Sabtu, 21 Disember 2013

Benarkah Orang Kaya Jahat? dan Adakah Orang Miskin Baik?

Kebanyakkan orang masih percaya bahawa kekayaan  adalah punca kejahatan. Benarkah Begitu ?

                                                     Rasulullah s.a.w bersabda;
" tangan yang  berada di atas lebih baik dari tangan yang berada di bawah. Tangan yang berada di atas  adalah yang memberi manakalah tangan yang berada di bawah adalah yang meminta.
                                                                                                        (Riwayat Muslim )

Saya ingin bawah pembaca sekalian, merenung sejenak...ramai orang yang terlibat dengan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan hari ini  adalah dari golongan jutawan....benarkan? Ramai yang menderma dalam aktiviti kebajikan seperti " Banjir " sekarang di Semenanjung Malaysia, taufan  " Haiyan " di Filifina,dan yang paling berkesan di hati semua rakyat Malaysia ialah Tragedi Lahad Datu.Siapakah yang banyak memberi derma?

Ok....Saya telah pun membawa anda ke satu alam yang lain dan meminta anda berfikir sejenak... Ok mari kita teruskan,ramai diantara orang kaya sekarang menderma setiap bulan untuk rumah anak - anak yatim. Ada pula Orang kaya  memberikan RM 2000 dari setiap pendapatan bulanannya kepada rumah anak yatim.
Ramai juga orang kaya yang mewakafkan harta dan wang mereka untuk perjuangan agama dan menyumbang kepada orang-orang yang lemah dan tidak mampu. Mereka menyumbang secara diam-diam kerana jika bising maka dianggap temberang dan tidak ikhlas.

Sebenarnya orang yang mempunyai kewangan yang kukuh,sama ada dalam sedar atau tidak,adalah lebih dekat kepada masyarakat sekalipun pelbagai tanggapan dan buruk sangka yang dilemparkan kepada mereka.

Orang kaya makin kaya kerana mereka ada prinsip yang dipegang dan dijaga.Apakah Prinsip itu? ya Prinsip suka menderma dan bersedekah...Bersedekah itu dalah punca rezeki makin bertambah.... jadi kenapa kita katakan orang kaya jahat?

Kita sebenarnya tidak nampak siapa penderma...wang ehsan yang kita terima khasnya kepada orang-orang yang menerima dari rumah  kebajikan Masyarakat,wang KWAMP,wang zakat di sekolah-sekolah dan sebagainya,semua itu adalah wang dari orang-orang kaya seperti ahli korperat,ahli perniagaan,jutawan dan yang sewaktu dengannya..hehehhe.

Menjelang bulan Ramadhan,siapakah yang banyak menderma? tentu sekali orang kaya-kaya....Siapakah yang pergi melihat dan membantu Orang Gelandangan?

O.k Saya telah membawa anda berfikir sejenak..dan sekarang Saya bawah Anda berfikir benarkah orang miskin baik? Apa kebaikan yang telah dibuat oleh orang miskin?......
Ba ( loghat orang sabah ), ......renung-renungkan.

Saya tidak berniat panjang lebarkan tentang kehidupan orang miskin...biar kita sendiri yang mengimbasnya dan melihat sekeliling kita bagaimana kehidupan orang -orang miskin.Saya juga dapat merasakan hal ini,kerana Saya juga dari keluarga miskin.Jika selama ini orang miskin adalah " tangan di bawah" bagaimana kita boleh  untuk menjadi " tangan di atas ? "

Ok....secara keseluruhannya,sama ada orang kaya atau orang miskin,kedua-dua Jenama ini, ada peranan masing-masing.kalau semua orang jadi Kaya,siapa lagi yang harus di bantu? siapa lagi yang harus jadi pekerja bawahan? di manakah kita cari ikan kerana tidak ada lagi jadi nelayan,tidak ada lagi jadi pemotong rumput dll.

Sekiranya pula semua orang jadi miskin,siapa pula orang yang bertanggung jawab menyelamatkan keadaan?
Siapa yang harus memberi bantuan makanan agar tidak semua orang kebuluran.Siapa lah yang pergi menyambung pelajaran..tentu tidak ada pusat-pusat IPT,tidak ada bangunan Megah,tidak ada kemudahan yang diperlukan..sebab apa? kerana semua orang miskin dan tidak mampu bangunkan gedung-gedung besar,stesyen bas ,keretapi,lapangan terbang,pusat peranginan.....tentu sekali negara bagai padang jarak padang tekukur. Pengeluaran tidak ada kerana permintaan tidak ada (bahasa Ekonomi).

 Kepada kedua-dua Jenama ini " Kaya" Dan " Miskin"....kita semua ada peranan dalam keluarga, masyarakat, agama dan negara.saling bantu membantu dan bersangka baik adalah perkara yang harus dijaga dan dpelihara oleh kedua-dua jenama ini. Orang miskin kekuatannya kepada Masyarakat sementara orang kaya kekuatannya kepada Negara..jadi antara Masyarakat dan negara adalah Satu..ya satu. Masyarakat dan negara tidak dapat dipisahkan.

...dengan kata lain.Orang Kaya adalah barisan hadapan Negara dan orang Miskin barisan belakang Negara.
Kedua-dua barisan harus bersatu teguh..." Bersatu Teguh bercerai Roboh"

 P/S: Semoga kita menginsafi diri dan tidak menuding jari kepada Si Kaya dan juga Si Miskin.



                                                                      " Sharing Is Caring"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan