Selasa, 3 Disember 2013

Siapakah Wallace The Wattles ?

Wallace D. Wattles







Wallace D. Wattles (1860-1911)-Pioneer Success Writer



Wallaes The Wattles dilahirkan dalam pertengahan abad ke-19 di Amerika Syarikat. Hidup Wallace Delois Wattles, adalah (dengan anggapan beliau sendiri) dipenuhi dengan siri kegagalan demi kegagalan.
 
Setelah mengalami begitu banyak kegagalan dalam permulaan hidupnya, Wallace kemudian memutuskan untuk mempelajari karya tokoh-tokoh terkemuka, baik ahli kerohanian mahupun ahli falsafah.
 
 Antaranya Descartes, Spinoza, Gottfried Leibniz, Schopenhauer, Hegel, Swedenborg, Ralph Waldo Emerson dan lainnya.

Melalui pembelajaran yang tidak kenal lelah dan tidak kenal penat serta putus asa, akhirnya beliau sedar bahawa beliau telah menemukan suatu rahasia hidup yang sangat dahsyat.
 
 Lalu beliau mula mempraktikkannya dalam hidup. Semua prinsip yang dipelajarinya dipraktikkan dalam hidupnya sendiri dan akhirnya beliau telah mencapai sukses sesuai dengan prinsipnya.

Akhirnya sehinggalah pada awal abad ke-20, selepas bertahun-tahun melakukan kajian, percubaan dan pemerhatian dengan penuh dedikasi, beliau menemui beberapa prinsip yang membawanya kepada kehidupan yang sangat mewah dan kaya.
 
 Beliau telah menjadi salah seorang mahaguru dalam prinsip mencapai kejayaan. Prinsip tersebut dikenali sebagai Science of Getting Rich.
Selain Science of Getting Rich, beliau turut merumuskan prinsip-prinsip kesejahteraan hidup yang lain yang beliau namakan sebagai The Science of Being Well, dan The Science of Being Great.

kemana sahaja beliau,di mana sahaja beliaupergi  pada masa( zaman ) itu, orang telah mencabar amalan-amalan kepercayaan dan kesihatan tradisional.
 
 Wallace Wattles mencuba untuk mengatasi semua kontroversi dengan mencari hakikat-hakikat sebenar.

Jika diimbas kembali, beliau adalah antara tokoh genius yang muncul pada era (zamannya ) .dengan serba kekurangan.  Kajian pemikirannya terhasil tanpa sebarang bantuan peralatan sains moden seperti sekarang ini.

Anak perempuannya Florence, telah menyedari bahawa dalam tahun-tahun terakhir bapanya:
 
 "Beliau banyak menulis secara berterusan dan konsiten. Ia adalah kerana beliau mendapat gambaran dirinya sendiri melalui mentalnya. Dia lihat dirinya sebagai seorang penulis yang berjaya, seorang personaliti berkuasa, seorang lelaki yang maju ke depan, dan beliau mula bekerja keras demi mencapai wawasannya. Dia menjiwai tiap halaman yang ditulisnya …. Hidupnya memang benar-benar hidup yang luar biasa!”
"
Walaupun Wallace D. Wattles meninggal dalam usia muda (51 tahun), dan hasil karyanya tidak dikenali orang selama bertahun-tahun, akan tetapi orang yang mempelajari dan mempraktikkan prinsip yang diajarkannya terbukti menjadi sukses dan kaya.
 
 Antara ribuan manusia yang telah mencapai impian mereka dengan membaca karya Wattles ialah Napoleon Hill, Anthony Robbins dan Bob Proctor dan kini buku yang Walles hasilkan menjadi rujukan kepada penulis buku seperti The Secret.
Semoga kita dapat menambah ilmu dengan banyak membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan