Selasa, 10 Disember 2013

" Saya Berani Melakukan Perubahan "

Janji Pelajar.....

saya mesti bersedia menerima perubahan dan dalam masa yang sama juga mesti berani melakukan perubahan.

Say mesti sedar dan tidak boleh kekal dan berasa selesa dalam situasi dan sistem yang sama sahaja sepanjang masa.

Sebagai seorang pelajar,banyak perubahan yang berkaitan dengan sistem pembelajaran dan peperiksaan yang berlaku dari masa ke semasa untuk meningkatkan kualiti pelajar.

Peledakan Sistem pembelajaran ke arah ICT sudah sememangnya memberi cabaran yang hebat kepada Say sebagi seorang pelajar.saya bersedia menyahut cabaran itu.

saya mesti berjuang untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

Kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada semangat juang pada masa lalu.

Kejayaan yang akan dicapai pada masa akan datang adalah natijah pada hari ini.

Say juga perlu sedar bahawa dunia kini bergerak dengan pantas,dan di luar sana semakin ramai pelajar yang sedang bertungkus lumus untuk mencipta pelbagai jenis kejayaan.

Oleh itu,Saya mesti bergerak ke hadapan jika saya ingin mengekalkan daya saing dan kemahiran yang tinggi.


Sumber Rujukan : Cemerlang Gemilang dan Terbilang, Mohd.Azidan Abdul Jabar, Utusan Publication &distributors SDN.BHD, 2006.

P/S:   Semoga Memberi manfaat kepada pembaca Blog Saya.



                                                                                         " Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan