Sabtu, 7 Disember 2013

Prinsip Hidup Juara Tinju Dunia Muhammad Ali

 The Greatest Boxer  Muhammad Ali, menjadi terkenal kerana peribadinya yang tegas, berpegang teguh pada prinsip, percaya pada diri sendiri dan lantang menyatakan sesuatu apa yang difikirkannya benar.

Keperibadia inilah yang menjadikan beliau seorang Muslim yang berkulit hitam di Amerika Syarikat sehingga amat di hormati oleh semua golongan rakyat daripada yang rendah sehinggalah yang tertinggi iaitu Presiden Amerika Syarikat sendiri.

 Perjalanan kehidupan Muhammad Ali penuh dengan ranjau dan duri. Keperibadiannya boleh dijadikan sebagai teladan .

 Sebagai seorang rakyat kulit hitam,  juga seorang Islam yang berpegang teguh kepada kepercayaan agamanya,beliau tegu dengan prinsipnya, di sebuah negara yang terkuat di dunia yang dikuasai oleh orang putih dan bukan sebuah negara Islam.

Latar Belakang Kehidupan

Muhammad Ali dilahirkan sebagai rakyat kulit hitam amerika yang nama asalnya ialah Cassius Marcellus Clay pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky dalam sebuah keluarga kulit hitam yang sederhana.

 Beliau dilahirkan  pada zaman Apartheid, di Amerika Syarikat dimana kulit hitam di diskriminasikan oleh Kulit Putih pada ketika itu.

Dikatakan mula belajar bertinju pada umur 12 tahun apabila basikal yang di milikinya di curi di hadapan matanya sendiri.

Beliau amat marah terhadap pencuri tersebut dan cuba mempertahankan basikal miliknya tetapi tidak berdaya kerana pencuri itu lebih dewasa dan gagah  fizikal berbanding dirinya.
.
Oleh kerana ingin membalas dendam terhadap pencuri tersebut, ingin  merampas balik basikal kepunyaannya, beliau telah belajar tinju daripada seorang polis berkulit putih yang dikenalinya .Orang tersebut berdekatan  dengan kediamannya.

Bermula dari tetik tersebut, beliau mula belajar teknik-teknik tinju hingga menimbulkan minat yang mendalam terhadap Sukan ini, hingga menjadikanya seorang Legenda Tinju Dunia.


Bermulanya Karier Sebagai Peninju Profesional

Sebagai seorang peninju amatur pada mulanya, beliau telah mengejutkan rakyat Amerika Syarikat apabila memenangi kejohanan tinju pertamanya pada usia sangat muda iaitu berumur 18 tahun pada tahun 1960 dengan memenangi pingat emas olimpik di Rome dalam acara light-weight
.
Selepas secara rasmi menjadi peninju profesional dan menentang beberapa lawan sepanjang 4 tahun dari tahun 1961 hingga 1964. Akhirnya pada tahun 1964 beliau berjaya menjadi Juara Dunia tinju kelas HeavyWeight pertama kali dengan mengalahkan Sony Liston.

Kemudian sejak itu beliau mempertahankan kejuaraan dunia tersebut sebanyak 9 kali berturut-turut dari tahun 1965 – 1967 sehinggakan di gelar “The Greatest” karana selalu melaung-laungkan “I’m The Greatest” setiap kali mengalahkan lawan.


Memeluk Agama Islam

Selepas memenangi Kejuaraan Dunia HeavyWieight pada 1964, beliau mengejutkan warga Amerika Syarikat apabila mengumumkan yang beliau telahpun memeluk agama Islam dan menukar namanya daripada Cassius Marcellus Clay kepada Muhammad Ali.

Selepas pengumuman pemelukan Islam, beliau menyarankan agar semua media-media dan orang ramai memanggilnya dengan nama Muhammad Ali dan bukan lagi Cassius Marcellus Clay.

 Ini kerana menganggap nama sebelum ini adalah nama yang di beri oleh orang putih yang bermakna hamba sedangkan Muhammad Ali adalah bermaksud orang yang disayangi oleh tuhan.

Cassius Clay is a slave name. I didn’t choose it and I don’t want it. I am Muhammad Ali, a free name – it means beloved of God – and I insist people use it when people speak to me and of me.

Sebahagian ucapan daripada Muhammad Ali dalam penentangan arahan menyertai Perang Vietnam semasa ucapannya yang bertajuk “Black is Best “di hadapan 4000 pelajar dan intelektual di University Howard. Suatu perkara luar biasa apabila bekas Juara Dunia tinju memberi ucapan di universiti tersebut.

War is against the teachings of the Holy Qur’an. I’m not trying to dodge the draft. We are not supposed to take part in no wars unless declared by Allah or The Messenger. We don’t take part in Christian wars or wars of any unbelievers
I ain’t got no quarrel with them Viet Cong … They never called me nigger.”

Pengingkaran ini menyebabkan beliau terpaksa dibicarakan di Mahkamah dalam tempoh waktu yang panjang dan akhirnya mahkamah memutuskan beliau bersalah dan dijatuhkan hukuman denda USD$10,000 serta segala gelaran Juara Dunia di lucutkan dan dilarang bertinju untuk sementara waktu.

Perjuangan Merebut Kembali Gelaran Juara Dunia Tinju HeavyWeight.

Kemudian pada tahun 1970, akhirnya beliau kembali bertinju selepas mahkamah rayuan memutuskan yang beliau masih lagi seorang peninju profesional.

 Pada ketika itu Juara Dunia ialah Joe Frazier dan Muhammad Ali ingin merampas kembali takhta Juara Dunia. Perlawanan di aturkan pada 8 Mac 1971 yang dikenali sebagai The Fight of the Century. Namun, percubaan pertama beliau gagal dalam perlawanan ini.

 Semasa pusingan ke-15, Frazier telah menjatuhkan Ali dan Ali kembali bangkit, tetapi para juri menyatakan bahawa pemenang perlawanan ialah Joe Frazier.

Pada tahun 1971 juga akhirnya Mahkamah menerima rayuan Muhammad Ali dalam kes pengingkaran menyertai Perang Vietnam apabila mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.

 Mulai daripada kemenangan kes mahkamahnya, Muhammad Ali mula berjuang kembali dalam arena tinju profesional dunia dengan mengadakan beberapa perlawanan selama 3 tahun.

  Antaranya ialah Jerry Quarry, Floyd Paterson, Joe Bugner dan Ken Norton. Beliau memenangi kesemua perlawanan tersebut kecuali seri dengan Ken Norton.

 Malahan beliau juga memenangi perlawanan dengan Joe Frazier pada 28 Januari 1974 tetapi sayangnya, Juara Dunia Tinju HeavyWeight pada ketika itu bukan lagi Joe Frazier, tetapi George Foreman. Jadi untuk merampas kembali gelaran Juara Dunia, beliau perlu melawan George Foreman.

Jutaan orang duduk di depan televisyen mereka untuk menyaksikan pertarungan antara Ali dan Foreman, perlawanan ini dinamakan “Rumble in the Jungle.”

Enam puluh ribu penonton berkumpul di stadium di Kinshasa di Zaire pada 30 Oktober 1974. Kebanyakan peminat sukan tinju memilih George Foreman sebagai pemenang kerana umurnya yang tujuh tahun lebih muda daripada Muhammad Ali yg berumur 32 tahun pada ketika itu.



Namun, Muhammad Ali berjuang sangat cemerlang sekali, mengalahkan lawan menggunakan taktik “rope-a-dop“.

Pada pusingan ke-8, Ali menjatuhkan Foreman. Selepas kemenangan itu beliau meneriak “float like a butterfly and sting like a bee” (mengambang seperti kupu-kupu dan menyengat seperti lebah) sebagaimana beliau selalu laung setiap kali tamat perlawanan tinju dengan kenangan.


 Akhirnya Muhammad Ali meraih kembali gelara Juara Tinju HeavyWeight Dunia selepas berjuang selama 4 tahun selepas perlucutan gelaran Juara Dunia akibat pengingkaran sukarelawan di Perang Vietnam.

Zaman Kegemilangan

Selepas mempertahankan gelaran Juara Tinju Dunia HeavyWeight sebanyak enam kali, termasuk perlawanan kali ketiga dengan Joe Frazier.


 Muhammad Ali juga menang dengan Leon Spinks pada 15 Februari 1978 di keputusan perpecahan. Beliau meraih semula gelaran WBA daripada Spinks tujuh bulan kemudian.


Muhammad Ali menjadi peninju pertama yang memenangi kejohanan tinju kelas berat tiga kali. Pada tahun 1979 Ali mengumumkan pengunduran dirinya, pada saat itu hanya kalah tiga kali di 59 perlawanan kesemuanya.


 Walaubagaimanapun, beliau kembali untuk berlawan juara World Boxing Council Larry Holmes pada tahun 1980 dan Trevor Berbick dari Kanada pada tahun 1981, namun kalah dalam kedua-dua perlawanan tersebut. Akhirnya beliau bersara secara kekal.

Persaraan

Selepas memasuki umur 40-an, beliau mula sakit-sakit. Pada tahun 1984 beliau dikatakan menderitapelbagai gejala penyakit dan antaranya yang dikenali sebagai sindrom “punch drunk” (pukulan mabuk) .



 Kemudian beliau disahkan mengidap penyakit parkinson kerana aktiviti karier tinju. Walaupun sekarang beliau sudah berumur 68 tahun dan kurang bercakap lantang, beliau telah dinobatkan sebagai salah seorang hero amerika syarikat yang disegani sehingga sekarang.


Sebab-Sebab Muhammad Ali Di hormati di AS
  • Peninju profesional yang berani dan tidak mengenal erti kekalahan & putus asa.

  • Mempunyai keyakinan dan keazaman yang tinggi dalam setiap apa yang dilakukan olehnya.

  • Pejuang bangsa kulit hitam yang lantang bersuara

  • Teguh pada kepercayaan Islam

  • Seorang yang lantang bersuara di hadapan semua orang.

  • Satu-satunya Juara Dunia HeavyWeight sebanyak 6 kali (1964, 1964, 1967, 1967, 1974, 1978)

  • Berani mengorbankan kemewahan dan gelaran Juara Dunia pada tahun 1967 apabila mengingkari perintah menyertai perang di Vietnam oleh kerajaan Amerika Syarikat.

P/S :                      "  Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan