Selasa, 10 Disember 2013

Janji Pelajar Ingin Cemerlang

Saya tidak bergantung Pada Nasib,Kenapa?

Saya seboleh-bolehnya mengelak daripada berserah kepada nasib kerana ia adalah sikap pelajar yang lemah dan tidak mahu berusaha langsung.


Saya mesti mengubah dan menentukan nasib Saya sendiri pada masa depan dengan menjadikan kecemerlangan dalam pelajaran sebagai senjata mengubah nasib.

Saya yakin setiap insan dikurniakan dengan akal dan fikiran dan kekuatan yang sama.Terserah kepada Saya untuk mengeploitasi akal dan kekuatan  yang diberikan  untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

Jika orang lain boleh cemerlang dalam pelajaran,kenapa Saya tidak boleh? jika orang lain boleh menguasai pelajaran,kenapa Saya tidak boleh ?

Jika orag lain boleh menguasai pelbagai  kemahiran dengan baik ,kenapa Saya tidak boleh ?

Orang lain yang berjaya juga pada asalnya tidak tahu apa -apa tetapi kerana kesungguhan yang kuat maka mereka mendapat cemerlang.

Bukan sesuatu yang mustahil untuk Saya mencapai seperti orang lain capai,bahkan Saya boleh mencapai dengan melipat ganda usaha Saya.

Saya mesti tahu mengambil tahu latar belakang,kandungan dan prospek masa hadapan setiap aliran yang  ditawarkan di Sekolah seperti aliran Sains, sastera,perakaunan,agama, dan sebagainya.

Atau pengkhususan yang ditawarkan di Instituisi Pengajian Tinggi seperti Sains,kejuruteraan, kedoktoran,ekonomi,undang-undang,pertanian,linguistik,geologi dan sebagainya.

Saya mesti kenal minat dan potensi yang ada dalam diri Saya untuk mendalami sesuatu bidang pengkhususan.

Penyesuaian antara potensi diri dengan bidang pengkhususan perlu dilakukan supaya Saya dapat mengikuti pengkhususan yang dipilih dengan cemerlang.

                         " Saya Tahu Pengkhususan Yang Sesuai dengan Saya "


Sumber Rujukan : Cemerlang Gemilang dan Terbilang,Mohd.Azidan Abdul Jabar, UtusaPublication & distributors SDN.BHD.

P/S : Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.



                                                                                       " Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan