Khamis, 16 Januari 2014

Mengapa NLP berkuasa?


Jika anda seorang NLP'er  sebenarnya anda mempunyai banyak kelebihan. Anda tahu bagaimana mengendalikan minda/otak (brain anda). Anda dapat menjalankan meta-program yang sentiasa dapat meletakkan diri anda dalam keadaan yang andakehendaki.

Seseorang NLP'er   mereka bukan hanya tahu ilmu atau teknik yang dipelajarinya. Lebih dari itu dia dapat mengamalkan kaedah-kaedah yang diketahuinya itu pada setiap masa terutama masa-masa yang mencabar. Dia dapat menjadikan ilmu dan kaedah dari NLP untuk mengarah (propel) dirinya. Pendek kata dia mempunyai satu sistem propulsi (propulsion) yang hebat untuk menjadikan dirinya positif dan menangani sebarangkeadaan dan suasana.

Lebih dari itu seseorang NLP'er dapat mempelopori dan menerokai perkara baru melalui meta-program yang diproseskan dalam otaknya untuk menjadikannya satu kenyataan. NLP'er berani mencuba kerana baginya "tidak ada kegagalan, hanya maklumbalas". Bila dia melakukan kesilapan dia berasa bertuah kerana kesilapan begitu tidak akan diulang lagi.

NLP bukanlah sekadar satu kaedah yang setakat dipelajari dan kemudian dibiarkan begitu. Ianya adalah satu amalan yang berterusan untuk menjadikan diri sentiasa cemerlang. Teknik atau "pattern" yang dipelajari bukanlah sesuatu yang mekanik dan statik tetapi sentiasa menghasilkan sesuatu yang dinamik setiap kali  melakukannya.

Itulah semangat NLP. Itulah yang menjadikan NLP amat berkuasa (powerful) untuk diri pengamalnya.Pengamal-pengamal NLP adalah orang yang hebat.Mereka boleh dikatakan ada kuasa ajaib dan sihir...tetapi bukan sihir.

NLP'ers boleh menguasai diri mereka.Minda mereka sentiasa bekerja untuk mereka.Mereka ini hebat dan ada Pwerfull.Hidup mereka sentiasa berada dalam kejayaan dan kegembiraan kerana mereka ada " Kuasa".

Oleh itu,para pengamal NLP,mempunyai tahap ilmu yang tinggi dan boleh bertindak mengikut perancangan dan arahan secara berhati-hati, yang mereka buat sendiri dan bukannya mengikut atau bertindak tanpa berfikir.Arahan dan teknik yang betul perlu ada pada mereka.

P/S: Semoga perkongsian ini memberikan kita kesedaran bahawa ilmu itu bertingkat-tingkat dan bertahap tahap.



                                                       " Sharing Is Caring"












Tiada ulasan:

Catat Ulasan