Ahad, 15 Disember 2013

Kerjaya Guru



Kelebihan Memilih Kerjaya Guru

  • Bidang tugasnnya mencabar minda, emosi dan fizikal,menyeronokkan mesti sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan  flexibel.
  • Masa kerja separuh hari jika dibandingkan dengan pekerjaan yang lain namun kerja-kerja guru juga banyak perlu diselesaikan di luar waktu persekolahan  ( Bawah ke rumah diselesaikan ).
  • Masyarakat memandang tinggi kepada Guru kerana ilmu yang disalurkan kepada murid-murid.
  • Islam mengatakan guru adalah orang yang paling beruntung di akhirat kerana termasuk dalam kalangan orang-orang soleh dan bertakwa serta mendapat pangkat syurga yang tertinggi.
  • Menjadi ‘role model’ kepada murid dan mempunyai kehebatan mengeluarkan buah fikiran.Minda sentiasa diasah dengan ilmu baru.
  • Kementerian Pelajaran menyediakan beberapa anugerah kepada guru seperti Anugerah Guru Cemerlang ,anugerah Guru Inovasi ,Anugerah Tokuh Guru dan bermacam-macam lagi..
  • Mendapat kepercayaan masyarakat seperti mempengerusikan sesuatu persatuan, kelab dan aktiviti yang dirancang oleh masyarakat setempat.
  • Kerjaya guru mendapat perhatian dari pelbagai pihak kerana peranan dan tugas dalam bidangnya.
  • Kerjaya Guru sentiasa menerima sesuatu yang baru atau dasar dan menyampaikan dasar baru tersebut sama ada dalam kalangan Guru,masyarakat dan juga murid-murd.
  • Kerjaya Guru adalah Penyalur Ilmu,penyambung Ilmu,penanam dan penternak ilmu.
  • Guru mestinsentiasa Perkasakan diri dalam mengharungi perjalanan dan liku-liku hidup Sebagai seorang yang bergelar,PENYAMPAI,PENYALUR ilmu.
    Ciri-ciri Bidang Tugas Guru

  • Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan.
  • Memahami, mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.
  • Memahami mata pelajaran pengkhususan.
  • Mengetahui secara umum kandungan kurikulum semua mata pelajaran.
  • Menyedari kepentingan penilaian dan cara mengendali penilaian.
  • Mengetahui kebolehan dan pengalaman guru berkaitan mata pelajaran dan aspek yang berkaitan.
  • Mengetahui keperluan alat bantu mengajar, peralatan dan bahan untuk mata pelajaran tertentu dan cara menggunakannya.
  • Mengetahui kemudahan-kemudahan yang ada dan berusaha meningkatkannya.
  • Berupaya mengadakan latihan dalaman bagi meningkatkan profesionalisme guru dan kakitangan di sekolah.
  • Mengetahui pendekatan dan strategi pengajaran terkini dan berupaya menyampaikannya kepada guru-guru
Akauntabiliti Keguruan

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku dalam bidang disiplin, murid-murid dan profesion keguruan.

Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar

1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.
2. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid murid-murid.
3. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya.
4. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah.
5. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Akauntabiliti Guru Terhadap Diri

  1. Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
  2. Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa.
  3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
  4. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
  5. Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik.
  6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.

Akauntabiliti Guru Terhadap Bangsa dan Negara

  1. Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara.
  2. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar.
  3. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
  4. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.
  5. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

Akauntabiliti Guru Terhadap Tugas dan Kerja

  1. Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar.
  2. Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar.
  3. Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah.
  4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
  5. Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
Nilai-Nilai Keguruan

Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni.

Sifat dan Kualiti
Peribadi
Sosial
Profesional
Baik hati
Budi pekerti
Ingin tahu
Jenaka
Ramah mesra
Pengetahuan ikhtisas
Sabar
Merendah diri
Suka membaca
Adil
Semangat berbakti
Daya usaha
Mesra
Jujur
Daya ingatan
Kepimpinan
Mudah suai
Peka kepada perubahan
Kecindan
Sikap toleransi
Semangat berdedikasi
Bertanggungjawab
Berdaya kepimpinan
Kemahiran bertutur
Berdedikasi
Pekerti mulia
Inovasi dalam tugas
Yakin
Kesedaran terhadap persekitaran
Sedar tentang keperluan negara

Kelayakan dan Syarat Menjadi Guru:
Tanggungjawab penggubalan dasar dan garis panduan latihan perguruan, pemilihan calon pelatih dan peserta kursus dan merancang serta menyelaras program kemajuan staf dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Antara program dan kursus yang dijalankan ialah:
a) Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
b) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
c) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)



  P/S : Semoga bermanfaat kepada Saya dan juga Anda.



                                                                                  " Sharing Is Caring"






Tiada ulasan:

Catat Ulasan