Isnin, 6 Januari 2014

Berhati-Hati berfikir.....

Implikasi Law Of Attraction Negatif

Petikan KOSMO! Khamis 24 Januari 2008: Lega kereta ditemui - Jaafar Onn

JAAFAR bersama kereta Proton Perdana V6 yang ditemui semula di Kepong.

KUALA LUMPUR - "Sejak kereta saya diletakkan di luar rumah setahun lalu, hati saya selalu gusar kerana percaya akan ada perkara buruk berlaku pada kereta itu. Tidak sangka pula firasat saya betul-betul menjadi kenyataan."

Demikian luahan pelawak dan pelakun Jaafar Onn dan merupakan artis serba boleh mengenai kehilangan kereta Proton Perdana V6  namun  telah dijumpai semula setelah hilang beberapa hari.


Selain dari takdir yang sudah tersurat, sebenarnya apa yang berlaku kepada Jaafar Onn adalah kesilapan beliau sendiri dalam mengaplikasikan LOA. Beliau sentiasa berprasangka negatif dan memikirkan tentang nasib keretanya yang terletak di luar rumahnya.

 Namun kita tidak boleh salahkan beliau 100%. Bukannya beliau cuai dalam aspek keselamatan kereta. Pelbagai langkah telah beliau ambil untuk memastikan kereta beliau selamat, cuma kesilapan dalam LOA saja yang mengundang padah.

Apakan daya, LOA tidak mengenal erti siapa yang mempraktikkannya. Samada orang itu faham atau sebaliknya LOA tetap akan berfungsi. Apa saja yang difikirkan maka itulah yang akan tertarik kepada individu itu kerana fikiran kita ini bagai magnet,menarik apa sahaja yang kita fikirkan dan tanamkan dalam minda kita.

Dalam kes ini, bagi Jaafar Onn yang kurang memahami konsep LOA, sudah tentu beliau beranggapan bahawa kejadian buruk yang berlaku ini adalah rentetan dari firasat buruk beliau selama ini. Tapi apa yang berlaku sebenarnya, LOA negatif beliau terhadap keselamatan keretanya lah yang 'menarik' insiden ini untuk menimpa beliau. Jika beliau sentiasa berprasangka baik selama ini, insya-Allah perkara yang baik juga akan mendampingi keselamatan kereta beliau.

Bagaimana pun ,kereta Perdana V6 beliau telah kembali kepadanya.Semoga perkara yang berlaku pada Jaafar Onn ini,dapat memberikan kita pengajaran bahawa,kita perlu berhati-hati dalam setiap tutur kata dan menghasilkan fikiran kita.

P/S: Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita bahawa,apa yang kita fikirkan maka itulah yang akan dihasilkan oleh Minda.



                                                                    " Sharing Is Caring"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan