pesanan Mentor Saya,Dr.Azizan Osman dalam Seminar" Magnet Kekayaan dan Kejayaan " di 1 Borneo Kota Kinabalu, "
"Take Action"..Fast Action Fast Result " ...amalkan konsep "MESTI".....Apakah maksud MESTI?..
nanti kita sambung di lain hari...ya..cukup sampai di sini..sudah panjang dan meleret-leret ceritaku ni...ba..tunggu!

 Sumber Solusi  Mei 2013. 

P/S : Semoga perkongsian kita hari ini,bermanfaat kepada Saya dan juga Anda.


                                                                                            " Sharing Is Caring "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan