Isnin, 6 Januari 2014

Sekejapnya Masa Berlalu



Sedar tak sedar, tahun 2013 sudah berlalu dan kini kita berada di tahun 2014. Bagaimana dengan segala azam dan impian yang anda inginkan pada tahun ini?

Semoga anda terus istiqamah dengan apa yang anda buat demi merealisasikan impian anda. Kadangkala impian kita datang dengan begitu cepat, kadangkala pula memakan masa. Ia bergantung kepada sejauh mana kekuatan anda mengimpikannya.


Jika anda main-main mengimpikan sesuatu sudah tentu apa yang anda impikan itu juga main-main untuk datang kepada anda. Menyatakan impian dengan bersungguh-sungguh secara tidak langsung menanam benih saranan diri di dalam minda separa sedar dan seterusnya minda separa sedar ini akan menghantar isyarat  arahan kepada seluruh anggota badan supaya bertindak mengikut apa yang kita telah tanamkan dalam minda separa sedar.


Bagaimana untuk melakukannya? Anda boleh lakukannya melalui Visualisasi dan Affirmasi.


Oleh itu jika anda terlupa dan terleka untuk fokus kepada apa yang anda impikan atau azamkan pada tahun lalu, kita bawanya ke tahun ini (2014).  Mudah-mudahan pada  tahun ini (2014) apa yang anda mahukan itu dapat dikecapi. Insya Allah.
Cubalah  senaraikan setiap azam atau impian yang ingin di capai pada tahun 2014 ini.catat dalam sebuah buku " Dream Book"  atau buat dalam sekeping kertas Mahjung@Kad Manila dan tulislah tajuk " Dream Board 2014"...carilah gambar-gambar yang berkaitan dengan impian kita,seperti Rumah Banglo 2 tingkat, kereta,percutian ke Bali ,menunaikan umrah dan Haji dan lain-lain yang anda perlu rasakan.


Artikel ini ditulis untuk mengingatkan diri saya, yang kadangkala lupa dan alpa untuk fokus pada apa yang saya impikan dan inginkan.Semoga Tahun 2014...banyak membawa Tuah kepada kita....apa yang penting,kita kena fokus dan bersungguh-sungguh dalam apa juga impian kita.

P/S: Semoga apa yang Saya tulis ini,sentiasa mengingatkan Saya dan juga anda dalam mengharungi perjalanan hidup ini.



                                                          " Sharing is Caring"







Tiada ulasan:

Catat Ulasan