Sabtu, 11 Januari 2014

kuasa Inner dan Kuasa Outer




Ramai orang tidak mengamalkan adab yang betul di dalam perjalanan hidup seharian.
Law of Giving – “What we give – we get back.” Hukum ini boleh kita gunakan di dalam semua situasi.

Jika kita tidak menghormati orang lain – anda juga tidak akan dihormati.
Layanlah orang – sebagaimana kita mahu dilayan.
Berikan kasih sayang & sayangi orang lain –  kita akan dapat kasih sayang yang lebih banyakdan perhatian yang lebih.

Berikan kebencian kepada orang lain –  lebih banyak kebencian akan datang di dalam hidup kita.
Menurut Self Mastery – kita mempunyai dua jenis kuasa dan kehebatan di dalam diri.
Kuasa Inner dan Kuasa Outer.

* Kuasa Inner ( Apa yang kita fikir dan rasa)
* Kuasa Outer (Apa yang kita cakap dan buat)

Tiada orang boleh mempengaruhi Apa yang kita ingin rasakan - kecuali kita yang memberikan keizinan.
Take charge of your Life & Take Charge of your Own Feeling.

Jangan biarkan orang lain mempersendakan kita.

The Power to Choose – mengatakan bahawa kita  boleh buat pilihan dalam apa yang kita ingin rasakan dalam apa saja situasi.
.
Tidak perlu aktifkan trigger automatik yang sudah terbiasa kita aktifkan dalam apa saja keadaan. Hindari situasi negatif selagi boleh. Jangan menjadi mangsa keadaan.

* Apabila perkara yang berlaku adalah berada di dalam kawalan kita - kawal ia secara Positif.
* Apabila perkara yang berlaku adalah berada di luar kawalan kita - Kita boleh pilih, bagaimana kita mahu respon kepada situasi tersebut.

Menurut Law of Attraction – kita akan menarik apa yang kita fikir,cakap dan buat . Tubuh badan kita ada getaran atau vibration yang dihasilkan.

Getaran ini terhasil daripada apa yang kita fikirkan,cakap,rasa dan buat.
#Jika kita tidak sukakan seseorang, sebagai contoh si A- tanpa perlu berkata apa-apa, si A dapat merasakan. (Kuasa aura & telepati)

Vibration atau aura ini – sama ada Positif atau Negatif.
* Jika vibration ini adalah negatif – lebih banyak event, berita, perkara-perkara negatif akan datang di hari anda

* Jika vibration ini adalah positif – lebih banyak event, berita, perkara-perkara positif akan datang di hari anda
Jangan biarkan vibration anda menjadi negatif – dengan hindari untuk memilih perasaan negatif dalam apa jua situasi.


* Semua situasi atau kejadian buruk yang terjadi kepada kita – adalah bersifat Sementara. Jangan bazirkan tenaga (energy) anda dengan terus-menerus membiarkan diri bergelumang dengan emosi negatif tersebut dan terus menerus down. Ambil masa untuk menangis untuk berikan kelegaan kepada hati. Kemudian, bangkit semula
.
Ini akan mempengaruhi Fisiologi (pergerakan tubuh) anda. Ada bezanya Fisiologi orang yang positif dengan orang yang sedang mengalami stress atau semangat yang menjunan@ down.



P/S: Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.




                                                                " Sharing Is Caring"
                                                        





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan