Sabtu, 7 Disember 2013

Apa tu..Lutaw,Pangguwahh,Hantu?



Apa yang ingin Saya tulis hari ini berkenaan dengan Sopannya bertudung.Saya tidak mahu panjang lebarkan tapi, Saya ingin berkongsi sedikit sahaja kisah ini.

Pada tahun tahun 80-an, tidak banyak fesyen tudung sepeti sekarang ini. Apa lagi fesyen, para pereka dan kedai kedai tudung pun jarang kita jumpa.Tudung yang ada hanyalah tudung yang dikatakan "Dakwa" pada masa itu ( Zaman persekolahan) tudung segi tiga yang sudah sedia berjahit.

Saya cuba minta izin dengan Emak untuk memakai tudung, emak kata tak ada duit buat beli tudung tunggulah dulu. Kawan-kawan sentiasa mengejek kerana dalam kelas hanya Saya seorang lagi yang belum memakai tudung.

Saya sentiasa dalam delima ,sanggup menerima ejekan kawan-kawan setiap hari ,atau membuka mulut sekali lagi dan merayu-rayu pada emak.Sekali lagi Saya bersuara  agar emak belikan tudung untuk Saya.jawaban emak sama,tidak ada wang sabarlah dulu.

Saya ada seorang rakan karib,dia dengan rela hati telah menghadiakan Saya sehelai tudung putih .Bermula dari situ,Saya kini seperti rakan-rakan lain memakai tudung.

Kenapa Saya cerita tentang tudung?....Saya amat terharu, sekarang ini berlambak-lambak tudung dipasaran, pilihan di tangan kita. Kenapa masih ramai tidak memakai tudung?

 Zaman ini zaman dah berubah, banyak pilihan , banyak kemudahan yang tersedia di depan mata. Mahal atau murah terpulang dengan kemampuan kita. Apa yang penting ikut perintah Allah...kerana bertudung itu menutup aurat.

Ok Saya kembali kepada Asal Usul cerita Saya..hehhhe, bertudung pada masa dahulu merupakan sesutu yang janggal pada pandangan masyarakat.Bermacam-macam gelaran yang mereka lontarkan kepada si pemakai tudung.

Saya masih teringat,apabila Saya bergegas pulang dari Sekolah dengan kawan-kawan.kami semua pakai tudung .Beberapa orang Uncle-Uncle @ Pakcik-pakcik ,melontarkan gelaran pada kami...." ehh apa tu Hantu ?...eehhh cuba lihat banyaknya Lutaw..Ehhh Pangguwahhh dari mana ni?

Tahukah Anda apa Lutaw dan Pangguwahh? Ia adalah Hantu...(Lutaw bahasa suluk adalah hantu sementara Pangguwah dalam bahasa Bajau adalah Hantu).

Kemana-mana sahaja pada masa itu di Kawasan Saya, pasti orang akan memanggil Pangguwah. Begitulah sesuatu yang janggal pada pandangan masyarakat, mereka akan melontarkan gelaran yang kurang baik.

Ehh..Kenapa sudah si Sarimah ni..macam pangguwahhh...sejak bila dia pakai begini? hehehhe itulah lontaran yang Saya terima dari sekeliling.

Sebenarnya kita tidak menyalahkan mereka kerana pada masa itu,baru bermulanya perkembangan dan penyebaran pemakaian tudung....

Lihatlah skarang,begitu indah,begitu cantik wanita-wanita pakai tudung.Pilihan di depan mata.

Gambar Hiasan


 

Lihatlah Siti NurHaliza, cantik sekali bukan? hehhe

P/S:    Sharing Is Caring"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan