Ahad, 22 Disember 2013

Saya Lemah English....


Saya ingin kongsikan satu blog yang telah menarik perhatian ramai orang termasuk Saya sendiri,blog ini banyak menceritakan liku-liku hidup perjalanan sebagai seorang pelajar Master dan Phd.

"Brightnur Learn From Experian".....inilah blog yang telah menambat hati  ramai pengunjung  untuk sentiasa mengikutinya.
Semoga Cikpuan Brightnur berbesar hati kerana Saya menyiarkan artikel dan memperkenalkan blog beliau pada pembaca-pembaca blog Saya.Saya berpegang pada sebuah hadis..." sampaikanlah ilmu walaupun hanya sepotong ayat...( sesungguhnya membuat amal itu mudah ..semoga Brihgtnur mendapat rahmat Allah)

Ok..inilah apa yang telah ditulis dan disampaikan oleh " Brightnur Learn From The Experian " :

 Minggu lepas Saya berpeluang menghadiri satu kursus anjuran Language Academy, “Thesis/Disertation Writing Workshop”. Bengkel selama tiga hari ini berjaya memberikan satu input baru yang sangat berguna pada saya dan kawan-kawan saya. Saya cadangkan jika di tempat anda ada kursus-kursus seperti ini, rebutlah peluang tersebut. Ia pasti  akan sangat membantu perjalanan master anda.



Di sini, saya ingin timbulkan satu isu yang lebih ‘besar’, yang saya lihat sentiasa berlegar-legar dikalangan pelajar melayu (terutamanya).“Taknaklah sambung master, saya tak pandai English”
Begitulah ungkapan yang mungkin anda pernah dengar. 

Jika “pandai English” adalah syarat utama untuk seseorang sambung Masters atau PhD, sudah pasti saya tidak akan berada di tempat saya sekarang ini. Saya juga yakin, bilangan cendekiawan serta profesor-profesor hebat di bumi Malaysia ni pun tak macam sekarang jumlahnya.

Kelemahan dalam English mampu memberikan satu impak yang besar kepada tahap keyakinan seseorang individu terutama yang melibatkan urusan komunikasi, tidak kira komunikasi lisan ataupun bertulis. Ia seterusnya turut memberi kesan ke atas usaha pembentukan peribadi dan karier individu tersebut.

Bagi saya (saya rasa ramai yang setuju dengan pendapat saya ini), tahap kepandaian English TIDAK BOLEH dijadikan syarat untuk seseorang itu melanjutkan pengajiannya (master/PhD). Jika ada, ia adalah satu BONUS. 

Apatah lagi hendak meletakkan kejayaan seseorang itu dengan betapa hebat Englishnya. Petah tutur Englishnya, hebatlah orang itu? Mana mungkin. TETAPI saya tidak pernah dan tidak akan menafikan English merupakan satu keperluan  penting untuk MELANCARKAN perjalanan pengajian anda.

Perkara yang paling penting adalah ATTITUDE. Apa guna jika hebat Englishnya tapi tiada attitude. Mesti anda pernah dengar, seseorang yang cemerlang semasa degree tidak semestinya akan cemerlang untuk master atau PhDnya.

 Attitude adalah perkara yang boleh dibentuk dan mampu membentuk. Dengan attitude yang baik dan positif, perkara-perkara positif lain juga akan terbentuk dengan sendirinya. Tak jelas? Ok begini..
Anda adalah seorang pelajar yang komited untuk berjaya.

 Ingat, anda bukan ingin berjaya dalam akedemik sahaja, tetapi juga berjaya dalam hidup dan kejayaan hidup anda ini adalah pelaburan untuk kehidupan kekal abadi di’sana’ nanti. Dengan matlamat yang jelas ini, anda mampu membentuk attitude orang yang ingin berjaya. 

Orang yang ingin berjaya akan serius dengan kerjanya, akan fokus untuk memperbaiki kelemahannya dan akan mencari peluang dengan kelebihan yang dimilikinya. Orang yang fokus dengan matlamat hidupnya, tidak akan kecewa dan kecundang dengan setiap kegagalan yang menimpa. Dia akan sabar dan tabah dengan kesukaran yang dialami.

Jadi,
Dengan attitude positif ini, anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk master anda. Anda akan menulis artikel jurnal dengan sebaik mungkin walaupun anda lemah English. Anda akan bijak menguruskan kelemahan English anda, seperti menghantar proof read, minta bantuan mereka yang pakar, hadir kursus, rajin menulis kerana dengan praktikallah anda mampu memperbaiki English anda.
Orang yang ingin berjaya, bijak mengurus dan mengawal dirinya sendiri. 
Selain anda mengkaji apa-apa sahaja yang anda kaji dalam penyelidikan anda, jangan lupa untuk kaji diri anda juga. Kenali diri anda. Kita belajar bukan hanya untuk mendapatkan ilmu dalam bidang kita tu sahaja. Tetapi proses pembelajaran ini juga sepatutnya mampu mendidik diri dan peribadi kita. Kenal pasti tahap kelemahan anda, renung-renungkan kesan kelemahan anda. Fikirkan cara untuk mengatasinya.

Disini ada tips daripada pengalaman saya yang mungkin boleh dikongsikan bersama:

1. Buang rasa malu. Anda pernah dengar tak, orang putih cakap melayu. Lintang pukang? Tatabahasa berterabur? Apa yang anda rasa? Ada tak rasa nak bunuh orang putih tu sebab merosakkan bahasa kita. Tak kot. Paling-paling rasa kelakar sedikit, atau mungkin rasa kagum.

 Cuba bayangkan, macamtulah kalau depa dengar kita cakap. Ok, kalau orang tak putih a.k.a orang melayu yang dengar? Hmm.. Macam saya pernah bincang dulu, susah nak hidup dengan apa orang kata, kan? Cuba kalau kita tak payah fikir apa orang lain nak kata, macam lebih senang sikit kan?

2. Yakin dengan bahasa ibunda kita. Kita orang Melayu, sudah semestinya bahasa utama kita adalah bahasa Melayu, berfikir dalam bahasa Melayu, bercakap dalam Bahasa Melayu, mimpi pun dalam Bahasa Melayu. Langsung tak jadi dosa kalau kita tak pandai English. 

 Kita yang telah ditoktrin untuk mengangumi bahasa bangsa lain (saya bukan anti English ye). Cuba bayangkan jika Malaysia macam Jepun? Jadi jangan kerana anda tak pandai English dunia anda sudah kiamat.

3. Jangan benci English. Kadang-kadang bila kita dah tertekan sangat sebab semua benda pun tak boleh jalan sebab masalah English kita. Kita pun mulalah benci English. Mulalah jadi anak Melayu, kononnya (macam point kedua saya tu..hehe). Tanamkanlah English tu sebagai satu ilmu pada kita. Ilmu yang mesti kita belajar, sepertimana kita perlu belajar  ilmu-ilmu lain: matematik, biologi, fizik.

4. Berusahalah. Anda tiada cara lain selain usaha lebih dari orang yang lebih bijak. Usaha anda itu adalah satu proses pembelajaran yang sangat bermakna.

5. Jangan tertekan bila tengok kawan-kawan kita jauh lebih hebat Englishnya dari kita. Wahai kawan, Allah jadikan setiap makhlukNya dengan kelebihan masing-masing. Yakinlah dengan perkara ini. Yakin tak? Ke yakin tapi tetap rasa tak puas hati? Ke anda tak jumpa lagi kelebihan diri anda? Come on! Janganlah humble sangat, bukan suruh announce dekat FB pun kelebihan tu =p

6. “Practice Make Perfect”. Saya tahu, naik loya dah dengar petikan ni. Tapi itulah realitinya. Dalam mendalami apa-apa bahasa pun, anda perlu praktikkan. Jika anda ingin mahir menulis dalam English, tulislah. Biarpun first draft anda orang kata rubbish, at least you produce rubbish. Sampah pun boleh jadi sesuatu yang bernilai akhirnya, kan?

7. Akhir sekali, fokus pada kejayaan, kebaikan, kecemerlangan. Jangan biarkan ketakutan pada kegagalan, kejatuhan, kelemahan, menguasai fikiran anda hingga anda kaku beku tidak mampu berganjak dari tanah tempat anda berpijak.

Percaya dan yakinlah dengan diri anda. Tapi ingat, anda perlu sertakan kepercayaan dan keyakinan itu dengan tindakan yang bijak. Bukan melulu dan seperti tidak berakal.


P/S: Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya,Brightnur dan juga Anda.



                                                                        " Sharing Is Caring"









Tiada ulasan:

Catat Ulasan