Ahad, 8 Disember 2013

Tangan Ibu



Kasih Sayang iu memang tiada tukar gantinya.Kasih Sayang ibu tidak dapat dibeli dengan Emas Permata......

Musim Cuti Sekolah dah pun bermula ..kepada yang ada kesempatan balik Kampun,pergi baliklah...
Jenguklah Ayah Bonda....yang telah lama berendam air mata menanti kepulangan...
Anak-anak dan cucunya.

Wahai ibu...sebentar lagi Anakmu akan pulang...
Sebentar lagi  kedukaanmu..kerinduanmu akan terubat..
Sabar ibuku...Aku akan Cium Tanganmu.......


Madah ( Dari Dato Siti Norbahyah Mahmood )

 Ketika kita lapar,tangan ibu yang menyuap.
Ketika kita haus,tangan ibu yang memberi minuman

Ketika kita menangis,tangan ibu yang mengesat air mata 
ketika kita gembira,tangan ibu yang menadah syukur,

memeluk erat dengan deraian air mata bahagia.
 ketika kita mengantuk,tangan ibu yang mendodoikan
dengan penuh kasih Sayang.

Ketika kita mandi,tangan ibu yag meratakan air,
ke seluruh badan membesihkan segala kekotoran.


Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membela
 duka sambil berkata " Sabar anaku,Sabar sayang "

Namun ketika ibu sudah tua,
dan kelaparan,tiada tangan anak yang menyuap.

Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut,
dengan linangan air mata.

Ketika ibu sakit,mana tangan anak-anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu.

ketika nyawa ibu terpisah daripada jasad,
ketika jenazah ibu, akan dimandikan,di mana tangan anak yang ibu harapkan
akan menyirami jenazah ibu,buat kali terakhir.?

Tangan ibu tangan ajaib,sentuhan ibu, sentuhan kasih,
membawa ke syurga Firdausi. Ciumlah tangan ibu,
sebelum ibu pergi tak kembali lagi.

P/s : Semoga Madah ini menginsafkan kita betapa Kasih Sayng Ibu tidak ada batasnya

 " Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan