Sabtu, 21 Disember 2013

Ebook Siap Tesis Cepat

Apa kata Dr.Othman Talib @ Dr.OT tentang bukunya:

 

 Ebook Siap Tesis Cepat

Tuan/Puan yang  mahu ebook ini boleh dapatkan terus daripada
Dr Othman Talib, berhubung melalui website beliau di:-

http://drotspss.blogspot.com/


Anda mengalami kesukaran
menyiapkan tesis?

Ini terjadi kerana anda memilih untuk membuatnya dengan cara yang susah. Kalau begitu, adakah terdapat cara yang senang untuk menyiapkan tesis?

Saya memahaminya dengan ungkapan:

“HASILKAN TESIS BUKAN SENANG, JADI MENGAPA PULA MEMBUATNYA DGN CARA YANG SUSAH ?”

Begini caranya …

Dari minda “Think Outside The Box” Dr OT

Khas buat:

Pelajar yang menjalankan penyelidikan
Semua calon Master dan PhD
Semua tutor dan bakal pensyarah
Supervisor dan supervisee
Individu yang terlibat dengan penyelidikan dan penulisan tesis



Salam sejahtera buat semua,

Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri ini agar kita lebih selesa mengenali, terutama buat anda yang pertama kali mengenali saya. Saya Othman Talib, lebih dimesra dikenali dengan panggilan OT.

Saya memperolehi Ijazah Sarjana (MSc) sebagai pelajar separuh masa dari universiti tempatan pada 1999 dan kemudiannya pada 2007, Saya memperolehi Ijazah Kedoktoran dari The University of Adelaide, Australia setelah menyiapkan tesis Saya berkaitan “Computer-Animated Instruction In Electrochemistry”. Dengan panggilan Dr. OT, Saya mempunyai satu mesej untuk menyampaikan betapa perjalanan menjadi calon Master dan PhD adalah satu perjalanan yang “terindah dalam hidup” bukan sebaliknya maka…..

Satu MISI besar menanti Saya …

Selain melaksanakan tanggungjawab sebagai pensyarah, Saya turut terlibat menjadi pemeriksa tesis dan ingin melihat pelajar-pelajar berjaya mencapai kegembiraan bergraduat dan memperolehi ijazah Master dan PhD. Dalam pada itu, seperti satu trend, semakin ramai pelajar mengadu betapa susahnya mereka menyiapkan proposal dan tesis mereka.
Ini pengaduan yang biasa Saya dengar (atau anda sedang alami) dari pelajar yang sedang menyiapkan tesis :-
  • 3 tahun tidak siap proposal, asyik ditolak supervisor!
  • Sudah 5 kali saya tukar tajuk kajian saya
  • Dah nak abis satu semester, saya masih terkial-kial menulis Chapter One !
  • Saya mulakan sekali lagi proposal dan kajian saya, sebab tajuk sebelum ini semua tersekat tengah jalan.Tidak cukup rujukanlah!
  • Proposal sudah lulus 2 tahun dahulu tetapi analisis statistik saya bermasalah sehingga menganggu penulisan tesis saya.
  • Saya tidak cukup MASA! Mana hendak ambil data, tambah rujukan, edit dan tulis tesis lagi.
  • Saya betul-betul tertekan. Rujukan saya bersepah-sepah dalam komputer ini. Macamana mahu susun dan mula menulis tesis!
  • OTAK SAYA STUCKED! TIDAK TAHU DARI MANA NAK MULAKAN PENULISAN!
  • Dan banyak lagi……

Saya tidak terkejut kerana anda tidak menguasai dunia penyelidikan dan penulisan tesis. Anda tidak dilatih dan tiada pengetahuan bagaimana untuk menyusun dan mengekstrak maklumat dari artikel, menulis terus ke dalam proposal / tesis, menyusun bibliography dan malah anda tidak menguasai teknik penulisan dan referencing yang cepat dan efisyen.
Saya telah melalui apa yang anda lalui sekarang, tetapi perjalanan Saya sangat mudah berdasarkan fakta berikut:
  • Saya siapkan proposal dan lulus pada 3 bulan pertama selepas saya mendaftar sebagai calon program ijazah kedoktoran.
  • Saya siapkan draft final lengkap tesis kedoktoran dan diluluskan oleh jawatankuasa supervisori saya hanya dalam tempoh 1 tahun 10 bulan.
  • Semua ini menjadikan waktu menjalankan kajian dan penulisan tesis sesuatu yang terindah dalam hidup Saya.

Artikel ini Saya petik dari Blog DR.Osman Talib ,kerana terpikat dengan buku " Ebook Siap Tesis Cepat " maka Saya ambil kesempatan ini,bagi memudahkan Saya dan juga Anda mendapat informasi tentang adanya buku ini.

Saya begitu tertarik dengan beberapa orang testimoni dan Student yang telah memiliki buku ini.Mereka amat terujah dengan penghasilan buku tersebut,jadi tidak ada salahnya sekiranya Saya juga ingin berkongsi dengan Anda bahawa buku " Ebook Siap Tesis Cepat" ...ada di jual..cuma kita kena berhubung dengan penulisnya Dr.Osman Talib atau Dr.OT.

Semoga kita berjaya mendapatkan buku Dr.OT dan berhasil membuat Tesis kita dengan mudah seperti tajuknya, " ..Siap Tesis Cepat ."

P/S : Semoga bermanfaat untuk Saya dan juga Anda.



                                                                     " Sharing Is Caring "







Tiada ulasan:

Catat Ulasan