Selasa, 7 Januari 2014

Ciptalah Juara dalam Hidup Anda




 Satu– satunya manusia yang boleh mempengaruhi nasib anda adalah ANDA sendiri . Tiada satu manusia pun di muka bumi ini yang boleh mempengaruhi nasib anda.Bertegaslah dengan diri anda,jangan jadi pak turut orang lain.

Jadilah diri anda sendiri.Kenapa kita mesti jadi Pak Turut ?...kerana kita tidak ada prinsip diri,kerana kita seorang penakut,kerana kita sentiasa dibuli.Sampai bila hidup kita diperintah oleh orang lain?

Seseorang mungkin mengalami masalah yang nampaknya seolah-olah berpunca dari sumber lain seperti majikan, pelanggan ,rakan kerja, suami atau isteri, anak – anak , jiran tetangga atau situasi seperti kemelesetan ekonomi, kenaikan harga barangan , kemalangan dan sebagainya.

Punca sebenar masalah ada Dua:
a) Diri Sendiri b) Tuhan/ Allah s.w.t

Perkara yang Nampak seperti punca masalah seperti majikan , pelanggan , rakan kerja , suami atau isteri, anak – anak atau kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barangan adalah penyampai masalah tersebut dan bukannya punca masalah tersebut.

 Ini adalah sama seperti posmen yang menyampaikan kiriman wang kepada seorang penuntut.Beliau hanya menyampaikan kiriman wang dan bukannya sumber kiriman wang tersebut. Sumber kiriman wang mungkin ayah penuntut tersebut.

1) Allah sebagai punca masalah Tuhan/Allah adalah  yang Ar- rahman dan Ar-rahim. Allah (tuhan) tidak akan sengaja menyusahkan kita tanpa sebarang sebab. Hanya terdapat 2 situasi dimana Allah akan menghantar masalah kepada kita.

a) Apabila kita perlu belajar sesuatu
Maka Allah akan memberi kita satu masalah sehingga kita belajar apa yang kita perlu belajar dari masalah tersebut. Sehingga kita belajar dari masalah tersebut apa yang kita sepatutnya belajar, masalah itu akan berulang – ulang dalam hidup kita. Apabila kita sudah belajar apa yang kita perlu belajar, maka masalah itu akan lenyap.

b) Sebagai satu ujian
Apabila kita tabah menghadapi masalah itu dan kita redha disamping berusaha mengatasi masalah tersebut, maka masalah itu akan selesai. Selepas selesai menghadapi ujian tersebut, maka kita akan lebih maju dalam hidup kita.

2) Kita sendiri Sebagai punca masalah
Masalah tidak berlaku secara rawak dalam hidup kita. Allah (tuhan) menetapkan dua hukum fizik yang menentukan segala yang berlaku dalam hidup kita. Samada kita tahu atau tidak mengenai kedua – dua hukum ini , kita tidak akan dapat lari dari hukum ini.

Kedua hukum ini juga sentiasa berkesan , sama seperti Hukum Graviti. Hukum Graviti adalah sentiasa berkesan. Manusia sentiasa tertakluk kepada Hukum Graviti samada kita tahu atau tidak tentang Hukum Graviti.

Sebuah bola akan jatuh apabila dilepaskan dari tempat tinggi, tak kira samada yang melepaskan bola itu adalah seorang yang tahu secara mendalam mengenai hukum gravity ( seperti seorang Ahli Fizik ) atau seorang budak kecil. ( yang langsung tidak tahu langsung mengenai hukum gravity ).

Dengan Cara yang sama , hidup anda akan dipengaruhi oleh ke dua Hukum ini samada anda tahu atau tidak mengenai kedua Hukum ini
.
Ke dua Hukum itu adalah:


a) Hukum Tarikan ( Law of Attraction)
b) Hukum Tindakan dan Tindakbalas ( Law of Action and Reaction)


Kedua Hukum ini adalah hukum fizik dan tertakluk dibawah kuantum fizik. (satu cabang sains fizik yang terkini) dan mempunyai formulanya sendiri. Selama ini , ramai orang tidak tahu mengenai kedua Hukum ini dan akibatnya mengalami banyak masalah dalam kehidupan mereka. Setelah mengetahui tentang kedua – dua Hukum ini, anda boleh menggunakannya untuk menjana kejayaan dalam hidup anda.

1.HUKUM TARIKAN
Hukum Tarikan menggatakan bahawa kita sentiasa menarik ke dalam hidup kita apa yang kita fikirkan.

Kita sentiasa berfikir. Fikiran kita sentiasa menghasilkan getaran. Getaran ini terdapat dua jenis sahaja iaitu
a) Getaran positif dan
b) Getaran negative

Getaran yang positif akan menarik perkara yang positif ( kejayaan ) ke dalam hidup kita. Getaran negative pula akan menarik perkara yang negative ( masalah ) kedalam hidup kita.

Untuk menjana kejayaan , kita perlulah  sentiasa berfikiran positif.
Contoh fikiran positif yang menghasilkan getaran positif
1) Bersyukur
2) Menumpukan perhatian kepada apa yang anda hendak
3) Berfikiran positif dan yakin kepada diri sendiri
4) Menumpukan perhatian kepada perkara yang positif dalam hidup kita
5) Gembira melihat kejayaan orang lain


A.BERSYUKUR
Kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada SEKARANG, pada masa yang sama kita berusaha mencapai matlamat kita. Walaupun seseorang itu banyak kekurangannya, dia perlulah bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang dan terus berusaha, maka Allah akan memberikannya rezeki yang lebih dan matlamatnya akan tercapai.
Bersyukur akan menghasilkan getaran positif yang lebih kuat.

B.MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA APA YANG ANDA HENDAK
Kuantum fizik mengatakan bahawa apa sahaja yang mendapat perhatian kita akan menjadi semakin besar . Apa yang tidak mendapat perhatian kita akan akan semakin kecil dan lenyap dari hidup kita .

Jika kita menumpukan perhatian kepada apa yang kita hendak , maka akan muncul lebih banyak perkara yang positif ( kejayaan ) dalam hidup kita. Jika sebaliknya, kita menumpukan perhatian kepada perkara yang negative dalam hidup kita, maka perkara yang negative ( masalah ) akan lebih menjadi lebih banyak dalam hidup kita.Maka untuk menjana kejayaan, kita perlulah menumpukan perhatian kepada perkara yang positif dalam hidup kita.Hidup ini perlu dijaga dengan sempurna.

C.BERFIKIRAN POSITIF DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI
Kita perlulah yakin pada diri sendiri dan percaya kita boleh menyelesaikan tugasan yang diberi dengan baik. Maka ini akan menghasilkan Getaran positif dan seterusnya menarik kejayaan seperti yang semua orang mahukan.

D.MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA PERKARA YANG POSITIF DALAM HIDUP KITA
Jika kita menumpukan perhatian kepada perkara yang positif dalam hidup kita, maka akan muncul lebih banyak perkara yang positif ( kejayaan ) dalam hidup kita. Jika sebaliknya, kita menumpukan perhatian kepada perkara yang negative dalam hidup kita, maka perkara yang negative ( masalah ) akan lebih menjadi lebih banyak dalam hidup kita.Maka untuk menjana kejayaan, kita perlulah menumpukan perhatian kepada perkara yang positif dalam hidup kita.

E.GEMBIRA MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN
Gembira melihat kejayaan orang lain akan menghasilkan getaran positif dan menarik perkara positif ( kejayaan ) ke dalam hidup mereka. Rasa irihati melihat kejayaan orang lain akan menghasilkan getarnegative dan menarik lebih banyak masalah ke dalam hidup mereka Jadi kita perlu sentiasa gembira melihat kejayaan orang lain. Ucapkan tahniah kepada orang itu dan anda akan memperolehi kejayaan dengan cepat.


2. HUKUM TINDAKAN DAN TINDAKBALAS
Hukum ini menyatakan setiap tindakan kita akan mempunyai tindakbalas. Jadi seorang yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Seorang yang melakukan kejahatan pula akan dibalas kejahatan . Jadi  marilah kita sentiasalah melakukan kebaikan.

Keluarkanlah zakat dan bantulah orang lain ( bantuan kewangan dan bantuan lain). Bila membantu , janganlah mengharapkan balasan dari orang yang kita bantu. Maka apabila kita memerlukan bantuan. Maka Allah (tuhan ) akan menghantar orang untuk membantu.

Orang yang membantu kita mungkin orang yang kita pernah bantu atau tidak pernah kita bantu. Orang yang membantu kita mungkin orang yang kita kenali atau tidak kita kenali. Jangan risau tentang itu. Sentiasalah bantu orang bila boleh, maka kita akan akan mendapat bantuan bila diperlukan .

3. MASALAH
Masalah mungkin timbul dalam hidup kita.kita tidak lari dari masalah.Kata orang tua-tua,bukan namanya hidup kalau tidak ada masalah. Masalah ini mungkin berpunca:
a) Kita tidak memahami Hukum Tarikan dan menghasilkan getaran negative
b) Seseorang yang membuat perkara negative seperti mengambil rasuah, membuat kerja yang merugikan orang lain demi keuntungannya seperti kontraktor yang membuat bangunan yang kemudiannya runtuh. Maka orang itu akan mengalami masalah sebagai balasan dari tindakannya. (Hukum Tindakan dan Tindakbalas)

c) Allah juga akan memberi masalah dalam dua keadaan
i) Teguran – apabila kita perlu belajar sesuatu. Maka selagi kita tidak belajar apa yang sepatutnya kita belajar, maka masalah itu akan berulang.Apabila kita sudah belajar apa yang perlu dipelajari, maka masalah itu akan berlalu.
ii) Ujian – kadang – kadang Allah akan menguji kita. Apabila kita sudah melepasi ujian , maka kita akan semakin maju dalam hidup kita.

d) Jika terdapat perkara negative ( masalah ) dalam hidup kita, maka
i) Tanyalah pada Minda Bawah Sedar apa yang perlu saya belajar dari masalah ini?
ii) Ambil langkah untuk mengatasi masalah itu.
iii) Ambil langkah untuk mencegah masalah jtu.
iv) Kemudian  cuba sedaya upaya lupakan masalah tersebut. Kita perlu redha menerima masalah tersebut.
v) Maka masalah tersebut akan hilang dengan cepat.

4. KEPERCAYAAN MENGONGKONG

1. Kepercayaan mengongkong  adalah kepercayaan yang salah, yang mengongkong minda seseorang. Kepercayaan ini akan menghalang seseorang dari mencapai kejayaan .Contoh kepercayaan mengongkong
a)Orang kaya adalah jahat. Maka jika saya menjadi kaya, maka saya akan menjadi jahat
b) Wanita tidak pandai berniaga. Oleh kerana saya wanita , saya tidak akan Berjaya dibidang perniagaan.
Kepercayaan mengongkong yang Silap ini, menghalang ramai wanita dari berjaya didalam bidang perniagaan.
c) Saya tidak berpendidikan tinggi. Maka saya tidak boleh berjaya didalam perniagaan. Kepercayaan mengongkong yang silap menghalang golongan kurang berpendidikan dari berjaya dalam bidang perniagaan.
Kepercayaan mengongkong boleh dipecahkan dengan teknik seperti visualisasi, afirmasi dan sebagainya.

5.MENGGUNAKAN EMOSI SEBAGAI PANDUAN

Bagaimana kita boleh mengetahui samada kita sedang berfikiran positif atau negative ? Allah ( tuhan) sudah memberikan kita satu panduan iaitu emosi kita. Apabila kita mempunyai yang positif seperti gembira, bersyukur, girang dan seronok bermakna kita sedang mempunyai fikiran positif.


Emosi yang negative ( seperti takut , marah , risau geram, sedih ) menggambarkan bahawa kita sedang berfikiran negative. Maka alihkan tumpuan kita dari perkara yang negative kepada perkara yang positif. Maka emosi kita akan menjadi positif.

Jagalah supaya emosi sentiasa positif, maka kejayaan akan dapat dicapai dengan cepat.
Dalam kereta yang agak canggih , terdapat system GPRS. Sistem ini akan memberitahu jalan yang betul. Jika terkeluar dari jalan yang betul , maka system itu akan berbunyi.

Bila kembali ke jalan yang betul barulah bunyi akan berhenti. Maka untuk sampai ke destinasi yang betul, maka ikut arahan system GPRS sahaja.

Dengan cara yang sama , kita hanya perlu menjaga emosi supaya sentiasa positif. Jika emosi negative, betulkan tumpuan pemikiran kita supaya emosi menjadi positif. Maka kita akan sentiasa mencapai malamat dan mengecapi kejayaan.

6. MENUMPUKAN PERHATIAN PADA MASA SEKARANG
Menumpukan perhatian pada masa sekarang merupakan satu teknik untuk menjaga emosi kita supaya sentiasa positif.Satu- satunya masa yang kita ada sebenarnya adalah masa sekarang. Masa lampau dan masa akan datang hanya wujud  di dalam minda kita.

a) Masa Lampau
Janganlah sedih mengenangkan masa lampau. Apa yang sudah berlalu sudah berlalu. Kesalahan yang lepas tidak dapat dibetulkan. Belajarlah dari kesilapan yang dilakukan.Jika ada yang membuat kesilapan , MAAFKAN sahaja mereka. Memaafkan merupakan satu hadiah kepada diri anda sendiri.

Jika tidak perasaan atau emosi negatif seperti marah dan sedih akan menimbulkan masalah dalam hidup anda.Jika anda yang membuat kesilapan dimasa lampau, mohon maaflah supaya boleh menghilangkan perasaan dendan tau emosi negatif tersebut..Jika ada kenangan yang menyedihkan seperti orang yang sudah tiada, ingatlah perkara yang menggembirakan tentang mereka.

b) Masa akan Datang
Janganlah risau tentang masa depan . Buatlah matlamat dan bertindaklah.

c) Masa Sekarang
Adakah anda menghadapi apa-apa masalah sekarang ? Maksud saya adakah anda menghadapi apa – apa masalah pada saat ini? Jika anda mengatakan masalah seperti perlu membuat bayaran kereta, rumah dan sebagainya ia adalah masalah tetapi bukan pada masa sekarang. Ambil langkah yang perlu tetapi jangan risau mengenainya.


7. MEDITASI
Meditasi merupakan satu teknik yang penting dan perlu diamalkan setiap hari. Meditasi merupakan satu ilmu yang luas . Walaupun Meditasi sesuatu yang baik,kita kena belajar cara dan tekniknya dengan betul.Jika sudah mahir,maka amalkanlah....

P/S: Semoga perkongsian yang sedikit ini,memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.


                                                                  " Sharing Is Caring "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan