Rabu, 1 Januari 2014

Mencipta Hari ideal

Satu cara berkesan dalam menjadikan kita fokus bagi mencipta kehidupan kita seperti yang kita mahukan adalah dengan meluangkan masa beberapa minit membayangkan sepanjang hari esok benar-banar berjalan seperti yang kita kehendaki selepas merancang jadual hari esok.

Bayangkan semua orang ada ketika kita menghubungi mereka.Setiap mesyuarat bermula dan berakhir tepat pada waktunya.Semua keutamaan kita dapat diuruskan.

Semua kerja suruhan dapat diselesaikan dengan mudah,dapat melakukan setiap jualan dan sebagainya.Lihat diri kita melakukan semua perkara sebaik mungkin dalam setiap situasi pada hari esok.Ini  memberikan minda separa sedar bekerja sepanjang ,malam dan mencari jalan bagi menjadikannya realiti seperti yang kita bayangkan.

Jadikan kebiasaan membayangkan hari esok yang ideal pada malam sebelumnya.Ia dapat memberikan perbezaan yang besar dalam hidup ini.

Lakukanlah selalu agar hidup kita penuh dengan hari-hari yang ideal.Ciptalah kehidupan yang ideal sepanjang hari dan setiap hari ,hanya dengan membayangkan@Visualisasikan apa yang anda akan lakukan pada hari esok.

sangat mudahkan?...mari kita ciptakan hari ideal kita mulai hari ini.....Selamat Tahun Baru 2014.


Rujukan : The Success Principles,Jack Canfield & Janet Switzer,PTS Profesional.Sdn.Bhd,2012.


P/S: Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.



                                                            " Sharing Is Caring"































Tiada ulasan:

Catat Ulasan