Khamis, 16 Januari 2014

Takut berjaya @ Fear Of succes

Apakah yang dimaksudkan dengan takut berjaya?
 Anda yang dikatakan takut untuk berjaya apabila anda berkata seperti ini:........bila aku kaya macam mana kalau aku lupa diri?,....kalau aku kaya nanti orang kata aku jahat sebab orang kaya jahat.....kalau aku berjaya tentu aku dikata macam-macam oleh orang sekeliling dan lain-lain lagi.

Sebenarnya anda takut apa yang terjadi sekiranya anda menjadi kaya atau berjaya dalam hidup.Kenapa ini terjadi? sebenarnya anda cuba mencipta sendiri bayang-bayang yang menghantui diri anda.Fikiran negatif bermain-main dalam minda anda.Sekiranya ini berlarutan dan anda tidak kawal,maka minda anda tetap menerima dan menanamnya dalam-dalam dalam otak anda.maka terjadilah pada diri kita ketakutan bagai trauma untuk berjaya dan kaya.akhirnya memilih untuk hidup biasa-biasa dan hidup untuk miskin minda dan miskin harta dan miskin ilmu.

Satu perkara lagi yang  ingin saya sentuh dalam tulisan kali ini adalah,pengaruh filem dan televisyen.Banyak pengarah-pengarah filem mempertontonkan cerita tentang jahatnya orang kaya.Benarkah begitu?

Sebenarnya melalui filem-filem yang dipertontonkan itu...banyak mempengaruhi minda kita agar terus hidup dalam ketakutan untuk kaya dan berjaya.

Mengapakah kita meramal perkara yang buruk-buruk dan tidak baik untuk masa hadapan kita? Jika kita meramal sekalipun,lebih baik ramal masa hadapan yang indah,bahagia,kaya ilmu,kaya harta dan kaya minda.

Jangan kita salahkan realiti atau apa yang terjadi pada diri kita sekiranya sesuatu tidak berganjak dalam kehidupan kita.Semua yang terjadi dalam hidup kita ini adalah hasil dari menanam bayang-bayang negatif ke dalam minda.

Sebenarnya apa yang kita percaya maka itulah yang akan berlaku.Kita masih belum kaya dan berjaya tetapi sudah berburuk sangka pada Allah s.w.t. Kenapa kita harus berputus asa sebelum berusaha? kenapa kita harus takut dengan bayang-bayang buruk? Cubalah bersandar kepada Allah s.w t.Minta kekuatan darinya.

 Allah Azza Wajallah berfirman:

" Apabila berdamping hambaku kepadaku,umpama sejengkal,hampirlah kepadanya rahmatku sehasta...dan apabila berdamping dengan ku sehanta,hampirlah rahmatku kepadanya sedepa....dan apabila ia datang kepadaku berjalan..maka Aku(ALLAH) datang kepadanya berlari"

Mari kita buang rasa takut dan bayangan buruk yang ada dalam minda kita.Allah lebih suka kepada kita jika kita bersangka baik ..kita sebenarnya memang dilahirkan sebagai juara dengan potensi yang sedia ada sejak kita dilahirkan.Kita kena cari semula mana potensi tersebut.mana  letaknya potensi yang telah dibekalkan pada kita sejak lahir?

saya teringat sebuah kisah zaman dulu ,yang mengatakan bahawa "Potensi atau kuasa ajaib " yang ada pada manusia pada mulanya cuba disembunyikan di perut bumi...tetapi ada suara mengatakan,kalau disimpan dalam perut bumi,manusia akan gali.Jadi cuba pula disembunyikan di atas bukit@gunung...ada suara mengatakan bahawa jika disembunyikan di atas bukut,manusia akan daki....maka cuba pula disembunyikan dalam dasar laut,maka ada pula suara mengatakan bahawa jika disembunyikan dalam dasar laut,maka manusia akan selam. Jadi dimanakah diletakkan kuasa ajaib itu?....ya...Kuasa ajaib itu telah diletakkan dalam diri Anda sendiri.Jadi kita tidak perlu mencarinya ke mana-mana..ia ada dalam diri kita yang telah dibekalkan sejak lahir ke muka bumi ini. Jadi apa tunggu lagi? Ayuh..mari kita gali dan gunakan potensi@kuasa ajaib itu untuk menikmati kehidupan yang Allah berikan kita di muka bumi ini dengan mengikut hukum dalam Alkitab.

Mari kita sama-sama buang rasa takut yang cuba menghalang kita dari berjaya........................

P/S: Semoga perkongsian ini memberikan kita kesedaran bahawa kita adalah Juara.



                                                   " Sharing Is caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan