Sabtu, 11 Januari 2014

Makna Rapport dan kebaikannya


‘Rapport’ adalah perkataan yang ramai orang gunakan tanpa mengerti maknanya sebenar. Didalam beberapa kamus yang ada, ‘rapport’ didefinasikan sebagai satu perhubungan yang harmoni. 

Harmoni disini bermaksud tidak menjadikan satu pecanggahan atau ketidak sefahaman.
Merujuk pada kamus Merriam-Webster, perkataan rapport berasal dari perkataan Perancis rapporter yang bermakna membawa balik. 


 Dalam perhubungan dengan orang lain, ia bermaksud tali perhubungan yang dijalin dengan harmoni, kesaksamaan atau keselarasan
.
Dalam bidang NLP pula, ianya diterangkan sebagai “Mencari jalan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara diri kita dengan orang lain, samada pada tahap pertuturan mahupun ’non-verbal’. 

 Dan ini biasanya berlaku di peringkat para sedar orang yang sedang anda berkomunikasi itu. Sekaligus, ia mengurangkan jurang perbezaan diantara diri anda dan orang lain manakala aspek persamaan diantara kedua-dua nya pula bertambah. Ia boleh dipanggil sebagai “Jalinan Perhubungan Baik” atau “Silaturrahim"

Untuk memberi kesan pada tiap komunikasi yang kita lakukan dengan orang lain,adalah lebih baik   menjalinkan ’rapport’ terdahulu dengan orang lain atau orang yang dikehendaki.

‘Rapport’ juga boleh dikatakan sebagai satu jalinan perhubungan apabila dua atau lebih orang berkehendakan hidupnya menjadi realiti sebaik dan sebagus yang mungkin.

 Mereka dilihat seperti berada didalam ruang yang sama, mereka mahu berinteraksi bersama, mereka setuju dengan cara mereka berkomunikasi bersama, dan mereka memahami satu sama lain dengan cukup sempurna.
Jalinan Hebat dalam Keadaan Pra-Sedar
‘Rapport’ ini biasanya terjalin pada tahap pra-sedar dan bukan didalam keadaan penuh sedar. Kalau anda melihat dua orang yang sedang berbual, anda akan dapat perhatikan beberapa persamaan yang timbul diantara mereka. 

 Mereka mungkin tidak menyedari persamaan itu secara ‘conscious’. Mungkin kita lihat mereka itu sedang duduk bersama. Dan gaya duduknya pun agak sama juga. Mungkin juga semasa berbual mereka membuat gerak-tangan dan tempo yang sama.

 Mereka juga mungkin bercakap dengan mengeluarkan suara mereka dengan nada dan tempo yang sama. Atau mereka mungkin juga bernafas dengan rentak penafasan yang sama.
Itu lah tanda-tanda yang paling jelas apabila dua orang itu berada didalam keadaan ’rapport’.

 Kalau tertubuhnya ’rapport’ dalam perhubungan dua atau lebih orang itu, maka ada persamaan yang jelas dipandang. Dalam keadaan terjalinnya ’rapport’ ini, bagaimana pun banyak dibualkan dan digerakkan, ’body language’ mereka akan kelihatan selaras dan sepadan.

 Mereka akan merasa yang mereka memahami satu sama lain, tapi mereka mungkin tak dapat menentukan sebabnya, hanya merasa yang kata-kata dan gaya orang itu ’memang agak bersesuaian’. 

Perhubungan berdasarkan dengan ’rapport’ bukan hanya bayangan tetapi ia semakin mengeratkan lagi tali perhubungan tersebut.Kemesraan akan terjalin dan apa-apa perancangan sama ada dalam bisnes dan lain-lain hal,pasti akan berjalan lancar.


P/S: Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.





                                                                     " Sharing Is Caring "               













Tiada ulasan:

Catat Ulasan