Selasa, 10 Disember 2013

" Kunci Kejayaan "

Jika difikirkan dan diimbas-imbas kembali,bahawa semua manusia inginkan kejayaan tetapi bagaimana untuk mencapai kejayaan tersebut.Kebanyakan dari kita hanya berangan-angan kosong. Ada juga sebagai pemerhati dan iri hati serta dengki dengan kejayaan orang lain.

Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah manusia,mereka tidak puas hati dengan kejayaan orang lain atau jiran-jiran mereka.Adalah lebih baik,kejayaan orang lain itu,kita jadikan inspirasi buat diri kita asalkan jangan dengki dan iri hati.

Saat kelihatan dan kedengaran khabar kejayaan seseorang dalam pelajaran,kejayaan dalam mencapai sesuatu seperti beli kereta,beli rumah beli apa sahaja,kita mencemuh dan mengumpat.Kenapa begitu ?

Baik mari kita perhatikan betul-betul petikan ini yang Saya rujuk dari Buku  "Al-Quran Rahsia Terunggul". Buku ini sungguh memikat hati.Sebenarnya setelah selesai membaca buku ini,Saya terus memberikannya 5 Bintang....hehhehee..itu bagi penilaian Saya.

Jom kita lihat tajuk ini " Kunci Kejayaan"

Apakah Kunci Kejayaan ?

  • Dalam kehidupan,Anda harus mampu memandu pemikiran anda selaras dengan keinginan anda.
  • Di sanalah kunci kejayaan anda.
  • Ilmu yang anda pelajari adalah pengetahuan yang menggembirakan,saat anda mempelajarinya.
  • Semakin anda gembira mempelajarinya,maka keyakinan anda  semakin meningkat dan pada saat itulah segala keinginan anda akan terwujud.
  • Anda harus menguasai keinginan yang selaras dengan keinginan anda.
Mari perhatikan formula ini dengan cermat:
  • Anda mampu menjadi apa pun yang anda inginkan.Ini adalah pernyataan yang tepat.Sebab apabila Anda menginginkan sesuatu,maka secara automatik,Anda dan pengetahuan anda, selaras dengan keinginan anda ( Gabung).
  • Kunci kejayaan Anda, berada dalam fikiran Anda sendiri.
  • Kemampuan Daya Fikir manusia adalah potensi yang luar biasa.Anda mampu menarik segala keinginan Anda dengan kekuatan ini.
  • Sebagai umat Islam,fokuskan kepada akhirat, dan dunia akan mengikuti@mendatangi Anda.
  • pada saat seseorang mengarahkan kehendaknya,maka kehendaknya @ keinginannya akan terwujud. Ini adalah janji Allah s.w.t di dalam cetak birunya,tentang kekuatan kehendak.
  • Kewujudan keinginan ini muncul dari 3 potensi yang ada dalam diri manusia:
  1. kesedaran
  2. kecenderubgan
  3. kemampuan
Setiap kali bangun pagi, anda harus memfikoskan fikiran Anda terhadap kemewahan yang Allah kurniakan kepada Anda.

Jadikanlah Allah sebagai rujukan kemewahan Anda dan inspirasi dalam bersyukur.

Sebagai mengakhiri tulisan Saya pagi ini, kemampuan memperolehi Rezeki@kejayaan pada manusia langsung ditentukan oleh Daya Fikiran. Semakin besar daya fikiran ,semakin besar peluang memperolehi rezeki@kejayaan.


Sumber Rujukan: 1. Al-Quran Rahsia Terunggul,Ali Ahmad Maleya, Kharisma, 2009.
                                2. Keluar Dari Tempurung,Ahmad Faizal KP Mohd.Yusup,Utusan
                                    Publicatioan & Distributors SDN.BHD,2005.

P/S: Renungan Untuk Diriku yang yang lemah ini.Semoga perkongsian Kita kali ini dapat
         memberikan manfaat kepada Saya dan Juga Anda.

        Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri Saya sendiri.

                                                                                                      " Sharing Is Caring "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan