Sabtu, 21 Disember 2013

Mengendalikan kekuatan Fikiran



 Kenapa Mesti kita Kendalikan Fikiran ?


 Manusia memiliki 2 unsur didalam diri yang berperanan dalam kehidupannya iaitu unsur fisik dan non fisik. Unsur fisik adalah tubuh Anda beserta semua panca inderanya, sedangkan unsur non fisik adalah fikiran Anda.

 Keduanya memiliki peranan yang berbeza namun berada di dalam satu bentuk iaitu diri anda. Keduanya tidak dapat berdiri sendiri sehingga saling bergantung. Seperti halnya tubuh tidak akan dapat menjalankan fungsinya tanpa adanya pikiran, begitu juga pikiran tidak dapat terwujud tanpa dibantu oleh tubuh sebagai pelaksananya.

Cara Fikiran Bekerja dan Memproses Input

Anda mungkin tidak menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi atas diri anda adalah hasil dari apa yang ada di dalam fikiran Anda. Tubuh Anda hanyalah menjalankan perintah dari fikiran yang kemudian akan direspon oleh alam semesta dengan feedback yang sama.

 Jika anda melakukan sesuatu yang positif, alam semesta akan memberikan feedback yang positif pula. Jika anda melakukan sesuatu yang negatif, maka alam semesta juga akan memberikan feedback yang negatif. Pertanyaannya adalah bagaimana anda bisa melakukan sesuatu yang positif jika perintah yang keluar dari pikiran anda adalah negatif.

 Tidak mungkin bukan? Dengan kata lain, fikiranlah  yang menguasai tubuh.Saya yakin Anda pasti tahu permainan Tetris. fikiran manusia sama seperti permainan tersebut. Setiap input yang dimasukkan kedalamnya akan membentuk sebuah lapisan yang akan menumpuk terus menerus.

 Lapisan yang sama akan saling tarik menarik dan akan berkumpul menjadi satu kelompok lapisan. Lapisan-lapisan yang berasal dari input yang negatif akan membentuk kelompok lapisan negatif. Sedangkan lapisan-lapisan yang berasal dari input yang positif akan membentuk kelompok lapisan positif.

 Setiap input baru yang masuk ke dalam fikiran akan makin memperkuat masing-masing kelompok lapisan tersebut sesuai dengan jenisnya. Beberapa input yang membentuk lapisan positif adalah rasa simpati, kebahagiaan, belas kasih, keikhlasan, rasa percaya diri, optimis, keyakinan, konsentrasi.

Beberapa input yang membentuk lapisan negatif adalah kemarahan, kebencian, ketakutan, kebimbangan, kesombongan, iri hati, keegohan, keputusasaan, mengasihani diri sendiri, rasa bersalah, pesimis, minder.
Nah, sekarang bolehkah Anda bayangkan bahwa jika Anda terlalu banyak memasukkan input negatif ke dalam fikiran, maka kelompok lapisan negatif itulah yang akan mendominasi fikiran anda.

 Dan kerana jenisnya sama, tanpa disedari anda juga sedang menarik semua energi negatif dari alam semesta kedalam diri anda. Oleh sebab itu, janganlah heran jika kemudian kehidupan anda hanya berisi masalah, rintangan, kekecohan dan kegagalan. Jadi tugas Anda adalah memastikan bahawa yang masuk ke dalam fikiran Anda hanyalah hal-hal yang positif.

Bahkan lebih jauh lagi Anda perlu memasukkan hal-hal yang optimis ke dalam fikiran Anda. Dengan fikiran dan cara pandang yang optimis, segala hal yang anda lakukan akan Anda kerjakan dengan positif dan penuh percaya diri.

 Sebenarnya, seluruh alam semesta pun akan mendukung Anda untuk mewujudkannya. Tanpa sedar, Anda sedang menarik semua energi positif yang ada di luar ke dalam diri Anda. Kalau sudah demikian, keberhasilan dan kesuksesan bukanlah suatu hal yang mustahil.

Menjadi Majikan Pada Fikiran Anda Sendiri

Fikiran manusia sangatlah rapuh dan mudah goyah. Kalau diibaratkan, fikiran kita seperti nyala api lilin ditengah-tengah hembusan angin yang datang dari berbagai arah. Tugas kita adalah menjaga agar nyala api lilin tersebut tidak goyah oleh hembusan angin.

 Oleh kerana itu, fikiran haruslah diperkuat. Memperkuatnya iaitu dengan cara memasukkan hanya hal-hal yang positif secara terus menerus. Seperti halnya tubuh memerlukan makanan yang bergizi agar boleh tumbuh sehat, begitu juga fikiran memerlukan hal-hal yang positif sebagai makanannya supaya boleh berfungsi dengan baik dan bermanfaat bagi diri Anda. Di sisi lain, seperti halnya racun akan membuat tubuh lemah dan tak bertenaga, begitu juga hal-hal negatif akan membuat fikiran anda menjadi lemah dan tidak dapat memberikan solusi yang baik.

Fikiran yang kuat akan mudah untuk dikendalikan. Seekor anjing yang belum dijinakkan akan menjadi buas, menggigit dan hanya memberikan masalah bagi tuannya. Namun jika sudah dijinakkan, dia tidak hanya akan menjadi anjing penurut tetapi juga berguna untuk membantu dan melindungi tuannya.

 Begitu juga dengan fikiran, jika Anda tidak dapat menjinakkannya maka Andalah yang akan dikendalikannya dan dia hanya akan memberi Anda masalah. Namun jika Anda sudah dapat menjinakkan dan mengendalikannya, maka fikiran Anda akan membantu menyelesaikan berbagai masalah yang Anda hadapi.

Memprogram Ulang Fikiran

Jika Anda sudah mengetahui bahawa apa yang Anda masukkan ke dalam fikiran Anda boleh  terwujud, bukankah Anda ingin memasukkan sesuatu yang ingin Anda capai ke dalam fikiran Anda supaya dapat benar-benar terwujud?

Jangan cuba-cuba meremehkan kekuatan fikiran Anda. Jika Anda saat ini tengah depresi dan menganggap diri Anda adalah orang yang gagal, hati-hatilah kerana fikiran Anda akan mewujudkannya menjadi kenyataan.

Jika anda saat ini merasa bahawa nasib Anda sudah berakhir dan Anda tidak boleh keluar dari masalah yang dihadapi, hati-hatilah kerana itulah yang akan terjadi pada diri Anda. Ubahlah cara Anda melihat sesuatu. Tanamkanlah bahawa selalu ada sisi positif dalam setiap kejadian, dan gunakanlah sisi itu.

Thomas Alva Edison harus mencoba berkali-kali sampai akhirnya dia berhasil menciptakan lampu. Namun dia tidak pernah mengatakan bahawa dia gagal. Dia selalu mengatakan : “I have not failed. I’ve just found 10.000 ways that won’t work.”  Saya tidak gagal tetapi semakin menemukan 10.000 cara yang tidak benar.

Saya menyarankan Anda untuk memprogram ulang fikiran Anda mulai dari sekarang. Katakan dan tanamkan di Fikiran Anda hal-hal yang ingin Anda raih. Bayangkan Anda telah berhasil melalui masalah yang sedang Anda hadapi dan betapa Anda merasakan kegembiraannya.

 Fikirkan hal-hal yang akan anda lakukan ketika semuanya telah ada di genggaman Anda. Tanamkan di fikiran bahawa Anda saat ini sedang menuju ke sana dan akan berhasil.  Apabila perlu, Anda boleh juga menyuarakannya dengan mulut anda sambil membayangkannya. Yang perlu diingat, gunakanlah bentuk kalimat yang positif. Misalnya, katakanlah “Saya adalah orang yang berhasil”. Jangan gunakan kalimat “Saya bukan orang yang gagal.” Berkacalah di cermin setiap pagi sebelum memulai hari Anda, dan katakanlah :

         Tuhan sangat menyayangi Saya.
  • Hari ini Saya akan melakukan pekerjaan-pekerjaan besar.
  • Hari ini Saya akan menghasilkan banyak hal baru.
  • Saya akan menjadi orang berhasil.
  • Saya akan meruntuhkan semua rintangan yang ada.
  • Saya akan berhasil melewati semua masalah ini.
  • Orang lain makan nasi, Saya juga makan nasi. Jadi jika orang lain boleh, Saya juga boleh.
Dengan memprogram ulang fikiran Anda dengan hal-hal yang positif dan optimis, Anda telah menggeser dominasi lapisan-lapisan negatif yang ada di dalam fikiran Anda. Kemudian, Anda akan melihat dan merasakan begitu besar energi positif yang Anda tarik disekeliling Anda yang akan benar-benar mewujudkan apa yang ingin Anda raih .

 Rujukan :
  •             blog  NEO NLP( http:// www.naqsdna.com )
  •             buku NLP Naga dan Anda, MD Taib Mat dan Masida Rasyed, MTM  Consultants,2013 . 
 P/S: Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk Saya dan juga Anda.






                                                                 " Sharing Is Caring"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan