Sabtu, 7 Disember 2013

Minda Warren Buffett

.


                                                                  Gambar Hiasan


 
Kaya itu berasal dari Mindset: "I always knew I was going to be rich. I don’t think I ever doubted it for a minute.” -Warren Buffett

 Perbezaan ketara antara   minda  si miskin dan minda si kaya terletak pada mindset mereka. Si Miskin sering berfikiran tentang kemiskinan dan kekurangan.

 Si Kaya pula sering memikirkan tentang kemakmuran dan rahmat yang melimpah ruah. Keyakinan serta kepercayaanlah yang menentukan cara anda mendapatkan kekayaan, keputusan yang anda buat dan cara anda bertindak.

2. Jangan sesekali berjudi atau mempertaruhkan nasib:

"Gambling Is A Fools Game. Rule No.1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1." -Warren Buffett

Peraturan Pertama: Jangan hanguskan wang

Peraturan Kedua: Jangan lupa peraturan pertama

Oleh itu dalam apa jua situasi membuat keputusan yang melibatkan wang, jangan sesekali memperjudikan nasib anda. Analisa yang tepat harus dilakukan supaya wang anda tidak hangus dan andatidak mengalami kerugian.


3. Berhati-hatilah dengan siapa anda bergaul:

"It’s better to hang out with people better than you. Pick out associates whose behavior is better than yours and you’ll drift in that direction." -Warren Buffett

Jika anda ingin berjaya dalam bidang kewangan, anda perlu bercampur dengan orang yang turut mempunyai visi yang sama seperti anda.

Ia penting kerana mereka dapat memberi support dan enthusiasme kepada visi anda tersebut. Anda juga akan sentiasa dikelilingi oleh sekelompok insan yang memiliki Aura Kekayaan. Sedikit sebanyak aura mereka ini akan tempias kepada anda.


Jika anda bergaul dengan orang yang memiliki mindset yang salah tentang wang, umpamanya golongan yang menganggap wang adalah ibu segala kejahatan, alat kapitalisme dan lain-lain, maka aura negatif mereka sedikit sebanyak akan turut terpercik kepada anda.
 
 Pandangan negatif mereka terhadap duit akan mempengaruhi pandangan anda. Suka atau tidak kita akan terpengaruh dengan orang yang kita campuri.
 
Sebagai ringkasnya, janganlah bergaul dengan orang yang gagal, sebaliknya bergaulah dengan golongan yang berjaya dan berfikiran jauh ( sentiasa Take Action ).


4. Buat apa yang anda gemari: Ketika ditanya CNBC apakah antara rahsia kejayaan beliau? Buffet menjawab..

"Success is really doing what you love and doing it well. It’s as simple as that. I’ve never met anyone doing that who doesn’t feel like a success. And I’ve met plenty of people who have not achieved that and whose lives are miserable." -Warren Buffet

Bagi Buffet erti sukses adalah dapat mengerjakan sesuatu yang anda sukai dan melakukannya dengan baik. Hanya dengan melakukan apa yang anda suka maka kejayaan atau sukses akan muncul selepas itu. Jika anda melakukan sesuatu yang anda tidak suka maka sudah tentu kejayaan tidak akan hadir ke dalam hidup anda.

Begitu mudah sekali tafsiran sukses beliau. Beliau turut menyatakan bahawa belum pernah menemui orang yang melakukan hal diatas tetapi tidak merasa sukses . Bagaimanapun beliau telah berjumpa dengan banyak orang yang tidak melakukannya dan hidup mereka amat menyedihkan.

5. Kawal Perbelanjaan: "Pengeluaran lebih kecil dari pendapatan". Buffet terkenal dengan cara hidupnya yang serba sederharna. Dia masih tinggal di rumah yang dibelinya pada tahun 1958.

 Memandu kereta model Lincoln tahun 2001 dan hidup dengan gaji USD$100,000/tahun berbanding dengan kekayaan bersihnya yang bernilai berbilion-billion dollar. Ternyata pengeluarannya sangat kecil berbanding pendapatan beliau.


6. Jauhilah hutang: Buffet menjauhi hutang untuk tujuan pembelian penggunaan peribadi. Sebaliknya beliau hanya berhutang dengan bijak sebagai leverage kepada pelaburannya. Satu fakta yang menarik, beliau langsung tidak memiliki sebarang kad kredit.
 
7. Amalkan prinsip “Giving and Receiving”: Kemurahan hati dan kelimpahan berjalan seiring.
"Even though Ben Graham [Buffett’s mentor] had everything he needed in life, he still wanted to give something back by teaching, So just as we got it from somebody else, we don’t want it to stop with us. We want to pass it along too." -Warren Buffett
 
Mendapatkan kelimpahan kekayaan, pastinya bukan hasil usaha sendirian. Anda pasti akan di bantu oleh orang lain yang juga bermurah hati. Oleh itu di saat ada kesempatan, bermurah hatilah dan 'bayar'lah kembali dengan membantu yang lainnya.
 
Untuk memperoleh lebih banyak anda harus memberi lebih banyak. Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Si Pemberi akan lebih diberkati dan dirahmati daripada Si Penerima.

Pada tahun 2006 Buffet mengumumkan untuk menyumbang USD$30 billion kepada Bill dan Melinda Gates Foundation. Sumbangan ini adalah yang terbesar dalam sejarah.
 
8. Lakukan perkara yang betul: "You only have to do a very few things right in your life so long as you don’t do too many things wrong." - Warren Buffett


P/S: Semoga perkongsian kita hari ini,memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.

                                                     " Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan