Sabtu, 21 Disember 2013

Benarkah Pengamal NLP Banyak Kelebihan ?


 Albert Einstein lelaki Genius yang banyak mengubah dunia melalui fikirannya

 Jika anda seorang NLP'er dalam ertikata yang sebenarnya Anda mempunyai banyak kelebihan. Anda tahu bagaimana mengendalikan minda/otak (brain anda). Anda dapat menjalankan Meta-Program yang sentiasa dapat meletakkan diri Anda dalam keadaan yang Anda ingini.

Seseorang NLP'er yang sebenarnya tidak hanya tahu ilmu atau teknik yang dipelajarinya. Lebih dari itu dia dapat mengamalkan kaedah-kaedah yang diketahuinya itu pada setiap masa terutama masa-masa yang mencabar.

Dia dapat menjadikan ilmu dan kaedah dari NLP untuk mengarah (propel) dirinya. Pendek kata dia mempunyai satu sistem propulsi (propulsion) yang hebat untuk menjadikan dirinya positif dan menangani sebarang suasana.

Lebih dari itu seseorang NLP'er dapat mempelopori dan menerokai perkara baru melalui Meta-Program yang diproses dalam otaknya untuk menjadikannya satu kenyataan. NLP'er berani mencuba kerana baginya "tidak ada kegagalan, hanya maklumbalas". Bila dia melakukan kesilapan dia berasa bertuah kerana kesilapan begitu tidak akan diulang lagi.

NLP bukanlah sekadar satu kaedah yang setakat dipelajari dan kemudian dibiarkan begitu. Ianya adalah satu amalan yang berterusan untuk menjadikan diri sentiasa cemerlang. Teknik atau "pattern" yang dipelajari bukanlah sesuatu yang mekanik dan statik tetapi sentiasa menghasilkan sesuatu yang dinamik setiap kali  melakukannya.

Itulah semangat NLP. Itulah yang menjadikan NLP amat berkuasa (powerful) untuk diri pengamalnya.


P/S:
Sebenarnya,seronok juga bila kita tahu selok belok NLP ini kan ?...tapi dari pembacaan Saya, Program NLP ini bertapak di Malaysia lebih kurang dalam 10 tahun yang lalu sementara di negara Barat sudah menjangkau 30 tahun.Jadi,NLP ini masih mudah dalam kalangan rakyat Malaysia dan masih kurang pengamalnya.

Semoga para pengamal NLP di Negara Kita ,berbesar hati untuk berkongsi ilmu ini demi kebaikan sesuatu organisasi,dan Kementerian.Saya dapat tahu juga bahawa Pengamal NLP  Malaysia yang pertama menghasilkan  buku dalam bahasa Malaysia iaitu En. Md.Taib Mad. Beliau juga sentiasa menganjurkan seminar dan kursus dalam Bahasa Malaysia@Melayu di seluruh Malaysia. Buku beliau bertajuk "NLP Rahsia Sains Seni dan Kejayaan Diri " tengah berada di pasaran sekarang ini.( terbitan Pertama 2013)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada Saya dan juga Anda.sama -samalah kita menambah nilai diri( Positif )



                                                                             " Sharing Is Caring"






.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan