Jumaat, 6 Disember 2013

Mengatasi Kebocoran Duit


Saya amat tertarik dengan artikel keluaran Majalah Niaga yang bertarik April ,2012 oleh Team Niaga.Tajuk yang di paparkan  " Mengatasi Kebocoran Wang ".

Ya..memang benar,bagi mengatasi kebocoran Wang kita kena berhati-hati  bagi pinjam duit tanpa syarat.   Cuba kita  buat  satu perjanjian " Hitam Putih ", lebih-lebih lagi jika wang yang diberi pinjam itu berjumlah yang agak banyak.

Soal kedekut sebenarnya itu yang kita rasa takut, bila diperkatakan kedekut.Satu hal lagi apabila Islam mengajar kita agar saling bantu membantu. Kita perlu lihat dari segi apa kita perlu saling bantu,cuba nilai dabn fikirkan sebaik-baiknya.

Sekiranya kita sendiri perlukan wang ,bak kata Pepatah "Cukup-Cukup Makan ", kita kena berhati-hati dalam soal bagi pinjam duit kepada seseorang.

Jika diimbas kembali, Saya juga merupakan salah satu mangsa dalam hal ini.Keikhlasan kita memberi pinjam duit telah bertukar situasai , apabila bertahun-tahun duit kita tidak dibayar.

Kerisauan memang ada tetapi begitula sikap kita orang melayu asyik segan-menyegan dan hormat serta tidak mahu melukakan hati dan sentiasa bersabar.

.Apa yang boleh Saya lakukan hanyalah menarik nafas dan berzikir kepada Allah S.W.T. Melalui artikel ini, apa yang diperkatakan oleh Dr.Azizan , adalah pengajaran dan panduan kepada kita semua.

 Bagaimana hendak mengelak ? Bagaimana mengatakan agar tidak menyinggung persaan seseorang yang mahu meminjam?

Mari kita dengar apa Kata DR.Azizan dalam mengelak kebocoran Wang: 

Seminar Wang Power yang dikendalikan oleh Dr. Azizan Osman untuk sesi yang pertama menjurus kepada penekanan minda terhadap wang dan kekayaan.

Menurutnya, perbezaan ketara antara minda orang kaya dan orang miskin adalah cara mereka berfikir terhadap wang.

Kebocoran Wang – Masalah Kritikal Rakyat Malaysia

Beliau juga turut menerangkan, rakyat Malaysia mengalami masalah kritikal dalam pengurusan kewangan iaitu kebocoran wang. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan.


Seminar Wang Power - Tip Pengurusan Wang


Lebih menarik, sebenarnya kita sendiri merancang untuk membocorkan wang itu. Bagi seorang pekerja, situasi ini biasanya berlaku ketika kita hampir memperoleh gaji setiap akhir bulan.

Minda kita sudah merancang mahu membeli barang yang diimpikan, membayar beberapa keperluan, dan pelbagai lagi. Keputusan ini yang membuatkan ramai orang terjerumus dalam masalah ‘saya tidak cukup wang.’

Mereka lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Dalam fikiran mereka, membayar bil-bil lebih penting daripada membayar kepada diri sendiri.

3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang


Semasa menghadiri Seminar Wang Power, berikut adalah dapatan kami terhadap jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kebocoran wang.
  1. Jangan bagi pinjam duit.
  2. Tahu kehendak, tahu keperluan.
  3. Belajar simpan wang.
Rahsia #1 – Jangan Bagi Pinjam Duit


Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan aktiviti memberikan wang pinjaman tanpa kontrak kepada rakan-rakan atau saudara mara.

 Masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang gemar memberikan pinjaman ini adalah, kesukaran untuk memperolehnya semula.


Seminar Wang Power - Jangan Bagi Pinjam Duit


Justeru itu, nasihat Dr. Azizan Osman terhadap lebih 2,000 peserta di Seminar Wang Power adalah kita tidak boleh meminjamkan wang kepada orang sekeliling.

Namun begitu, ia tidak bermaksud kita menanamkan sifat kedekut dalam diri. Sekiranya kita ingin memberikan wang pinjaman, berikan dalam jumlah yang kita mampu sahaja.

Tuan dan cikpuan boleh rujuk contoh situasi ini:

“Ahmad, boleh aku pinjam RM10,000?”
Jawapan Ahmad terhadap rakannya akan berbunyi seperti berikut:
“Saya minta maaf, saya tidak berikan pinjaman RM10,000 kepada awak. Tetapi saya boleh berikan RM100. Ini sahaja yang saya mampu.”
Contoh di atas menjelaskan, jangan sesekali memberikan wang untuk dipinjamkan jika jumlah itu di luar kemampuan kita. Dikhuatiri nanti kita yang akan hidup merana selepas memberikan pinjaman.

Berikan wang pinjaman yang kita mampu dan tidak risau jika ia tidak mampu dipulangkan semula dalam jangka masa terdekat. Ia lebih menenangkan hati.

Saya ingin ulas sedikit lagi tentang pinjam-meminjam duit.Sebenarnya ini memang banyak berlaku dan banyak jadi mangsa.Mereka bagai merayu-rayu agar duit mereka dibayar.Cuba Anda lihat,kita punya Wang dan kita telah meleraikan masalah mereka hasil dari mereka meminjam dengan kita.

Kenapa ini berlaku?
Ya...tidak sedikit juga mangsa yang terlibat dalam soal rayu merayu @tagih menagih.Rambut sama hitam hati lain-lain.Kita kena berhati-hati dalam soal ini.

P/S : Semoga perkongsian kita kali ini memberi manfaat kepada Say dan juga Anda.

                " Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan